Thursday, September 10, 2009

Mencari kedamaian melalui kesefahaman

Malaysia telah dimerdekakan sudah lebih kurang 52 tahun dan tahun tahun ini berlalu dengan pelbagai insiden ada yang baik dan tidak kurang juga yang menyayat hati. Tidak kurang juga perasaan umpama api dalam serkam yang juga boleh diibaratkan jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

Selagi perasaan api dalam serkam dan jerat tidak pernah lupakan pelanduk tidak dapat dikikis dan dicampak dan di tanam sedalam dalamnya selagi itu itulah kita tidak akan ketemu kesefahaman dan kedamaian pun tidak akan menjelma. Apa yang dilihat adalah kepura puraan atau sering diperkatakan sebagai hipokrisi.

Malah jika kesefahaman betul betul ditemui undang undang saperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak tidak perlu dikuat kuasakan malah boleh terus dimansuhkan dan dilupakan. Tetapi satelah 52 tahun bukan makin kendur tetapi semakin tegang dan yang ditakuti had keteganggan ada batasnya.

Adakah sebilangan pemimpin pemimpin atau wakil wakil rakyat menyedari hakikat keteganggan ini atau lebih ghairah merebut kuasa serta mencapai impian masing masing? Adakah cara pendekatan ini sahaja yang ada untuk merebut kuasa? Apa 13 Mei belum memberi apa apa pengajaran? Adakah adil kepada yang tidak berdosa turut menerima nasib malang hanya kerana berada disalah tempat dan salah masa?

Walau apa pun alasan yang diberi, pendekatan yang akan menimbulkan ketegangan dan rusuhan adalah pendekatan yang kuno lagi tak bertamadun. Adakah orang orang yang terlibat itu patut dihormati dan disokong? Inikah rupa pemimpin pemimpin yang akan membawa rakyat Malaysia kehadapan lagi bertamadun?

Tidak dapat disangkal punca terbitnya perasaan "anti-establishment" adalah sebahagiannya datang dari sumbangan pihak yang memerintah. Kadang kala dilihat terlalu "over" dalam perlaksanaan dasar dasar yang telah dipersetujui. Adalah menjadi hakikat konsep "whom do you know lebih dipraktikan dari what do you know" dan timbullah laungan ketidak puasan hati dan desakan meritrokrasi diutamakan sebagai contoh.

Bibit bibit kegagalan dalam melaksanakan dasar dasar yang baik inilah akhirnya dasar dasar ini dilihat gagal dan tidak menguntungkan rakyat yang terbanyak, ditokok tambah pula oleh mereka mereka yang kecewa dan tersingkir yang cita cita tak kesampaian atau yang terperangkap oleh perbuatan sendiri maka bertambah robeklah pelan pelan kesefahaman yang sedang diusahakan. Mereka mereka inilah yang dikatakan "pagar yang memakan padi atau gunting dalam lipatan atau sokong yang membawa rebah."

Key Performance Indicator adalah salah satu mekanisme bagi mengatasi kegagalan dalam perlaksanaan dasar dasar yang telah digagaskan tetapi dua persoalan yang perlu ditangani, pertama keberanian untuk bertindak pada yang gagal dan kedua mengatasi dari disabotaj oleh yang tersingkir yang tidak menerima kegagalan mereka. Bagaimana untuk mengatasi dilema ini?

Selain berpengetahuan,amanah seorang pelaksana itu hendaklah menjalankan dengan sikap "do it right the first time and all the time dan kedua menghidari termakan budi kerana dikhuatiri tergadai "body".

Sepekara lagi dalam keghairahan usaha mencari kesefahaman, kita harus tidak melupakan orang orang yang telah bekerja keras untuk mengecapi kesenangkan satelah tersisih dari dasar dasar yang gagal dilaksanakan dengan penuh amanah dan adil. Memaafkan memanglah mudah, tetapi melupakan yang menjadi persoalannya. Inilah akibat akibat yang terpaksa ditangani oleh pemerintah sekarang jika adanya sifat sifat tamak, kroni, double standard dan rasuah yang diamalkan oleh pelaksana yang terdahulu dan telah menjadi tabiat dan meresap pada generasi sekarang.

Fahamilah maksud yang tersirat diatas. Untuk mencari kedamaian bukanlah sebegitu senang sehinggalah kesefahaman itu betul betul difahami oleh yang tertindas dan tersisih dek kegagalan dalam perlaksanaan. Selamat meneroka.


No comments: