Friday, December 11, 2009

Kesempatan yang dilihat DAP, orang Melayu Islam masih tidak sedar.

Kebelakangan ini selain pertentangan ideologi politik,berlaku juga pertentang kaum dan juga agama. Saya memetik pandangan YB Zulkifli Noordin dalam blognya klik disini

"Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?

Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masadepan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah."

Memahami perenggan diatas memang adalah hakikat, kecundangnya kekauatan orang melayu sebilangannya adalah perbuatan orang melayu sendiri. Adalah hakikat juga bukan tidak ada pembelaan dan usaha menyedarkan dan memperbetulkan kelemahan ini tetapi kecenderungan duniawi dan universalis sudah agak menebal begitu lama.

Teringat saya apabila saya menimbulkan hal hal perpaduan dan kerukunan orang orang melayu yang sudah terasa lemah dan terunkai kepada seorang kawan, beliau hanya menyambut dengan kata kata yang dingin, "biarlah, nanti akhir zaman orang islam akan bersatu juga dengan datangnya Imam Mahadi, sekarang kita jaga diri kita sendiri dan cari rezeki seboleh bolehnya." Persepsi dan jiwa saperti inilah yang ditakuti yang mana saya melihat akan meruntuhkan kekautan orang melayu. Akhirnya bermula dari Tanah Melayu diubah menjadi Malaysia dan kemudian akan menjadi apa wallahhua'lam. Ketika itu orang melayu dimana?

Jika hendak membahas pelbagai tafsiran dan kefahaman akan diketengahkan. Malah ada cerdik pandai yang berani memberi pendapat bahawa tafsiran Al-Quran itu tergantung kepada setiap individu bagaimana seseorang itu ingin menafsirnya, jadi apa nak dikata semua dah pandai dan muktabar belaka. Contohnya klik disini dan klik disini.


Adalagi yang berani berkata "Allah pun mencarut" dan bertelanjang dalam rumah tidak salah dan orang Islam dalam UMNO itu kafir. Adakah pendapat pendapat seumpama ini Islamik? Disini saya memperkatakan taraf pembejaran orang orang melayu sudah tinggi tetapi malangnya kurang memahami hakikat.


Untuk renungan bersama:-
1. Ayat 7 Surah A-li "Imraan bermaksud; Dialah yang menurunkan kepadamu(wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat ayat "Muhkamaat"(yang tetap,tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayay ayat Muhkamaat itu ialah ibu(atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu timbullah faha yang berlainan menurut kandungan hati masing masing) - adapun orang orang yang ada dalam hatinya kecendurungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa apa yang samar samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari cari Ta'wilnya(memutarkan maksudnya menurut yang disukai). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya(tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.Dan orang orang yang tetap teguh serta mendalam ilmu ilmu agama berkata :"Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dn peringatan melainkan orang orang yang berfikiran.

2. 1 Dipetik dar Shahih Muslim, dari Aisyah r.a. katanya, maka bersabda Rasulullah SAW, Apabila tuan tuan melihat orang orang yang mengikut ayat ayat mutasyaabihat, itulah orang orang yang dimaksud Allah dalam ayat itu. Maka jauhilah mereka."


2.2. dari Abdullah bin "Amr r.a. katanya," Pada suatu hari aku bangun pagi pagi pergi ketempat Rasulullah SAW. Maka terdengar suara dua lelaki berdebat mengenai sebuah ayat. Kerana itu Rasulullah SAW keluar mendatangi kami. Diwajah beliau terlihat tanda kemarahan. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya umat yang sebelum kamu mendapat celaka kerana mereka berselisih mengenai Kitab Allah."


2.3. dari 'Amir bin Sa'ad dari bapaknya r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya dosa terbesar diantara kaum muslimin ialah dosa orang yang menanyakan sesuatu yang tidak diharamkan Allah, lalu Allah mengharamkannya kerana pertanyaan orang itu."


3. Hadis hadis diatas adalah berkaitan dengan dua ayat 101 hingga 105 dari surah Al- Maaidah.


Moral disini janganlah kita terlalu taksub kepada sesaorang itu hanya dengan kepetahan atau kelulusannya dan akhir kita tergulong dalam gulongan gulongan yang rugi. Wallahu'alam.

No comments: