Thursday, November 5, 2009

Betulkah minta bonus tidak bermoral?

Salah dari segi moral untuk minta bonus: Najib 18:48 PM, BH 04.11.09
Najib: Morally wrong to ask for bonus NST 04.11.09.

Membaca komen dalam dua akhbar perdan dan juga mendengar berita TV3 jam 8.00pm, terasa kesopanan orang melayu mula terhakis. Kita mesti sedar kehidupan manusia ini diibaratkan umpama roda, adakalanya diatas dan adakalanya dibawah. Hari hari pun begitu, tidak sentiasa panas hingga kepetang,sebab adakalanya hujan ditengahari.

Tetapi apa yang hendak dikatakan, inilah politik dan yang berkuasa akan melaksanakan apa yang difikirkan perlu ketika itu untuk menggukuh kedudukannya tanpa terlalu berfikiran jauh akibat dan musibahnya. Kesilapan kesilapan ini bukan lah pertama kali tetapi itulah hakikatnya.

Dulu pun beginilah kata kata seorang pemimpin, "apa dia nak kata dia boleh kata, sekarang saya adalah Perdana Menteri" dan " tidak ada Perdana Menteri lain mencapai kejayaan yang begitu besar dalam pilihanraya melainkan semasa pemerintahan saya." Apa kita boleh tanggap dalam kata kata sedemikian rupa? Adakah kata kata itu dianggap satu keinsafan,kerendahan diri atau riak dan takbur? Sama samalah mencari kebenarannya.
Akhirnya Allah SWT telah menunjukan kepada kita saperti apa yang berlaku pada PRU 12 tahun 2008.

Apa yang memusykilkan kerajaan sekarang sangat pemurah kepada satu kaum, ambil contoh kematian 3 murid sekolah diKuala Dipang,Perak. Semasa lawatan itu juga DPM telah menyumbang sebanyak RM10,000.00 dan pelbagai peruntukan berjumlah berjuta juta ringgit untuk memenangkan hati kaum kaum yang telah mengubah sokongan. Adakah tuntutan ini bermoral atau adakan selama ini kerajaan memang mengabaikan kaum kaum ini?

Memang tidak dinafikan ekonomi negara juga terpalit dengan kemelesetan ekonomi global, tetapi tidakkah boleh menggunakan satu kaedah bersopan atau bahasa yang lebih memberasang tehadap kakitangan awam dan kesatuan mereka CUEPAC. Walau pun kita akui perkhidmatan awam tidaklah sesempurna mana tetapi kenapa tindakan positif tidak ambil untuk meningkat prestasi kakitangan awam dari dulu lagi. Sebagai contoh kepincangan dari Lapuran Tahunan Ketua Audit Negara, tindakan tahun lalu pun tidak kedengaran dan baru kali ini baru dengar satu tindakan positif akan diambil.Begitu juga dengan isu PKFZ ,PAC telah menimbulkan bahawa ada isu patut didalami yang mungkin boleh membuktikan amalan pecah amanah. Kenapa SPRM tidak menjumpai "incriminating evidence" semasa siasatan mereka?

Saya juga mendengar ucapan PM semasa AGM Parti Gerakan yang beliau adalah PM jangan mempertikaikan prerogative PM melantik siapa sahaja dan hari ini meminta bonus pula satu tidakan tidak bermoral. Nasihat saya "janganlah dengar guruh dilanggit air ditempayan dicurahkan" atau kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan. Kerajaan mesti akur bahawa perlaksana polisi, dasar dan menguat kuasa undang undang terpikul pada bahu kakitangan kerajaan.Oleh yang demikian saya berharap PM dapat mencari satu bahasa dan cara yang lebih sopan, umpama " menarik rambut dalam tepung,rambut keluar tepung tak berselerak." Ambillah ingatan pada apa yang berlaku pada PRU 12 dan sikap pemimpin tertinggi ketika itu. Kalau nak jadi imam pun tak payahlah publisiti nanti dikatakan riak pula jika selalu sangat dipaparkan. Orang islam beribadat, berkerja dan bersedekah kerana Allah SWT dan bukan untuk ditunjuk tunjuk. Adakah melambat lambatkan sesuatu tindakan menyelesaikan sesuatu yang ada hubong kait dengan rasuah,menyalahguna kuasa dan kroni itu bermoral? Renung renunglah.

No comments: