Untuk meredakan perdebatan antara parti parti komponen Barisan Nasional, Perdana Menteri telah menyarankan agar isu pandangan UMNO untuk mengambil alih pucuk pimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang dihentikan. Perdana Menteri menambah apa apa keputusan akan dibuat atas dasar "consensus."
Mengambil kira dalam serba kekalutan dengan perubahan scenario politik negara, memang sepatutnya Perdana Menteri bertindak fikir dulu baru bercakap dan fikir sekali lagi baru bertindak. Sebagai Perdana Menteri juga beliau harus sedar bahawa dia adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
Itulah hakikatnya sebagai Perdana Menteri. Tetapi hakikat itu hanyalah hakikat yang kedua. Untuk mencapai hakikat yang kedua itu beliau harus sedar beliau mesti menerima hakikat yang pertama dahulu. Apakah hakikat pertama itu. Hakikat yang pertama beliau berada disitu atas dasar dilantik sebagai Presiden UMNO dan secara konvensyen Presiden UMNO dipilih sebagai Perdana Menteri oleh semua ketua ketua parti komponen.
Menyedari kedua dua hakikat inilah Perdana Menteri harus adill dan tegas. Jika parti Gerakan berasa parti itu telah menerajui BN Pulau Pinang selama 35 tahun adakah itu bermakna parti itu harus terus menerus mengetuai Barisan Nasional walau pun BN yang dikepalai oleh mereka telah kecundang?
Jika atas dasar itu kenapa MCA tidak terus mengetuai BN sedangkan sejak Perikatan lagi MCA menerajui Pulau Pinang? Adakah cukup dengan alasan MCA kalah pada PRU1969 dan Perikatan terkubur. Bukan kah Barisan Nasional itu adalah kesinambungan dari Perikatan? Sama juga UMNO 1946 yang diharamkan dan tubuhnya UMNO baru bukan-kah ini juga kesinambungan?
Kalau hendak berhujah atas dasarkan kesepakatan antara Kepimpinan Parti Gerakan dan kepimpinan Perikatan yang telah bersetuju bahawa Pulau Pinang diterajui oleh Parti Gerakan ekoran kemenangan besar pada PRU tersebut. Itu boleh diterima, tetapi bolehkah mereka terus memimpin dengan menggunakan tongkat orang lain, sedangkan tongkat persendirian sudah reput atau patah? Selama mana tongkat ini harus dipinjamkan?
MCA telah pun mendapat peluangnya, Gerakan juga telah berpeluang, Bila pula gilirang UMNO? Adakah UMNO Pulau Pinang akan terus menerus dibayangi. Adakah orang melayu juga harus dibayangi. Adakah Pulau Pinang mesti terasing disebabkan pendudoknya majoriti kaum cina. Adakah hanya kaum cina boleh memahami perasaan orang melayu tetapi orang melayu terlalu bahlol untuk memahami perasaan dan rintihan kaum cina klik sini. Bagaiman pula dengan sokongan dari parti lain? sila baca
Adakah orang melayu dan khasnya UMNO Pulau Pinang mahu sentiasa bertolak ansur. Orang melayu sudah sememangnya sudah ditolak kedalam laut, tetapi masih berupaya berenang ketanah besar. Adakah orang melayu rela ditolak habis ketanah besar? Adakah sejarah akan berulang lagi saperti Singapura? Kerana terlalu gusar kepada seorang pemimpin yang bernama Lee Kuan Yew, kepimpinan Perikatan ketika itu risau akan kalah lebih teruk serah Singapura pada Lee Kuan Yew. Adakah ini akan dibiarkan menjadi kenyataan? Orang melayu sudah banyak mengalah tetapi janganlah sampai rebah.hayatilah
Biarlah kita kalah bermaruah dan bukan kalah disebabkan menyerah.
No comments:
Post a Comment