Pandang dan renunglah kedua dua logo ini apa yang kita dapat rumuskan? Logo Barisan Nasional dilihat begitu mudah gubahannya yang hanya berbentuk neraca yang secara universal melambangkan keadilan. Lihat pula logo Pakatan Rakyat, dilihat indah dengan seni bunga raya melambangkan Malaysia dibenting oleh reka bentuk tiga lekok yang barang kali melambangkan tiga parti pengasas Pakatan Rakyat iaitu DAP. PKR dan PAS.
Tetapi adakah logo logo ini akan menjaminkan umur kedaulatan negara Malaysia dan kesejahteraan rakyatnya? Inilah yang sentiasa bermain main dan menggangui pemikiran rakyat yang sayangkannya dan bukan rakyat yang ingin menguasainya.
Apa, adakah perbezaan antara yang menyayangi Malaysia dengan yang ingin mengguasai Malaysia? Benar, memang ada perbezaanya. Diantara kedua dua logo diatas yang mana akan menyayangi Malaysia dan yang mana hanya ingin menguasai Malaysia. Inilah rakyat Malaysia perlu sedari dan bertitik tolak pada pemilihan inilah kita akan ketahui siapa yang sayang dan siapa yang ingin hanya berkuasa.
Apabila kita menyatakan "sayang" apa yang pada lazimnya seseorang perlakukan. Bila kita sayang kita seboleh bolehnya mengangkat martabtnya, kita cuba tidak menguriskan hatinya, kita tidak akan memperlekehkannya, kita tidak akan mencemarkannya, kita akan menjadi kritis pada tempatnya, kita tidak mempersendakannya, kita menghormati segala undang undang dan peraturannya, kita tidak akan memberi satu gambaran yang negatif terhadapnya dan berbagai lagi yang akan dilihat sebagai negatif.
Tetapi yang ingin menguasainya akan melakukan disebalik apa yang orang yang menyayangi lakukan. Contohnya saperti Hitler yang begitu gila ingin menakluki dunia, beliau tidak kira apa natijahnya, janji diteruskan niatnya untuk berkuasa.
Oleh itu dalam kontek politik negara kita, siapa yang sayang dan siapa yang gila kuasa? Secara lahiriahnya Barisan Nasional masih dilihat menyayangi Malaysia dan Pakatan Rakyat lebih menjurus ingin berkuasa.
Kenapa ini pendapatnya?
Walau pun ini tidak lebih dari perspektif, penulis bersadar kepada pengamatan dan perkembangan yang berlaku dan sedang berlaku.
1. Peruntukan peruntukan dlam Perlembagaan Negara telah mengiktirafkan hak hak keistemewaan orang melayu tetapi Pakatan Rakyat menentangnya.
2. Mempertikaikan keputusan mahkamah jika tidak menyebelahi mereka.
3. Memanipulasikan hak hak kebebasan yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam.
4. Mencetuskan perasaan hilang keyakinan kepada agensi agensi penguat kuasa undang undang.
5. Pembaziran masa dan wang demi nafsu politik mereka, saperti memaksa wakil rakyat letak jawatan dan mengadalkan PRK baru demi memuaskan ego mereka.
6. Membuat peruntukan peruntukan yang dilihat sebagai tidak wajar, contoh meluluskan hak sementara Perak sehinggga 999 tahun yang dilihat tak munasabah dan lebih kepada melepas geram DAP kepada kerajaan BN yang dahulu.
7. Memberi wang ehsan untuk orang melayu diTokong. Adakah orang melayu sudah hilang maruahnya kerana sedikit sumbangan ?
Duduk dan fikirlah sendiri kenapa tindakan seumpama diatas dilakukan oleh PR dan penyokongnya. Itu baru menang sedikit. Bayangkan apa akan berlaku pada negara ini dan pada yang tak menyokong. Kelakuan beginikah yang kita kata mereka sayang Malaysia atau hanya ingin berkuasa. Kalau dibiarkan puak puak ini akan biar yang kafir ini buat kenduri dalam masjid pula. Adakah ini yang dikatakan sama rata dan sama rasa.
Kenalilah siapa yang sayang Malaysia dan siapa yang akan menghancurkan Malaysia. Harus diingat baik Perikatan mahu juga Barisan Nasional memang susah untuk menang dikawasan bandar kenapa dan bilangan siapa yang ramai disana. Fikirlah dan akuilah hakikat ini. Sayanglah Malaysia kerana ini sahaja yang kita ada.
No comments:
Post a Comment