Saturday, December 5, 2009

DOA - Pilihlah yang mana lebih mulia.

Kadang kala pemikiran selalu dicelarukan oleh ahli ahli politik yang masing masing ingin menjadi jaguh dan menegak kebenaran masing masing dengan hujah hujah dan dalil dalil untuk memperkukuhkan lagi tindak tanduk mereka. Ada yang berteriak diatas nama keadilan, ketelusan dan sebagainya.

Jika dihalusi dan diselidiki dan akhirnya apa yang ditemui adalah demi kepentingan puak masing masing. Bukti bukti dan dalil dalil yang dibentangkan adalah sebahagian dan tidak sepenuhnya untuk difahami. Inilah bahaya yang sentiasa ditelan bulat bulat oleh penyokong penyokong yang taksub. Akhirnya kacau bilau lah suasana yang dulunya aman.

Soal seruan Nik Aziz mengajak semua orang berdoa supaya Allah SWT menurunkan bala kepada Perdana Menteri serta Kerajaan Barisan Nasional kerana isu royalti minyak untuk negeri Kelantan. Adakah semua penjuru rundingan dan segala ruang undang undang telah habis diterokai? Sedangkan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim pun masih mempunyai ruang pembahasan, mustahil ruang tuntutan royalti telah muktamat.

Seruan doa kehadrat Allah SWT pada saya adalah lebih mirip kepada ugutan dari penginayaan. Ini adalah disebabkan Kerajaan Kelantan masih belum habis ikhtiarnya jadi, kenapa memohon musibah keatas orang lain?

Yang mana lebih mulia,berunding dengan berhemah dan dalam masa yang sama memohon kehadrat Allah SWT agar memberi hidayah serta melembutkan hati Perdana Menteri dengan keimanan bagi menyelesaikan pertelingkahan ini ATAU terus meminta musibah menimpa keatas Perdana Menteri? Kesabaran itu adalah separuh kepada keimanan dan Allah SWT amat menyukai kepada orang orang yang bersabar.

Adakah seruan Nik Aziz itu melambangkan keimanan? Adakah setakat itu sahaja keimanan seorang yang diberi jolokan Tok Guru? Berdoa dan memohon kepada Allah SWT menunjukan kerendahan kita kepada pencipta, tetapi adalah tidak digalakkan memohon musibah keatas saudara seagama selagi mana ia tidak menyekutukan Allah SWT. Kalau dah berusaha sehabis habisnya dan berdoa dengan kehadiran yang ikhlas tetapi belum dimakbul tentu ada hikmahnya. Manalah tahu apabila dapat royalti jadi lupa diri ke atau tak sampai kepada sasaran ke, ini lagi berdosa sudah jatuh tak amanah, oleh itu kita kena pasrah samalah dalam hidup ini. Ini lebih islamik.

Wallahua'lam.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum tuan.
ju betul dengan pandangan tuan itu.kita tengok sajalah nanti,perut sapa yang pecah nanti.kadang2 sy rasa menyampah pulak dengan gelagat paktua yang suka doakan musibah kat musuh politik dia tu.itukah sikap ulamak?tapi tuan,makbul lagikah doa pak tua itu???kalau makbul,doakan sajalah agar kejahatan israel dibalas...ini doakan musibah kat saudara seislam. macam nikah sikap ulamak?atau ulamak yang berparti maka kepentingan parti diutama dari kepentingan ummah....

Anonymous said...

1. orang tua itu,makbul lagikah doanya? :)

2.orang tua itu selalu compare perbuatan ia dengan nabi.tapi nabi x pernah letak gambar baginda besor2,cari publisiti.

3. nabi pernah kena hina baling batu sampai berdarah,masa baginda pegi berdakwah kat taif.malaikat jibrail offer nak lingkupkan bumi taif,kalau nabi bagi persetujuan.tapi baginda sabar,bahkan berdoa supaya satu hari nanti penduduk taif akan masuk islam.orang tua tu lak,baru x dapat royalti dah nak doa minta pecah perut orang.fikir2kanlah.......

4.kita idup nih,kena banyak fikir.jangan taksub buta.jangan terlalu mudah dipengaruhi oleh orang lain.

5.aku tertanya-tanya;orang tua itu makbul lagikah doanya?????###@4%&((((

warongkopi56 said...

Waa'laikumussalam,

Bagi menjawab sama ada makbul atau tidak, itu adalah hak Allah SWT. Mari kita berkongsi dua ayat ini.
Ayat 189 surah Al-Baqarah yang bermaksud begini; "Dan apabila hamba hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir(kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdo'a apabila ia berdoa kepadaku (penerimaan Tuhan akan do'a permohonan hambanya itu adalah berdasarkan kepada peraturan atau undang undang Tuhan yang telah ditentukan. Maka tiap tiap do'a dan permohonan itu hendaklah diiringi dengan amal usaha yang sungguh sungguh, mengikut peraturan undang undang Allah yang berlaku pada sekelian alam).Maka mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu),dan hendaklah mereka beriman kepadaKu suoaya mereka menjadi baik serta betul."

Ayat 60 surah Al-Mu'min yang bermaksud; Dan Tuhan muberfirman:"Berdo'alah kepadaKu nescaya Aku perkenankan do'a permohonan kamu(setelah menerangkan tentang kebenaran hari kiamat, maka dengan ini Allah Ta'ala perintahkan supaya umat manusia sentiasa beribadat dan berdo'a kepadaNya untuk kebaikan mereka didunia dan diakhirat"

Dari Abu Hurairah ra,"Doa seseorang senantiasa dikabulkan(oleh Allah) selama tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutus tali kekeluargaan dan selama tidak tergesa gesa(agar dikabulkan)." (HR.Muslim)

Dari Abu Hurairah ra,"Senantiasa doa seorangnhamba itu dikabulkan(oleh Allah) selama tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutus tali persaudaraan." (HR. Muslim)

Itu saja dapat saya katakan kali ini.

Assalamua'laikum.