Monday, July 6, 2009

Sudahkah Kita Tak Berdaya?

Apakah yang telah melemahkan bangsa melayu? Itulah persoalan yang sedang bermain dikepala ini apabila terbaca rencana Awang Selamat yang tersiar diportal Malaysiakini,"Awang Selamat: Melayu sudah diambang kejatuhan..." 05.07.09.

Adakah begitu tempang sekali bangsa melayu dalam era globalisasi ini? Apakah yang terlalu dikejarkan oleh orang melayu sekarang atau apakah yang mengasyikan sehingga mereka begitu lalai? Terlalu banyak kemungkinan dan terlalu banyak telahan untuk diperkatakan atau diperbincangkan. Ada yang benar, ada hanyalah tanggapan atau andaian dan ada juga berupa fitnah. Walau apa pun semua istilah ini masih akan mengusik perasaan bagi yang merasa, tak kurang juga yang tidak mengambil pusing walau pun menyedarinya dan yang ditakuti yang dalam khayalan, tidak sedar sedar.

Kewujudan ini sudah tentu akan
merunsingkan pada yang sayangkan bangsanya. Sudah pasti soalan soalan pada para dua diatas bermain main dikepala setiap yang sayang. Apakah cara yang terbaik atau pendekatan terbaik patut diambil. Bagaimanakah rambut didalam tepung itu boleh ditarik, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak ?

Adakah permasaalahan ini dibiarkan saja kepada kerajaan untuk diselesaikan? Soalannya, adakah kerajaan sekarang berkemapuan? Memang ini satu soalan yang"gila" atau "bodoh" tetapi realitinya mampukah semuanya dihempapkan keatas kerajaan semata mata. Apakah sumbangan bangsa melayu kepada kerajaan dan negara Malaysia yang telah banyak membantu dan menongkatkan ketempangan orang melayu selama ini?

Apa orang melayu sememangnya "kacang lupakan kulit", habis madu sepah dibuang? Janganlah ditelan bulat bulat pada orang yang menanam tebu ditepi bibir, sehingga terjadi saperti mendengar guruh dilanggit air ditempayan dicurahkan, tetapi hujannya belum pasti, mati kehausan dibuatnya.

Mungkin ada yang berpendapat, itu adalah tanggung jawab kerajaan untuk mempastikan kesejahteraan rakyatnya. Hakikat ini memang tepat dan diterima, samalah juga dengan tanggung jawab ibu bapa keatas anak anaknya. Tetapi ada satu perpatah inggerris yang bunyinya begini," We can take the horses to the river but we cannot make the horses drink the water", atau pun " you have to help youself in order to help you."

Terfikir saya tentang satu "remark" yang telah diperkatakan oleh seorang kenalan lebih kurang 20 tahun yang lalu, tetapi remark ini lebih menjurus kepada rasuah.Walau bagaimana pun remark ini ada relevannya dengan kedudukan orang melayu sekarang jika sesuatu tindakan pembelaan nasib orang melayu tidak ditemui. Katanya, " Itu kulit dia sudah anggkat, isi pun dia ambil, sekarang tulang pun dia mahu, apa gua tinggal lagi?"

Oleh itu marilah kita sama sama merenung nasib kita orang melayu, jangan terlalu sombong untuk mengakui kesilapan dan kelemahan kita. Saya juga berdoa agar para pemimpin akuilah juga kesilapan kesilapan yang lalu dan ikhlaslah dalam memimpin kami.












No comments: