Monday, July 20, 2009

ISA, PDRM dan SPRM - Kenapa Tidak Disukai?

Apabila memperkatakan tajuk diatas teringat akan diri ini semasa zaman persekolahan dan waktu waktu adolescent. Ketika ini sesiapa sahaja yang menentang kehendak dan kebebasan, ada adalah orang orang yang tidak disukai. Orang orang ini termasuklah guru guru, ustaz ustaz, polis, orang orang masjid, orang orang yang telah makan garam dahulu dan ibu bapa sekali pun tidak akan terlepas.

Pergi ke sekolahlah yang paling tak disukai. Apa tidaknya, kebebasan terhad, suka tak suka mesti berada didalam kelas dan terpaksa mendengar pelajaran yang diajar guru dan paling perik apabila guru menyoal akan kefahaman pelajaran yang telah diajarnya. Silap silap jawab kena berdiri atas kerusi pulas telingga, tak buat kerja rumah, jika terlalu sangat tidak dibenar pulang awal kerana terpaksa habiskan kerja rumah dulu. Dirumah ibu bapa akan menyoal kenapa balik lambat? Semuanya akan berkait, silap silap dirumah pun kena lagi. Mana ada keseronokan, tidak ada kebebasan.

Ketika remaja pula, keinginan bertukar selera pula.Bagi orang kampong, boleh dapat memiliki basikal dan "modified" sedikit sebanyak dan boleh mendapat perhatian itu dikira sudah hebabtlah. Meronda kesana sini sampai waktu maghrib pun tak tahu balik (kambing lembu pun tahu balik kandang) apalagi balik rumah kena selagu dengan ibu bapa. Keesokan buat lagi, kena leteran lagi dan ketika ini pemikiran dan mula menunjukan pemberontakan dan ingatan nak lari dari rumah untuk mengecap kebebasan mula terbisik bisik. Bercerita pula pada kawan kawan yang mahu menasihati OKlah, kena yang cucuk bisa sedikit, lingkup.

Berbalik kepada undang undang ISA atau EO, kedua dua undang undang digubalkan dengan perbezaan dengan undang undang lain saperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan lain lainlagi. Perbezaan ISA atau EO kedua kedua undang undang ini memperuntukan kuasa menahan yang tidak perlu dibicarakan dan penahanan ini dibuat hanya berdasarkan kepada risikan maklumat serta kriteria kriteria yang menjustifikasikan penahanan tersebut. Namun penahan tersebut, walau pun tidak dibicarakan perlu juga melalui proses penilaian dan juga peruntukan untuk menjabar kesahihan penahanan tersebut (habeas corpus). Disini masih ada ruang untuk mempersoalkan tindakan pihak yang melaksanakan undang undang tersebut. ISA dan EO adalah dilihat sebagai "Procurement of Assumption Facts."

Siapa pelaksananya ? Sudah tentulah salah satu dari Jabatan Polis DiRaja Malaysia, namun begitu ,the final "say" bukanlah PDRM. PDRM hanya mengemukakan hasil risikan sahaja dan yang mempunyai kuasa sebenar adalah Menteri yang mengurus Hal Ehwal Dalam Negeri serta penasihat penasihatnya. Pada peringkat ini saya kira satu cara non-judicial arbitration telah diambil walau pun right of defense tidak diperuntukan. Ini yang dipertikaikan dan inilah yang dibantah oleh sesetengah rakyat Malaysia.

Kenapa pula PDRM dan SPRM tidak disukai atau dibenci? Memang jelas sekali, sebab sebab kedua dua agensi ini adalah pelaksana undang undang yang sentiasa berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan tugas resmi mereka. Tetapi adakah semua lapisan masyarakat yang tidak menyukai agensi agensi ini. Jawabnya hanya yang melanggar undang undang, yang tidak suka kegiatan mereka diawasi dan yang merasai hak kebebasan mereka dibendung dan merasa apa yang mereka buat itu betul tanpa mengira hak dan perasaan orang lain. Saya kira sebilangan manusia ini hanya akan kata bagus atau baik jika setuju dengan pendapat mereka dan akan menentang jika sebaliknya. Begitulah sempitnya pemikiran individu atau kumpulan kumpulan ini yang mementing agenda tersirat mereka.




No comments: