Unggapan diatas selalu di dengari apabila kita bertebung dengan situasi dimana," telan mati mak, luah mati bapa".
Kebelakangan ini pelbagai isu isu yang diketengahkan, tetapi nampaknya tidak ada titik noktah pada kejadian dan perlakuan saperti buang bayi, mat rempit, dadah, penyeludupan bunga api, hina menghina antara kaum, pelacuran oleh bangsa asing dan banyak lagi.
Dimana silapnya? Malaysia dikatakan bertambah maju, berinovatif dan kreatif dan terarah menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi dengan rakyat kelas pertama. Adakah senario yang berterusan berlaku mencerminkan kemajuan dan kelas pertama? Bertambah sedih dan gusar, perlakuan jahiliyah ini didukongi oleh genarasi muda yang bakal mewarisi tanah air.
Sesuatu harus dimula dan laksanakan dan bukan sekadar menjadi retorik sahaja. Perlaksanaan ini sebaik baiknya bermula dari rumah oleh setiap keluarga.
Pihak pemerintah pula mempastikan penguat kuasaan undang undang dilaksanakan tanpa terlalu lama membuat kenyataan demi kenyataan tetapi tindakan masa belum juga dimulakan. Janganlah api api kemarahan dan ketidak puasa hati dah tak terkawal baru nak bertindak.
Berkebajikan ada tempat dan masanya.Kadangkala populariti dan bertolak ansur membawa padah yang lebih buruk daripada ketegasan.
No comments:
Post a Comment