Begitu banyak sekali pandangan, ulasan, perbahasan yang telah diperkatakan oleh pelbagai pihak dan generasi tentang persoalan hak hak kesamarataan. Laungan ini lebih ketara salepas PRU 12 yang lalu dan lanskap politik Malayisa berubah. suara suar menuntut kesamarataan ini bukan sahaja datang dari kerongkong kaum bukan melayu malah ia juga dari anak anak melayu yang dianggap intelektual dan terdedah kepada perkembangan global yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sudut pandangan dan logik mereka.
Dalam menenggahkan isu isu hak hak kesamarataan ini saya lihat kedua dua pihak mempunyai alasan dan logiknya. Kalau kedua dua pihak ada kebenarannya siapa pula yang tidak benar? Adakah perlembagaan negara, kerajaan yang memerintah, adakah dasar yang digubal, atau perlaksanaan dasar yang kurang tepat atau tahap korupsi, nepotisme dan kronisme terlalu tinggi atau sudah tiba masa Malaysia menjadi "the land for all" saperti Amerika Syarikat dan Singapura, atau KAUM MELAYU ITU SENDIRI YANG LALAI?
Saya kira untuk mengetahui dimana salahnya atau dimana kebenarannya amatlah menyulikan dan apa yang saya ingin utarakan adalah dari sudut apa yang saya dengar, terbaca, lihat, ketahui serta rumusannya. Siapa yang tidak akan rasa selesa dan selamat jika dapat duduk, tinggal dan beranak cucu ditempat yang nyata miliknya dan bukan saperti setinggan. Ini adalah lumrah hidup, tetapi dengan keadaan dunia sekarang, rakyat sejati pun menjadi pelarian.Kita lihat sendiri diserata pelusuk dunia, adakah apa yang saya katakan tadi itu adalah suatu kebenaran? Kalaulah ini bukan kenyataan, berhentilah disini sahaja sebab yang terkemudian akan menjadi repetan sahaja.
Dalam adat dunia, kota mahu pun rimba, kuno atau tamadun, mesti ada ketua atau pemerintah dan siapakah yang akan memegang tampok itu. Tentu saja yang "kuat",takkan silembik boleh memimpin, kalau ya! pun sudah tentu para penasihat dari kalangan yang "kuat."Kita ambil contoh kenapa negara Amerika Syarikat begitu ber- pengaruh sekali, sebabnya negara itu "kuat." Dalam kontek mana dilihat Amerika Syarikat itu kuat? Kekuatan negara "polis" dunia ini pada, ekonominya(perdagangan), ketenteraan, penyelidikan, ahli fikirnya dan seterusnya. Adalah diperakukan perdagangan internasional didagangkan dengan menggunakan mata wang Amerika Syarikat, negara Jepun yang begitu progresif pun akur kepada Amerika Syarikat sehingga Pertubuhan Bangsa Bersatu pun tidak berdaya bertindak apabila Amerika Syarikat menyerang Iraq tanpa "sanction." Itulah yang saya maksudkan dengan "kekuatan"
Dinegara Malaysia, siapa yang mempunyai "kekuatan" tersebut? Dari senarai orang terkaya diMalaysia pun dapat kita rumuskan. Kenapa tidak keseimbangan ini boleh berlaku, bukankah kita ada NEP, NDP dan NVP ? Dimana silapnya, adakah soalan soalan yang saya nyatakan diperenggan 2 diatas tidak relevan dengan kegagalan NEP, NDP atau pun NVP. Kalaulah 30 peratus selama 30 tahun lebih pun orang melayu tidak dapat mencapai matlamatnya, bagaimanakah orang melayu boleh bersaing sendirian dengan keadaan yang serba canggih serta networking yang sentiasa diperkukuhkan oleh kaum kaum yang telah pun makin maju? Apakah yang tinggal lagi pada orang melayu selain dari saki baki kuasa politik yang semakin hari semakin goyah dan sentiasa bercakaran dan dengki ?Kemanakah orang melayu akan pergi selepas Malaysia atau terpaksa senyum walau pun mata mata kita tak tersenyum ? Apa ini bukan salah satu kelemahan orang melayu, "melayu mudah lupa," klik ini Stronger, faster, better.
Sedarlah kaumku, jadilah bangsa yang takutkan Allah dan mempunyai maruah dan berjaya didunia dan diakhirat. Janganlah kita takut pada bayang bayang sendiri dan janganlah malu serta takut mengakui kelemahan dan kesalahan kita TETAPI bangun semula untuk terus berjuang. Sesungguhnya, janganlah jadikan bangsa melayu bangsa yang berputus asa.
Allahua'lam, wasalam.
www.warongkopi56.blogspot.com
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment