Wednesday, September 16, 2009

DUN Bagan Pinang - Penentu sokongan masih pada Barisan Nasional

Selain dari Batang Ai, DUN Bagan Pinang adalah DUN yang kedua yang disandang oleh Barisan Nasional yang kosong disebabkan oleh kematian. Alhamdulillah di Batang Ai Barisan Nasional berupaya mempertahankan kerusi tersebut.

Bagaimana pula halnya diDUN Bagan Pinang. Perbezaan diantara Batang Ai dan Bagan Pinang adalah Batang Ai diSarawak manakala Bagan Pinang diSemenanjung. Di Sarawak dan Sabah seketika ini Barisan Nasional masih diminati jika dibandingkan dengan kedudukan Barisan Nasional diSemenanjung jika kesemua pilihanraya kecil diambil kira.

Adakah Barisan Nasional berupaya mengekalkan dominasinya diBagan Pinang? Apakah faktor faktor yang Barisan Nasional perlu utamakan? Apapun rumusan yang akan diutamakan, seperkara Barisan Nasional dan para penyokong harus ingat bahawa diBagan Pinang inilah kewibawaan dan sokong rakyat akan diperhatikan dan dianalisakan bagaimana masa depan Barisan Nasional diSemenanjung. Pilihanraya Kecil terdahulu selain dari Batang Ai kesemuanya adalah kawasan pembangkang jadi tidak memberi kesan yang dalam. Tetapi jika Barisan kalah dikawasan sendiri ia mungkin pertanda yang tidak mengalakan untuk PRU ke-13.

Oleh yang demikian para kepimpinan Barisan Nasional harus lupakan segala bab sentimental, kroni, termakan budi dan perjanjian peribadi dan hanya tumpu pada satu, apa yang terbaik untuk menang dengan keselesaan. Perkembangan politik tanah air semasa agak susah membuat tekaan peluang Barisan Nasional. Kadang kadang penyokong sendiri menikam belakang.

Sebagai contoh perkembangan sekarang Pengerusi BN Negri meminta lebih dari satu nama calon, dengan alasan itu kehendak pihak pemimpin atasan sedang UMNO Telok Kemang kemukakan hanya satu. Apa ini akan mencetuskan sekali lagi undi protes dan meluaskan peluang pembangkang? Diharap sesiapa sahaja atau kumpulan mana yang akan membuat keputusan muktamad biarlah keputusan itu tidak berlaku yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat atau dengar guruh dilanggit air ditempayan dicurahkan atau Balik Pulau Bayan Lepas. disini dipulau disana melepas. Selamat berfikir dan berstrateji,

No comments: