Monday, December 14, 2009

Apa yang sudah berlaku pada orang melayu, diam kerana setuju atau ketandusan?

Penalis: Ketuanan Melayu 'projek politik' kekal kuasa - Malaysiakini 13.12.09
Nazri bidas pihak main isu ketuanan Melayu - Malaysiakini 13.12.09
The new Umno dilemma - Malaysian Mirror 14.12.09
Dr M: Don't pick on bumi issue - Malaysian Mirror 13.12.09
Ketuanan Melayu bukan rasis - Utusan Melayu 14.12.09
Dr. Mahathir sedih tuduhan rasis - Utusan Malaysia 14.12.09
Bimbang perpaduan Melayu - Utusan Malaysia 14.12.09


Bukan semua orang orang melayu akan terasa apabila orang orang melayu dan pemimpin pemimpin melayu diketuk, disiat dan diperlekehkan sebagai berfikiran sempit dan pemimpin melayu tamakan kuasa. Malah sebilangan orang orang melayu akan datang sebagai juara dengan ideologi saperti liberalis, kesamarataan dan ada juga yang berpendapat keistemewaan kepada orang orang melayu ini tidak demokratik dan sudah berlalu dan "tongkat" tidak harus diberikan lagi. Ada juga yang berpendapat pembelaan dan keistemewaan yang diberi pada orang melayu adalah sabenarnya memalukan orang orang melayu.

Inilah kesedihan yang perlu dilalui oleh orang orang melayu yang masih percaya kepada hakikat. Hakikat bahawa dimana saja orang orang melayu ini berada atau merantau mereka tetap bangga sebagai orang melayu. Begitulah juga dengan bangsa cina dan india, kalau tidak masakan mereka mahu mempertahankan bahasa ibunda masing masing dan adat resam masing masing. Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Kecualilah yang lupa daratan yang mengelarkan diri mereka sebagai universalis. Sama ada memang mereka menganut kepada kefahaman itu atau sekadar lakonan sebelum mencapai matlamat mereka haruslah diperhatikan, agar tidak dipedaya. Kalau sudah teratuk baru nak tegadah, saya kira sudah terlambat. Kerana kuasa telah dimiliki mereka. Janganlah kita orang orang melayu tertipu lagi dengan lakonan ini dan mulut manis mereka.

Dimana perginya pembela dan cerdik pandai bangsa melayu, dah rasa tak melayu lagi atau malu untuk mengaku melayu? Dimanakah orang orang yang yang dikatakan ingin mendaulatkan Bahasa Melayu telah menghilangkan diri. Sekali lagi saya bertanya, bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Sampai ketahap manakah baru orang melayu hendak bangun dan bersatu. Apa kita hendak tunggu kemunculan "Imam Mahadi"atau turunnya Nabi Isa A'laihisalam?

Hayatilah pada perkembangan sekarang, kaum kaum lain bersungguh sungguh mempertikaikan hak hak keistemewaan orang orang melayu tanpa segan silu atau bertabik bersalam, walaupun telah termaktub dalam Perlembagaan, berbagai interpretasi diperkatakan oleh mereka bagi kesesuaian matlamat mereka., Dana masjid pun dipertikaikan, hak biasiswa, wang zakat, institusi raja raja melayu dan bermacam macam lagi.

Kepercayaan saya, jika kita rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memilih untuk terus menjadi rakyat yang setia dan sayangkan negara, sepatutnya kita bersikap dimana bumi dipijak disitulah langgit dijunjong. Walau pun Perlembagaan itu bukan Al-Quran yang tidak boleh dipinda, tetapi itulah hakikatnya sehingga berlakunya pindaan. Adakah majoriti rakyat mahu Perlembagaan sekarang dipinda?

Tidak ada sesiapakah lagi dari kalangan orang orang melayu yang mempercayai kepada pembelaan keatas bangsanya dan lebih cenderung untuk mengujudkan satu bangsa yang dilaungkan oleh DAP? Bagaimana pula dengan kepercayai kepada agama. Bolehkah Malaysia juga ada hanya satu agama?

Lihat dan hayati apa yang berlaku dinegeri Arab, walau pun majoriti negara Arab ini adalah satu bangsa dan satu agama, pun mereka masih berperang dan bercakaran oleh kerana berlainan mazhab atau pegangan. Kita harus ingat majoriti orang Melayu diMalaysia adalah beragama Islam, adakah agama juga hendak dikompromikan?

Adakah kita rela azan tidak boleh berkumandang lagi, masjid mesti menjadi tempat terbuka dan sesiapa sahaja boleh masuk dan keluar asalkan mereka itu dilihat bersih secara lahiriah. Orang Islam terima wang ehsan atau derma di tokong tokong. Apakah ini yang orang melayu islam kehendaki atau inikah yang dinamakan Islam progresif? Kalau ini berlaku bersedialah kita untuk di adili oleh Allah azza wajalla. Wallahua'llam.

No comments: