Monday, June 22, 2009

Insyaallah! Esok Masih Ada, Hidup Umpama Roda.

Usah marah atau kecewa, lidah berpintal pintal dan berbelit belit tetapi tidak terikat, itulah politik. Pada yang untung disukainya dan pada yang terlepas atau melepas cercaan dibuatnya. Tetapi pada yang takut dan pengecut .............. sendiri jawablah. Apa sahaja yang berlaku ada HIKMAHnya.

Barisan Nasional terutama UMNO sentiasa diaggap kotor dan menjijikan. Tidak ada apa yang betul, walau boleh dikatakan dan dilihat rakyat Malaysia dari miskin jadi senang dan malah kaya raya, dari buta huruf dan jadi gulongan intelek, teknokrat dan sebagainya dari negara ketiga menuju kearah negara maju, pemimpin pemimpin dihormati dalam dan luar negara, jadi apa lagi yang masih tidak kena?

Tidak payahlah penyokong penyokong Barisan Nasional terutama, ahli ahli UMNO nak naik berang buat yang mudah dengan mengucap kalimah "ALHAMDULILLAH" dan teruskan membela rakyat Malaysia dengan seikhlas ikhlas yang boleh.

Bila menyebut perkataan keramat "IKHLAS" inilah menimbul berbagai persoalan. Kerana perkataan inilah yang sering diperkatakan oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional terutamanya UMNO, walaupun Pakatan Rakyat pun tidaklah sebaik yang digambarkan. Baru setahun jagung dah bermacam macam.

Usah pedulikan hal mereka, UMNO/BN jangan terikut ikut rentak mereka. Apa yang perlu UMNO/BN lakukan adalah membuktikan segala tuduhan dan tomahan itu adalah disebaliknya. Kalau ia pun berlaku, insaflah jika ingin terus memimpin dan memerintah, jika tidak ramai lagi rakyat rakyat saperti saya ini akan hilang keyakinan terhadap UMNO/BN.

Renungkanlah cemuhan ini Betulkan Umno dahulu sebelum ajak PAS bersatu ini adalah satu cabaran untuk UMNO/BN berubah dengan ertikan sebenar dan bukan retorik atau polemik jangan hanya menafi saja buktikan. Jika tak insaf dan sedar tak tahulah apa nak kata lagi. Cuci dan polish baru nampak kilauannya tetapi janganlah kaca, tetapi manikam.

Ikhlas

www.warongkopi56.blogspot.com


No comments: