Tuesday, November 10, 2009

PAS - Kerana kerakusan pada kuasa apa pun tak apa.

Brickbats for 'divorce wife' pledge - MalaysianMirror 08.11.09
Zulkifli: Loyalty oath by Pas is ridiculous - o9.11.09 NSTP
Tiada arahan rasmi amal bai’ah cerai isteri, kata PAS - 09.11.09 The Malaysian Insider
Majlis Fatwa diminta bincang bai'ah talak tiga Pas - 08.11.09 Utusan Malaysia
Pemimpin Pas diminta rujuk semula lafaz taklik - 08.11.09 Utusan Malaysia

Petikan akhbar diatas mencerminkan apa itu PAS sebenarnya sekarang. Nampaknya apabila dapat memenangi beberapa kerusi dan beberapa buah negeri mereka sudah jadi mabuk kuasa dan dah mula meracau. Mereka dan semua umat islam bukan tak tahu bahawa perceraian itu halal tetapi dibenci Allah swt.Kenapa mencari kebenciannya?

Jawapannya kemambukan kuasa duniawi adalah matlamat terpenting PAS. Mereka akan membuat apa sahaja demi kuasa dan kesenangan duniawi. Mereka telah dibisikan( ayat 268 surah Al-Baqarah) dengan satu perasaan yang takabur dan bongkak dan sentiasa berkata merekalah yang benar dan betul. Fahaman merekalah sahaja yang islamic.

Segelintir pemimpin PAS sekarang agak menonjol membela tindakan bai'ah ini baik, demi amanah yang telah diberi oleh pengundi setempat dan seorang lagi berkata tindakan itu tidak menyalahi hukum syarak. Tetapi mereka terlupa bahawa amanah yang pertama yang mereka dipertanggung jawabkan adalah amanah apabila mereka diijab kabulkan dengan terlafaz ijab dan kabul itu terbahulah mereka sebagai khalifah untuk mendidik isteri atau isteri isteri mereka dan disusuli zuriat mereka kejalan yang diredai Allah swt (Ayat 34 Surah An-Nissa'). Mereka juga cuai untuk menyedari jika asuhan dan didikan mereka tersasar mereka akan dituntut diPadang Mahsyar. Wallahua'lam.

Walau apa pun alasan diberi dengan taklik seumpama akan jatuhlah talak 3 kepada isterinya sekiranya sisuami melompat parti adalah suatu tindakan yang zalim lagi tak beriman. Apakah dosa dan kesalahan siisteri dan anak anak sehingga tergamak sisuami menyeksanya? Didalam islam pun tiada paksaan dalam menganuti ugama islam (ayat 256 surah Al-Baqarah) kenapa hal hal duniawi ini begitu keras dipatuhi? Tidak lain dan tidak bukan, semata mata mengejar keduniaan. Begitulah sempitnya kepimpinan PAS ketika ini.

Allah swt. baru menguji sedikit pada mereka dengan mengizinkan mereka berkongsi kuasa untuk memerintah negara ini, tapi kerana ketamakan dan ketakutan hilang kuasa mereka sanggup lakukan apa saja dan sanggup memperjudikan mahligai kekeluargaan yang telah dipupuk sebelumpun menjadi pemimpin. Meraka terlupa tentang rezeki Allah, bahawa rezeki yang mereka terima itu mungkin rezeki isteri dan anak anak mereka yang dikurniakan oleh Allah swt melalui kerjaya mereka.

Oleh yang demikian janganlah kita mengiakan apa sahaja yang diperlakukan oleh mereka, gunalah akal yang dikurnia Allh swt dan tingkatkanlah pegetahuan kita demi medapat keredaan Allah swt dunia danakhirat. Wallahua'lam.

No comments: