Tahun hijrah telah masuk tahun baru tidak kedengaran apa apa resolusi pun, bagaimana pula dengan tahun masehi pun tinggal empat hari lagi, harap harap adalah satu tekad yang konkrit bagi Barisan Nasional dalam matlamat perubahannya. Tak payah kita kisahkan apa resolusi Pakatan Rakyat, yang penting mengembalikan keyakinan rakyat agar BN terus dipercayai dan dihormati dan seterusnya mendapat sokongan.
Walau pun UMNO telah mempunyai rancangan untuk melancarkan kempen UMNO Juara Rakyat, saya kira itu adalah sesuatu yang baru. Apa yang saya maksudkan sebagai resolusi bagi tahun baru adalah titik titik hitam yang BN sama ada sengaja atau tak sengaja lakukan yang telah menguris perasaan penyokong khasnya dan rakyat amnya. Bagaimanakah dosa dosa lama ini tidak akan berulang lagi.
Pimpinan Barisan Nasional harus sedar dan peka bahwa rakyat tida mudah lupa apa yang berlaku dan kalau terlupa sekali pun ada saja tukang tukang cucuk akan memperingatkan. Tambahan pula sudah ada Pakar Robek sebagai entiti bagi menentang Barisan Nasional.
Saperti dimaklumi salah seorang ketua gagasan Pakar Robek akan mula dibicarakan atas dakwaan "merobek" dan sudah tentu geng geng perobek telah merancang isu isu yang sensasi bagi mengalih pandangan, oleh yang demikian pihak Barisan Nasional harus telus dan keluar sama sekali dari sindrom penafian atau pura pura pekak.
Saya amat mengkagumi sikap YAB Tun Dr. Mahathir walau pun menghadapi pelbagai tomahan dan kritikan beliau terimanya dan menjawabnya atau bertindak dengan cara yang dapat meyakinkan siapa saja yang rasional. Begitulah yang diharapkan dari pemimpin pemimpin Barisan Nasional sekarang.
Mendiamkan diri agak membuat rakyat was was. Penafian tanpa hujah umpama anak ditangkap menhisap rokok, walau pun bukti rokok tiada, mulut masih berbau. Kedua duanya tidak akan membantu meningkatkan imej Barisan Nasional yang sentiasa dipersoalkan.
Banyak isu isu yang dipersoalkan oleh rakyat dan juga puak puak Pakar Robek telah tidak ditangani dengan telus dan ikhlas. Apa yang selalu dikatakan oleh pemimpin pemimpin, usah pertikaikan ini atau itu, isu ini telah selesai, tapi tak berapa lama timbul lagi contoh saperti tomahan keatas Perdana Menteri dan isterinya, begitu juga dengan kes video tape Lingam.
Sepekara lagi adalah sikap sikap pemimpin yang dilihat negatif dan yang bertentangan dengan amanah rakyat haruslah dikikis termasuklah budi bahasa yang dipegang oleh orang orang melayu yang beradab. Janganlah mentang mentang kita berkuasa kita boleh cakap apa saja, itu pun rakyat memerhati juga. Sekarang rakyat memberi sokongan bukan keran parti sahaja tetapi faktor bakal calun juga diambil kira.
Pemimpin yag pandai bercakap berapi api tetapi tidak berhemah pun tidak disenangi rakyat, pemimpin yang menjadi pemimpin umpama tong kosong pun dianalisa oleh rakyat, jadi berubahlah dan lebih bertanggung jawab kepada rakyat dan negara.
Walau apa pun hasrat dan cita cita kerajaan janganlah demi mengejar sokongan dan populariti bangsa dan agama menjadi pertaruhan
No comments:
Post a Comment