Friday, February 5, 2010

Kalau tidak mereka siapa lagi- UMNO????


Sedaq gagal serah memorandum kepada Guan Eng

05/02/2010 6:26pm

PULAU PINANG 5 Feb. – Suasana kecoh berlaku semasa sekumpulan wakil dari 30 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu “Gabungan Sedaq” yang diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Guan Eng hanya mewakilkan Pegawai Khasnya untuk menerima memorandum tersebut.

Gabungan itu yang mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng, bagaimanapun enggan menyerahkannya kepada pegawai berkenaan.

Gabungan itu kemudiannya bertindak membakar kertas memorandum itu dan patung yang menyerupai Guan Eng di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), bangunan di mana terletaknya pejabat Ketua Menteri.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa kemudiannya memberitahu pemberita, perhimpunan yang disertai kira-kira 3,000 orang itu diadakan bagi membela nasib peniaga Melayu Pulau Pinang yang dikatakan telah ditindas oleh kerajaan negeri.

Gabungan Sedaq menggariskan 10 tuntutan dalam memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri menghentikan tindakan meroboh gerai peniaga Melayu.

Perhimpunan itu mengakibatkan kesesakan teruk di pusat bandar Georgetown, sebelum disuraikan oleh kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). – Bernama

Himpunan di Komtar bantah gerai peniaga Melayu diroboh

Alhamdulillah, setidak tidaknya orang melayu Pulau Pinang dah mula berfikir akan nasib mereka selain dari hanya menyerah kepada takdir bulat bulat dan digula gulakan oleh pihak cauvinis DAP, PAS dan segelintir pemimpin PKR yang masih di-buai syok sendiri kerana baru merasa mendapat kuasa dan kedudukan.

Tapi yang memusykilkan selama ini apa UMNO telah buat? Adakah mereka ini bermain dibelakang tabir atau tidak menghiraukan keatas nasib orang melayu Pulau Pinang oleh kerana tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU 12. Adakah UMNO sedang memberi pengajaran pada orang orang melayu Pulau Pinang.Bacalah disini

UMNO serta parti parti komponen Barisan Nasional tidak sepatutnya menyimpan perasaan pulang paku buah keras terhadap pengundi pengundi Pulau Pinang. Jika diimbas kembali puak pua UMNO dan Barisan Nasional juga telah gagal mentadbir Pulau Pinang dengan memuaskan, kalau tidak masakan rakyat negeri itu menolak Barisan Nasional pada PRU 12. Tambahan pula ketika itu Perdana Menteri Malaysia pun dari Pulau Pinang. Sudah tentu ada sebabnya. Mungkin juga UMNO terlalu bertolak ansur sehingga terlupa akan kebajikan orang orang melayu Pulau Mutiara itu sehingga kegermelapan orang orang melayu terus menjadi malap.

Lihat semula teguran mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir tentang parti parti melayu yang terlalu ghairah meraih sokongan kaum kaum lain selain dari kaum melayu Klik disini dan kenapa jadi begini. Apa betulkah segelintir orang melayu bersifat begini? Klik disini

Walau pun demonstrasi dari kumpulan SEDAQ ini tidak akan kemana jika dipandang dari sudut perundangan tetapi impaknya sudah ada. Pertama memberi isyarat kepada kerajaan DAP dan sekutunya bahawa kesabaran orang melayu pun ada hadnya, kedua sudah dapat dilihat perpaduan orang orang melayu dan akhir sekali memberitahu kepada kedua dua gagasan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bahawa sokongan orang melayu juga penting dan jangan diabaikan.

Jika UMNO tidak mahu pisang berbuah dua kali, UMNO harus berubah dan berpeganglah kepada "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.

Pakatan Rakyat DAP janganlah terlalu rakus untuk membalas dendam dek kerana persepsi yang sempit keatas hak hak orang melayu yang telah digariskan oleh Perlembagaan Malaysia. Janganlah terlalu gelojoh.

No comments: