Monday, June 29, 2009

Kalaulah melayu ...............

Kalaulah melayu itu bersatu,
Apa yang akan berlaku,
Bolehkah kaum ini maju,
Tanpa sesiapa rasa cemburu.

Kalaulah melayu dihadapan,
Cerahkah masa depan,
Masihkah jadi seorang nelayan,
Jadi makanan bapa haruan.

Kalaulah melayu itu berjaya,
Masih adakah yang sengsara,
Dalam gelap meraba raba,
Kerana tidak nampak cahaya.

Kalaulah melayu mudah lupa,
Pasti hidup akan merana,
Pinjam sini pinjam sana,
Akhirnya melayu papa kedana.

Kalaulah melayu sentiasa keliru,
Hala tuju tidak menentu,
Hancur luluh sedih dan pilu,
Melayu lemah tidak bersatu.

Kalaulah melayu kejar dunia,
Disebabkan haloba tidak terkira,
Jika tidak seia sekata,
Melayu hanya pada nama.

Kalaulah melayu itu melayu,
Agama Islam agama yang satu,
Bangsa melayu wajib berpadu,
Kuatkan iman lemahkan nafsu.


No comments: