"Luah Mati Emak,Telan Mati Bapa", inilah situasi atau dilemma yang Pasukan Polis DiRaja Malaysia sentiasa hadapi. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Jika tidak rasional, boleh biul melayani kerenah pemimpin dan rakyat.
Umum mengetahui tugas dan tanggung jawab PDRM adalah pelbagai.
Tugas PDRM bermula dari saat sesaorang itu lahir, hinggalah keliang lahat. Adakah pengorbanan mereka ini diberi satu pengiktirafan. Jika ada pun adakah setara,jika dibandingkan dengan cemuhan, cerca hina yang senantiasa kita diperdengarkan dan dipertontonkan.
Adakah begini cara kita menunjukan terima kasih kita, terhutang budi dan malah terhutang nyawa kita pada PDRM? Jika diperdebatan memang benar, anggota PDRM ini dibayar gaji, tetapi soalannya, adakah setimpal? Anggota anggota ini adalah insan saperti kita mempunyai perasaan dan maruah Adakah adil oleh itu adakah adil segala pengorbanan dan sumbangan mereka dilupakan? Cuba kita bayangkan jika tidak ada polis apa akan berlaku, sedangkan dengan adanya mereka pun undang undang masih dilanggari.
Memang hakikat terdapat kebusukan dalam setandan pisang, tetapi kita perlu melihat dari satu skop yang lebih luas , iaitu skop yang mempengaruhi setiap insan yang serba lemah dan kekurangan dan sepatut merasa syukur dan insaf dengan apa yang dikurniakan. Takdir telah menentukan insan insan ini rezeki Allah diperolehi melalui kerjaya ini dan kerjata ini jika dilaksanakan dengan jujur dan bertanggung jawab sangatlah murni jika dihalusi.
Hentikan menghina mereka dan menjadikan mereka "kambing hitam" sebab bukan mereka sahaja yang terhina tetapi perbuatan itu juga turut dirasai oleh keluarga mereka dan anak cucu mereka, Perbuatan tak bertanggung jawab ini juga akan menjadi stigma masyarakat menjauhi PDRM.
Saya meminta pemimpin2 yang seharusnya lebih bertanggung jawab apabila hendak bertindak agar tidak ada pelanduk mati ditengah. Sepatutnya pemimpin yang berwawasan seharusnya berusaha mencari jalan penyelesaian dengan objektif menang menang dan tidak memperalatkan sesiapa.
Bagi warga PDRM perbaiki lagi mtu perkhidmatan anda dan bersyukur dengan apa yang ada. Tunduk pada nafsu adalah tunduk pada syaitan. Bertugaslah kerana Allah.
Salam Hormat Untuk Semua.
warongkopi56
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment