Friday, February 26, 2010

Masaalah Kit Siang untuk mempertahankan anaknya Guan Eng dari tersungkur.


Bangga sekali Lim Kit Siang, walau pun tidak tertunai niatnya untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, anaknya dapat menunaikannya pun sudah lebih dari cukup. Mungkin itulah perasaan veteran DAP ini. Dalam dibuai kepuasan bahawa DAP dapat menawan pemerintahan negeri Pulau Pinang dari Barisan Nasional dengan bantuan bantuan kuda kayu PKR dan PAS, tiba tiba Kit Siang menjadi gelabah biawak. Macamana tidaknya, kucing kucing peliharaan anaknya dah mula menjadi liar dan berpenyakit dan ada yang dah mula melarikan diri dari tuannya.

Kit Siang, untuk menutupi kurang arif DAP dan sekutu sekutunya, terpaksa menimbulkan isu isu yang boleh membantu mengalihkan fokus kearah kecacatan mereka yang makin terserlah walau pun baru dua tahun memerintah beberapa negeri.

Kesilapan Pakatan Rakyat juga dicacatkan dengan sikap suka mencari salah orang lain, dari meneliti kelemahan sendiri. Oleh kerana Pakatan terlalu taksub yang merekalah, betul, merekalah bersih, merekalah adil, merekalah menjuarai rakyat dan bermacam macam lagi sehingga terlupa tanggung jawap sebenar kenapa mereka diberi peluang.

Atau sebenarnya mereka tidak layak diamanahkan untuk memerintah kerana terlalu dalamnya dendam mereka. Matlamat sebenarnya Pakatan Rakyat antara ketiga tiga komponennya memang sangat nyata. DAP dengan niat Malaysian Malaysia dan lebih mirip kearah republik, PKR hanya mahu mencapai cita cita Anwar Ibrahim dan PAS sememangnya ditakdirkan sebagai penumpang yang tidak menentu matlamat perjuagan mereka.

Malangnya ketiga tiga parti ini terpaksa bergabung jika ingin memerintah dan disebab kerakusan inilah mereka menyembunyikan kuku kuku mereka yang makin lama makin panjang dan dah mula terserlah. Untuk melindungi kuku kuku mereka yang penuh dengan daki dan kotoran inilah yang Kit Siang berusaha menutupnya. Tetapi masaalahnya sampai bila? Memang Kit Siang bermasaalah kerana takut kuku kuku berbisa itu bukan saja dilihat tetapi bercakaran sesama sendiri.

No comments: