Bila kritikan dilemparkan terhadap Kerajaan pimpinannya tidaklah bererti bahawa pemerintahan BN ditolak. BN dan para pemimpinnya sepatutnya bersyukor apabila dikritik baik dari penyokong mahu pun pembangkang dan perlu positif dan terbuka menerima teguran atau pun nasihat.
Kritikan yang selama ini dileparkan oleh pihak pihak yang condong kepada BN, bukanlah menambah cuka kepada luka tetapi kerana sayangkan BN. Kepada kumpulan ini mereka tetap berkeyakina kepada dasar pemerintahan BN, tetapi yang hak tetap hak dan yang bathil tetap bathil. Teguran dan kritikan ini untuk membuka mata kepada yang telah diamanahkan untuk berubah, bertaubat atau berundur jika tidk mampu. Adakalanya kritikan itu agak pedas, tetapi jika hendak jadi pemimpin itu adalah menu makanan jika memilih untuk menjadi pemimpin atau ketua.
Saya masih teringat kata kata Perdana Menteri semasa baru baru dilantik, "the government does not know all" dan juga kata kata "Mr Clean"," marilah bekerja bersama saya bukan untuk saya." Mungkin kata kata seruan Pak Lah dan berakhir, tetapi tidak dengan Dato' Sri Najib.
Oleh yang demikian kalau kerajaan tidak boleh ditegur bererti kerajaan tidak membuat kesilapan dan juga memberi pengertian yang kerajaanlah yan tahu semua, kerajaanlah yang lebih mengetahui dan semuanya kerajaan yang betul dan lurus. Saya rasa ini bukanlah dalam kontek ajakan PM meminta rakyat membantu. Bantuan yang dipohon oleh PM adalah disebabkan kerajaan semestinya tidak mengetahui semua.
Disebabkan pelawaan ini, rakyat telah berikhtiar memberi bantuan dengan memberi panduan,nasihat serta kritikan. Dengan itu janganlah kerajaan menjadi rasa "terganggu" bila ada rakyat mengemukan pandangan pandangan mereka dengan cara mereka yang tersendiri. Halusi pandangan mereka walau pun datangnya dari pihak yang menyokong parti lawan.
Kerajaan harus sedar kenapa mereka ditegur dan harus memandangnya secara membina bahawa kerajaan ditegur kerana Allah SWT masih sayang mereka dan itulah sebabnya hati hati orang orang yang menegur supaya para pemimpin negara ini tidak terus hanyut.
Sedarlah bahawa sedar atau pun tidak kerajaan BN masih disayangi dan diperlukan, yang baik jadilah teladan dan yang tidak jadikanlah sempadan. Usah melenting.

No comments:
Post a Comment