Wednesday, September 9, 2009

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit inikan pula............

Pada dasarnya jika sesebuah rumah tangga itu dibina, masa penyesuaian untuk mencari kesefahaman memerlukan lebih kurang 5 tahun. Jika rumah tangga itu dibina atas dasar keimanan kepada Allah SWT, kesefahaman boleh dicapai dalam masa yang lebih pendek. Itu kesefahaman tentang rumah tangga pada kebiasaannya.

Apa hal pula dengan kesefahaman antara kaum diMalaysia, negara yang tercinta ini? Melihat pada percapaian kemerdekaan sudah 52 tahun negara ini merdeka dan kemerdekaan itu dicapai atas sumbangan semua kaum yang menjadi warganegara. Siapa yang menyumbang lebih atau kurang bukanlah isu dalam perbincangan ini. Isu yang ingin diketengahkan adalah tentang persefahaman antara rakyat negara ini.

Sepatutnya satelah 52 tahun pelbagai kaum yang bergelar warganegara Malaysia ini sudah menjumpai pengertian perkataan "kesefahaman", tetapi malang sekali bagi Malaysia kesefahaman ini masih tidak kunjong tiba malah salepas PRU ke12 perpecahan kaum makin ketara sehingga bukan hal hal kaum sahaja tetapi hal hal ugama pun sudah berani disentuh.

Apa gunanya mempunyai bermacam macam slogan, sedangkan realitinya perpaduan dan persefahaman antara kaum semakin lama semakin parah.

Didalam arena parti politik memang tidak dinafikan taktik pecah dan perintah sering dimainkan untuk mencari sokongan dan pengaruh, itu didalam sebuah parti saya rasa boleh diterima. Tetapi konsep pecah dan perintah ini tidak sepatutnya digunakan didalam sesebuah negara kerana akibatnya sangatlah merbahaya.

Ketika ini apa yang diperhatikan pada mulanya konsep ketuanan melayu melawan konsep ketuanan rakyat. Kemudian diikuti pula politik jalanan yang berkonsep menentang dan memaksa, konsep ini dieksploitasikan adalah disebabkan politik negara sedang diisi oleh gulongan muda yang "berdarah panas". Dicipta satu lagi iaitu hak kesamarataan yang mana mempertikaikan sebilangan artikel yang sudah tertera didalam perlembagaan termasuklah dasar ekonomi baru.

Jika diperbincangkan atas tajuk tajuk diatas, saya rasa sampai kiamat pun tidak akan ada kata sepakat selagi keseimbangan antara kaum tidak dapat diujudkan baik dari segi ekonomi mahu pun pembelajaran. Hal hal remeh saperti rasuah dan lain lain salah laku adalah ekoran dari kegagalan mencapai keseimbangan ekonomi dan pembelajaran.

Siapa yang berupaya memberi rasuah, tentunya orang yang bersalah dan mempunyai wang dan siapa pula yang menerimanya, tentulah yang mempunyai kuasa tetapi kurang dari segi pemilikan harta dan wang. Tetapi adakah dengan cara sebegini boleh mencapai keseimbangan antara kaum?

Mutakhir ini yang paling sedih perpecahan sesama sendiri dalam satu kaum yang seagama. Gejala inlah yang paling ditakuti jika tidak dibendung dengan sebaik baiknya. Tidak usahlah kita melalut yang orang orang Amerika dikenalai sebagai American sedangkan kita semua tahu mereka masih dikenali sebagai African American,chicano,red indian dan sebagainya.

Inilah padah kalau sesuatu kaum atau bangsa itu terlalu leka tidak mahu berusaha dan apabila disedari kaum tersebut yang pada asalnya adalah kaum yang terawal sudah menjadi kaum yang tertinggal. Ekonomi dan pembelajaran sahajalah yang dapat membela nasib sesuatu kaum dan tidak ada jalan yang mudah untuk mencapainya.


No comments: