Wednesday, November 11, 2009

Majlis Fatwa - Apa Fatwa yang terpakai?

JIM: Bukan Islam boleh masuk masjid Nov 10, 09 1:20pm - Malaysiakini versi B.Melayu.

JIM berpendapat menurut rujukan ayat 28 surah At-Taubah,menyatkan bahwa orang bukan Islam boleh memasuki kedalam masjid kecuali Masjid Al-Haram. Firman Allah SWT ayat 28 surah At-Taubah bermaksud," Wahai orang orang yang beriman!Sesungguhnya(kepercayaan) orang orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haram sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan (merosotnya perdagangan disebabkan larangan masuk keMekah yang dikenakan kepada kaum kafir musyrik),maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurnianya, jika ia kehendaki.SesungguhnyaAllah Maha Mengetahui, lagi maha Bijaksana.

Bagaimana pula dengan ayat ini? Ayat 43 Surah A-Nisaa' dimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang orang beriman, janganlah kamu menghampiri sembahyang(mengerjakannya) sedang kamu didalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah - debu yang suci, iaitu sapukanlah kemuka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun"

Sepatutnya sabelum membaca ayat 28 surah At-Taubah,terlebih dahulu dibaca ayat 17 surah yang sama diikuti pula ayat 25, 26, 27 dan datanglah perintah khas ayat 28 untuk orang orang kafir musyrik tidak menghampiri Masjid Al-Haram berikutan Masjid Al-Haram dibersihkan apabila orang Islam menawan Mekah Al-Mukarramah. Kaum kafir musyrik diisytiharkan tidak dibenarkan mengerjakan Haji dan mengerjkan perbuatan jahiliyah diMasjid Al-Haram kerana orang orang kafir tidak layak dan tidak patut memakmurkan masjid masjid Allah kerana kekufuran mereka dan yang berhak adalah pada orang orang yang beriman. Ayat 1 surah At-Taubah juga menerangkan tentang percabulan orang orang kafir musyrik keatas perjanjian yang dimenterai dengan Rasulullah SAW.

Dengan ini jika ada apa kekhilafan saya pohon pihak Majlis Fatwa dapat merungkaikan dengan dalilnya tentang kemasukan orang kafir kedalam Masjid ruang beribadat. Sedangkan orang yang beriman pun ditegah jika berjunub dan dikehendaki berwuduk. Apa ada pengecualian bagi orang orang kafir, berjunubkah mereka secara Islam?

Harap perkara perselisihan ini tidak dilengahkan oleh pihak berwajib dan Majlis Fatwa. Wasalam.

No comments: