Monday, November 9, 2009

PAS - Takutkan Allah atau manusia?

Pas gagal perjelas kedudukan dalam pakatan - 08.11.09 U.Malaysia.
Kepemimpinan Hadi jadi isu panas Jimadie Shah Othman | Nov 7, 09 1:50pm Malaysiakini

Tertarik juga apabila memahami kedua lapuran diatas.Satu pro Barisan Nasional dan satu lagi pro Pakatan Rakyat. Tak kisahlah pro mana kedua kedua portal ini menyokong, tapi pokok yang menarik perhatian adalah tentang parti PAS yang sentiasa menyatakan sokongannya dengan sekutunya DAP dan PKR dan bergabung dalam satu ikatan yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Sebenarnya didalam PAS itu siapakah yang terlalu ghairah bergabung dengan DAP dan PKR? Adakah semua ahli bersetuju atau yang bersetuju itu hanya peringkat pimpinan PAS sahaja? Siapa yang mendapat munafaat dari gabungan ini? Gabungan ini saya kira hanya dikecapi oleh pihak pimpinan sahaja dan sememangnya pihak PAS tidak bertulang belakang untuk berdikari diatas prinsip dan dasar asal PAS ditubuhkan.

Disebabkan sudah beberapa kali gabungan PAS dan DAP gagal, PAS terpaksa mengubah prinsip parti demi memberi keyakinan kepada sekutunya DAP walau pun mengetahui hakikat pemimpin DAP sangat dan terlalu sensitif dengan tajuk "Islam." Tetapi demi cita cita mengecapi kuasa duniawi banyaklah prinsip prinsip yang dituntut oleh Islam disimpan didalam gerobok buat sementara waktu dan mungkin bila berpeluang dengan hidayah Allah swt dan izinnya baru PAS akan sedar arah tuju asal PAS itu.

Malangnya, DAP pun tidaklak benak yang disangka, mereka juga menyedari bahawa jerat tidak pernah melupakan "pelanduknya." Oleh yang demikian apa sebenarnya PAS boleh lakukan? Jambatan dengan UMNO sudah pun dibakar bagaimana hendak berpatah balik. Mahukah dikatakan PAS tak bermaruah yang mendukong prinsip prinsip Islam (walaupun tak diamal,sekurang kurangnya dalamperlembangaan parti ada tercatit) atau pun menjilat ludahnya semula?

Janganlah menggunakan pergabungan ini dengan alasan berdakwah, berhentilah memperdayakan pada yang setengah masak, takut takut mereka mendapat fahaman yang tersasar tentang Islam sabenar. Bertenanglah dan janganlah terlalu taksub kerana keserdahanaan dan kesabaran itu adalah cahaya keimanan.

No comments: