Monday, May 11, 2009

UMNO 63 Tahun - Nyanyuk atau Matang ???

Macam kita menyambut tahun baru juga atau pun hari kelahiran, semua mempunyai azam masing masing,hendak berhijrah ketahap yang lebih baik.Sejauh manakah kita berjaya? Apakah penyebab penyebab utama kegagalan ini?

Jika sebagai individu, pun keupayaan tercabar bagaimana pula dengan
Parti UMNO yang dianggotai kurang lebih 3 juta? Dalam keghairah pucuk pimpinan memperkenalkan pelbagai pendekatan saperti:-

a. 1 Malaysia,
b. Rakyat didahulukan,
c. Prestasi diutamakan,
d. Memupuk roh perjuangan dan
e. 8 tunggak sikap yang dititik beratkan.

Adakah pendekatan pendekatan diatas benar benar boleh memperkuatkan
UMNO dan disifatkan perubahan oleh ahli dan rakyat khususnya? Adakah
pedekatan itu akhirnya sekadar retorik dan polemik sahaja?

Kenapa rakyat masih tidak dapat menerima atau setidak tidaknya memberi peluang pada pimpinan baru untuk membuktikan keikhlasan ini?

Bukti rakyat tidak memperdulikan:-
1. Pilihanraya kecil baru baru ini,
2. Pembebasan tahan ISA,
3. Meliberasasi sektor perkhidmatan dan kewangan Islam,dan
4. Enggan menerima BN pemerintah Perak walau pun mempunyai majoriti.

Apakah sebenarnya kemahuan rakyat atau apakah perubahan yang rakyat
akan hanya terima tindakan itu sebagai perubahan????

Mungkin pandanagan YB Dato' Ibrahim Ali dalam Astro Awani yang mengesyorkan wakil wakil rakyat ini dan sampai masa tumpu pada tugas hakiki sebagai wakil rakyat dan tidak payah terlibat dalam agensi agensi kerajaan dan biarlah tugas tugas itu diberi pada professional yang ada (elaun wakil rakyat dinaikanlah sikit)

Mungkinkah selain menjadi wakil rakyat dan menyimpan hastrat untuk menerajui GLC GLC kerajaan ini salah satu punca politik wang dan gejala korup yang lain?

Fikirlah bersama wahai ahli ahli UMNO.

p/s Nizar menang macamana? Nak panggil sidang tergempar DUM Perak pula ke untuk usul undi tidak percaya. Jangan lupa 14 clear days usul hendak dihantar.

Ikhlas
Warongkopi56

No comments: