The Star, 2 September 2010, orang kuat DAP Lim Kit Siang mendakwa Tun Dr. Mahathir penghalang kepada kejayaan gagasan 1Malaysia Kit Siang: Mahathir an obstacle to 1Malaysia , Slogan 1Malaysia perlu penjelasan terperinci - Dr. Mahathir (2 Ogos 2010)
Jika diamati berkemungkinan juga 1Malaysia mirip Malaysian Malaysia, nama sahaja lain. Lihat saja rata rata tuntutan demi tuntutan dibuat oleh kaum kaum yang merasa mereka dianak tirikan serta menuntut pelbagai liberalisasi. Begitu juga dengan Namawee juga berani mendakwa video klipnya juga menyokong 1Malaysia.Namewee dipanggil polis beri keterangan (1 September 2010 )
Kerajaan juga dilihat semakin pemurah menghulur bantuan kewangan kepada kepentingan pihak pihak ini. Dimana sahaja Perdana Menteri lawat ada sahaja bantuan kewangan yang diberi. Adakah kumpulan kumpulan ini benar benar tersisih oleh para pemimpin terdahulu atau ada "undang disebalik mee". Pesanan saya "jangan dengar guruh dilanggit air dalam tempayan dicurahkan" atau "yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran" sudahlah.
Untuk tidak mengelirukan, saya menyokong saranan Tun Dr. Mahathir agar kerajaan memudahkan lagi kefahaman konsep 1Malaysia agar semua lapisan masyarakat dapat menghayatinya terutama sekali orang saperti saya yang kurang cerdik tetapi masih rakyat Malaysia dan masih mempunyai hak mengundi. Janganlah terlalu "over" nak raih sokongan, sehingga sasaran tidak menyeluruh. Yang cerdik pun boleh jadi kurang cerdik dan yang kurang cerdik pun boleh jadi cerdik.
No comments:
Post a Comment