Saturday, December 26, 2009

UMNO atau PAS Siapa Yang Juara dan Siapa Yang Pengkhianat?

JUARA RAKYAT
VS
PENGKHIANAT RAKYAT



Menjelang tibanya tahun 2010 dua parti terbesar bangsa Melayu UMNO dan PAS dah mula mengorak langkah untuk meyakinkan rakyat siapakah pembela rakyat rakyat. Mengikut apa yang dirancangkan UMNO akan melancarkan gerakan meyakinkan rakyat dengan tema "UMNO Juara Rakyat" yang akan dilancarkan pada 9hb Januari 2010. beritanya

Lain pula dengan PAS, menurut Ketua Penerangan Pusatnya Idris Ahmad, parti itu juga merancang untuk melancarkan agenda meyakinkan rakyat tetapi dengan pendekatan yang bersifat negatif dengan bertema "UMNO Pengkhianat Rakyat"

Siapa yang juara, siapa yang penkhianat? Dari perspektif mana yang kita mahu melihatnya. Adakah UMNO dan PAS mendapat restu dari gagasan masing masing untuk melancarkan kempen ini atau idea ini tercetus oleh UMNO dan PAS pula sememang suka jadi pengacau, bertindak sebagai "counter attacker" hasrat UMNO?

PANDANGAN PERTAMA

1. Ingin saya menarik perhatian dari tema yang diilhamkan oleh kedua dua parti tersebut. UMNO telah mencetuskan idea ini dengan hasrat meyakinkan rakyat bahawa UMNO adalah juara pada rakyat dan akan membela keseluruhan rakyat Malaysia dengan bertujuan meraih semula sokongan rakyat menjelang PRU 13.

2.Manakala PAS pula mendapat ilhamnya sesudah tema UMNO diumumkan iaitu "UMNO Juara Rakyat", PAS memilih tema berunsur negatif atau "counter attack" bertajuk "UMNO Pengkhianat Rakyat."

3. Jika kita memahaminya cetusan kempen ini sememangnya diilhamkan oleh UMNO, dan itulah niat UMNO untuk memberi penerangan kepada rakyat bahawa UMNO memang ingin menjuarai dan membela nasib rakyat jelata. Disebabkan terlalu berubahnya senario politik semasa UMNO terpaksa berjumpa rakyat dengan satu misi pembelaan.

4. PAS mungkin ada dan mungkin belum ada tetapi bertindak agak lambat untuk menghasilkan idea perjuangan mereka dan agar tidak nampak kelemahan itu telah memutuskan untuk menterbalikan tema UMNO dengan tema berupa tuduhan iaitu "UMNO Pengkhianat Rakyat." Apa salahnya jika PAS lebih positif dan tidak terlalu menonjolkan sikap negatif dan penentangan mereka yang kadangkala dilihat macam "Labu dan Labi." Bukan tak boleh "counter" boleh, sebab itu pun sepatutnya didukongi oleh mana mana pihak yang ingin meraih sokongan, tetapi tidak ada idea lainkah, atau PAS sudah kehabisan pemikir yang "prudent" atau PAS itu sememangnya sebuah parti yang bersifat menentang? Apa pun tentang dulu kemudian baru guna akal begitukah?

5. Kalau dah kurang idea, saya beri satu, "PAS Pembela Sebenar" atau satu lagi kesian pula, " Siapakah Yang Menjuarai Rakyat?' Barulah rakyat tidak beranggapan yang PAS ini adalah sebuah parti yang tidak berinovatif sebab itu parti ini dilihat lebih menjadi pak turut saja. Disini pun dah boleh agak siapa yang berkeupayaan untuk menjuarai rakyat.

PANDANGAN KEDUA

1. UMNO memang telah ternyata setakat ini, menjadi tunjang kepada gagasa Barisan Nasional dan sememang layaknya mencetuskan idea idea untuk memperkukuhkan gagasan Barisan Nasional.

2. Bagaimana pula dengan PAS? Walau pun konvesyen pertama Pakatan Rakyat telah berlalu, PAS tidak dilihat sebagai pemain berpengaruh dalam gagasan itu. Malah amat memalukan apabila komen presidennya telah menjadi isu apabila beliau berkata bahawa Pakatan Rakyat tidak perlu tergesa gesa merealisasikannya. Ekoran itu de facto Anwar Ibrahim terpaksa mencelah dengan mengatakan komen Hj Hadi disalah ertikan. Macam mana begitu? Kalau dah hitam hitamlah masakan boleh jadi kelabu!

3. Disini pun kita boleh lihat kemampuan PAS. Dulu dah kena sekali dengan rakan gagasan PR tentang cetusan kerajaan perpaduan, kali ini kena lagi. Parti sebeginikah berupaya menjuarai rakyat?????. PAS hanya boleh jadi kuda tunggangan sahaja ,untuk tujuan menggelabui orang orang melayu yang "over" taksub supaya menyokong Pakatan Rakyat.

4. Bolehkah PAS mereka menjuarai rakyat??????

Siapakah yang sebenarnya yang telah, sedang dan akan menjuarai rakyat?

No comments: