Friday, June 26, 2009

Perpaduan Orang Melayu ditolak - Kenapa?

Bersatu teguh bercerai roboh. Ungkapan ini memang tidak asing bagi kita atau seberkas lidi tidak mudah dipatahkan. Bagi yang berkepentingan atau yang takut kepada bayang bayang, perpaduan umat melayu islam akan dianggap ancaman kepada mereka.

Perpaduan ini bukan sahaja difikir mengancam pada kaum kaum lain, tetapi juga kepada umat melayu islam yang baru dibuai kekuasaan, kesenangan dan sedikit pelajaran. Kepada kaum kaum yang bukan melayu islam boleh difahami akan kebimbangan mereka. Tetapi yang pelik dan tak dapat difahami kenapa sebilangan umat melayu islam ini menolak mentah mentah usaha perpaduan ini?

Adakah bila umat melayu islam bersatu padu, sudah tidak boleh bersatu padu pula dengan rakyat Malayasia dari kaum kaum yang lain? Bagaimana pula bumiputra yang terdiri dari lain lain kaum? Kenapa majoriti mereka dapat pula menerima perpaduan ini dan jarang sekali terdengar rungutan dari mereka?

Sabenarnya, bukanlah perpaduan itu yang ditolak, tetapi keutuhan hasil dari perpaduan itu yang ditakuti. Kenapa pula, sedangkan semua hak hak telah pun dilindungi didalam Perlembagaan Negara. Walau pun demikian, Perlembagaan sekarang masih memperuntukan hak hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra. Adakah faktor keistimewaan ini yang membolehkan umat melayu dan bumiputra lebih bersefahaman?

Sudah pasti hak hak inilah yang menjadi pokok ketidak puasan hati kaum kaum lain. Inilah laungan Malaysian Malaysia yang sedang dipelupori, untuk menghapuskan hak hak keistimewa itu. Adakah umat melayu dan bumiputra sudah bersedia untuk penghapusan hak hak ini. Apa sudah pastikah kaum kaum lain yang lebih maju akan bertimbang rasa atau peluang diberi tetapi sekadar kuli? Tidak akan berlakukah pembalasan dendam kaum kaum tersebut yang selama ini terasa ditindas hak mereka?

Tinjaulah sendiri disektor swasta, "decision making post" siapa menerajuinya dan jika ada orang orang melayu pun sekadar "non executive post"disebabkan kuota, pengaruh atau ambil hati. Kaum kaum ini memang berkebolehan dan dapat berdikari dengan mengurus organasasinya sendiri yang juga mempunyai "networking" yang telah lama diasaskan. Apa orang orang melayu sudah bersedia bersaing?

Dalam tinjauan saya, berapa kedai kedai "harware" dimiliki orang melayu, berapa peraih melayu mengendalikan hasil tangkapan laut atau hasil padi
, kecuali yang dimiliki kerajaan. Kalau ada pun lebih menghisap darah kaum sendiri. Maklumlah nak cepat kaya. Jika diperhatikan pula, orang orang melayu yang menentang usaha perpaduan ini kebanyakan mereka adalah yang sudah "senang" atau terlalu taksub, tetapi apa yang mereka usahakan untuk kesejahteraan kaum melayu itu sendiri, tinjau tinjaulah sendiri.

Ada sebilangan kontraktor melayu pula, yang mendapat habuan disebabkan "hubongan" baik dengan orang politik lebih sanggup berkongsi habuan dengan kaum kaum lain dengan alasan kaum kaum tertentu lebih berwibawa dan tidak sanggup berkongsi pengelaman dengan kaum sendiri dan yang paling dahsyat yang berniaga ala "ali baba" nak untung atas angin. Gulongan ini adalah sebahagian dari puak puak yang anti perpaduan kerana takut hilang keuntungan dan pengaruh serta kedudukan.

Kembalilah kepada sejarah Long Jaafar dan Yap Ah Loy, 100 diistihar, 200 sendiri tahu. Alasan demi "survival." Jika inilah sikap orang melayu yang diberi Allah peluang rezeki, tetapi mata dan hati hanya pada nafsu sendiri, sampai bila pun orang melayu akan ketinggalan dan perpaduan sentiasa ditentang.

ikhlas


www.warongkopi56.blogspot.com






No comments: