Saturday, May 2, 2009

Adakah BN diNanti diPenanti?

Kebelakangan ini banyak berita dan blog diperkatakan kedatangan
pilihanraya kecil DUN Penanti.

1.Adakah benar benar Barisan Nasional betul betul dialu alukan
di Penanti oleh para pengundi disana?

2.Adakah ada kebenaran saperti rumusan Prof Dr. Mohamad Mustafa BN
diumpan PKR, Pas 'umpan' BN?

3.Portal Malaysiakini pula dengan tajuk "Power struggle in Penang PKR
heightens" adakah ini juga perangkap untuk beri BN keyakinan?

4. Pada hari Isnin ini UMNO yang akan berbincang isu pilihanraya kecil
Penanti diharap menghalusi semua aspek dan jangan terjerumus dalam
perangkap gimik politik PR dan terutama PKR.

5. Janganlah pula BN menari dengan rentak lagu dendangan PR tanpa
mengambil kira humiliation yang bakal menanti. Sudahlah duit rakyat
dihabiskan nanti "ayam terlepas tangan bau tahi."

6. Jika BN hendak "test the water" tentang konsep 1Malaysia, Rakyat
didahulukan dan Prestasi diutamakan masanya terlalu awal untuk
dikaji penerimaannya.

7. Sekalipun jika BN ingin menunjukan kejantanannya, biarlah dengan
"calculated risk" dan tidak hentam saja dan emosional "pantang dicabar"
kerana jika terperangkap persepsi mungkin tidak akan menyebelahi BN.

8. Tetapi jika tinjauan yang meyakinkan dan strateji yang tidak retorik
tetapi realiti dan juga tidak "mee segera" insyaallah.

9. Calun juga hendaklah dikaji sedalam dalamnya, pertama diterima
oleh semua ahli BN, supaya tiada "sabotage" dan dapat diterima oleh
semua pengundi,kawan dan lawan.

Wasalam

No comments: