Wednesday, February 10, 2010

Pakatan Rakyat dan penyokong mereka, cukup cukuplah!


Mahkamah Persekutuan telah pun mencapai kepada keputusan bahawa Dr Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Dengan itu adalah diharap semua rakyat Malaysia dan khasnya rakyat atau pegundi Negeri Perak harus akur dengan keputusan itu. Tidak ada apa apa yang boleh dibuat lagi selain dari menyemak semula keputusan itu.

Adalah diharapkan terutama bekas Menteri Besar yang terkilan itu tak usahlah mengada adakan terma saperti "absolute monarchy." Tak usahlah bercakap saperti pemimpin yang kurang cerdik disebabkan kecewa. Kalau tak cerdik pun berlagaklah cerdik dah nak diri digelar pemimpin.

Selagi Perlembagaan Negara tak dipinda, Malaysia masih mengamal "Constitutional Monarchy" atau Raja Berpelembagaan. Jadi tak usahlah buat ribut dan penting nafsu sendiri. Biarlah rakyat Perak hidup aman dan harmoni tanpa jolokan dan hasutan mana mana ahli politik. Percayalah pada qada' dan qadar. Tentu ada hikmahnya Allah SWT tarik balik kuasa yang diberi pada Pakatan Rakyat.

Kalau betul bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat itu beriman kepada Allah SWT, dia sepatutnya berpasrah selepas segala usaha tidak dimakbulkan Allah. Sama ada Barisan Nasional rampas kuasa atau tidak itu sudah ditakdirkan dan berkemungkinan Barisan lebih berusaha oleh yang demikian mereka berjaya.

Pokoknya sekarang sehingga PRU 13 biarlah rakyat Perak yang inginkan kehidupan tenang dan aman diberi peluang menikmatinya. Sekali lagi disarankan janganlah pentingkan diri sendiri. Rakyat pun tahu berdoa juga dan yang terinaya adalah rakyat dan doa orang orang yang terinaya mudah dimakbulkan Allah. Muhasabah dan insaflah, jangan terlalu asyik dengan sanjungan palsu. Inilah senario dimana sokong membawa rebah.

No comments: