Sunday, June 28, 2009

Yang Pahit itu Penawar - Cabaran Nik Aziz untuk Berdebat

Kadang kala mengaku kesalahan itu amat berat dan adakalanya amat memalukan. Tetapi jika itulah penawar kepada persengketaan dan menjadi penawar kepada segala macam permasaalahan, saya kira itulah tindakan yang ikhlas lagi waras.

Sesungguhnya orang melayu masih lagi bercakaran dan mencari cari momentum untuk bersatu, kaum kaum terbesar telah pun dihadapan serta mengecapi hasil hasil perpaduan yang dipelupori mereka. Orang melayu memang terkenal dengan sikap budi bahasa, gotong royong, muafakat dan sebagainya.

Tapi yang anehnya dalam membanggakan sifat terpuji ini, kita tertanya tanya kepada siapakah sifat terpuji ini diperlakukan? Sedangkan kita sendiri telah dan sedang lihat orang orang melayu tidak putus putus memaki cerca sesama kaum, sehingga sanggup melempar tuduhan tuduhan yang melibatkan akidah.

Apakah permasaalahan orang melayu sebenarnya. Adakah akidah yang menjadi persoalan atau harta benda yang lebih diutamakan? Dalam dunia semasa yang mana kedudukan dan kebendaan lebih diutamakan, manusia sanggup berpura pura demi mencapai sifat halobanya dan kemanusian "diterlupakan." Akidah dipermainkan dan berbagai dakwaan dikemukakan bagi menegak benang yang basah.

Oleh yang demikian cabaran Nik Aziz yang kononnya "a'lim" dalam Islam patut direalisasikan oleh Najib dengan satu matlamat merungkaikan kekusutan perpaduan orang melayu dan islam. Sudah sampai masa semua menerima hakikat yang Nik Aziz tidaklah maksum. Sebagai pemimpin dan khalifah Najib harus berani dan menerima hakikat keatas sebarang kekurangan yang ada pada diri beliau. Pembelajaran tidak akan tamat sehingga keliang lahat.



No comments: