Thursday, January 14, 2010

PAS - Takut hilang undi atau baru dapat hidayah?


Orang tersohor PAS Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dilapurkan bahawa Kelantan juga akan melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang orang yang bukan Islam. Alhamdulillah. Walau pun beliau tetap mempertahankan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam tetapi mendakwa ada mainan dibelakang dan oleh sebab itu beliau telah berpandu pada usul fiqah. lapuran selanjutnya dan juga disini .

Sebagai seorang yang berpengetahuan agama dan bergelar "Tok Guru" takan beliau tidak dapat menyelami betapa agung dan sucinya kalimah Allah dihati dan naluri orang orang bertakwa. Sedangkan perbezaan fahaman antara Sunni dan Syiah pun boleh mencetuskan peperangan ini pula antara Islam dan kafir.

Janganlah terlalu bercita cita tinggi hal hal dunia hingga lalai membezakan yang hak dan bathil. Memang benar dalam kontek Islam Allah adalah tuhan pada semua makhluk didunia ini saperti firman Allah SWT dalam ayat 213 surah Al-Baqarah tetapi umat ini sudah berpecah dek perselisihan pendapat. Begitu juga dengan ayat 64 surah A-li 'Imraan yang diperintahkan kepada Rasulullah untuk menyeru kepada ahli ahli kitab supaya beriman pada Allah dalam agama Islam dan tidak hanya menerima sebahagian dan menolak sebahagian lagi.

Walau pun perpaduan dan harmoni yang dicari, seorang Islam hendaklah bercakap benar. Jika sesaorang itu bertindak talam dua muka dikhuatiri munafik. Pendekatan yang sepatutnya diambil adalah memberi penerangan yang berhemah dalam kontek Malaysia dan bukan Indonesia atau negara negara Arab.

Dalam malaysiakini pejuang Pas Khalid Samad berkata, quote; beliau secara tidak adil menjadi sasaran kerana berkongsi pandangan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang." unquote detailnya . Sekarang apa pendirian pejuang ini. Ikut lagi kah? Takan tak ada pendirian sendiri?

Disini saya ingin kita sama sama hayati firman Allah ayat 48, 49, 51, 52 dan 54 surah Al-Maa'idah. Wallahua'alam.

No comments: