Saturday, December 12, 2009

Perlukah kod etika untuk kesedaran bloggers sahaja?

PM sarankan ‘Kod Etika Blogger’ -Utusan Malaysia 12.12.09

Kod etika adalah sekadar panduan tetapi yang peri mustahaknya adalah sikap individu atau kumpulan itu sendiri. Berbagai etika telah kita ketahui, terutama yang ada hubong kait dengan servis kaunter, tetapi masih juga tidak diikuti dengan sepenuhnya.

Apa perlunya ada apa apa etika jika masih ada cuit mencuit antara satu sama lain. Manusia hanya mempunyai satu tahap tolenransi sahaja dan jika kesabaran ini sentiasa diperah dan diasah akan terhakis juga ia. Umpama bukit yang sentiasa dicangkul lama kelamaan pamahlah ia.

Bagi saya jika kod etika dilihat perlu, hanyalah sekadar membimbing untuk kepatuhan, undang undang masih diperlukan itu adalah lumrah manusia. Semua pun sedia maklum, dengan penguat kuasaan undang undang pun manusia masih ingkar, apa kesan yang boleh diperolehi dengan kod ethika ini.

Kita harus ingat penulis penulis blog, adalah dari gulongan yang mempunyai satu tahap keupayaan untuk mencetuskan sesuatu pandangan atau kritikan. Dengan erti kata yang lain mereka mereka ini boleh berfikir dan menulis yang sedikit sebanyak mempunyai kebolehan membuat pembacanya berfikir. Oleh yang demikian mereka ini adalah kumpulan manusia yang cerdik akalnya serta mempunyai nilai diri dan pertimbangan. Kalau tidak masakan mereka berkebolehan memberi pandangan, menganalisa serta berhujah.Tetapi kenapa kadang kala mereka kurang pertimbangan walau pun dianugerah akal?

Apa yang sebenar diperlukan adalah keinsafan cintakan negara dan kebertanggung jawaban kepada negara. Siapa dahulu yang patut beretika? Bermula dengan pemimpin dan semua yang merasa mereka adalah pemimpin. Sudah terlupakah kita "Kepimpinan melalui teladan?" Perhatikanlah sendiri setiap hari tingkah laku dan tutor bahasa para pemimpin sekarang. Adakah mereka kesemuanya beretika? Adakah mereka umpama ketam atau saperti kata kata inggeris," Do what I preached but do not do what I did?"

Selalunya yang buruk dan sensasi itulah yang disukai. Sebagai contoh ceramah politik, antara ceramah kerajaan dan pembangkang, pada kebiasaan ceramah anjuran siapa menarik pendengar yang ramai? Begitu juga dengan hal hal sosial yang membawa kepada keseronokan pengunjongnya berlipat ganda berbanding dengan hal hal kebajikan.

Oleh yang demikian, jika kita bercakapa soal etika ini, ia sepatutnya bermula dari pemimpin itu sendiri, saperti ibu bapa yang sepatutnya memberi contoh yang baik. Bukan saperti memijak mijak gambar dan memaki hamun ikut sedap mulut. Rakyat biasa akan berkata, kalau pemimpin boleh buat, pasal apa saya tak boleh. Kalau pemimpin tak hormat undang undang dan agensi penguat kuasa, pasal apa saya hendak patuh. Adakah etika dan undang undang untuk orang orang yang bukan pemimpin. Janganlah pemimpin pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang bercakap ikut sedap mulut dan untuk sesuatu kepentingan sahaja, rakyat pun mempunyai perasaan dan maruah dan salah satu cara rakyat ingin meluahkan tekanan perasaan adalah melalui blog blog mereka. Takan nak asyik kena ketuk sahaja! Ingatlah ikan busuk dari kepala.

Saya memang berharap benar KPI yang Perdana Menteri ingin melaksanakan akan memasukan hal hal etika dan sikap dan tingkah laku para pemimpin. Hidupkan kembali "Kepimpinan melalui teladan."

No comments: