Pakatan Rakyat telah bersama memasuki tahun ketiga. Dalam tempoh dua tahun ini apa yang dilihat dan apa yang boleh dibuat tanggapan? Adakah DAP peduli dan hirau pada pendapat dan pandangan sekutunya atau PKR dan PAS yang melebih lebih menjaga hati DAP?
Kita lihat isu isu diSelangor dahulu, pegang pegang tampuk pemerintahan, DAP dah mula tunjuk belang dengan memulakan isu kandang babi, kemudian timbul isu pembesar suara masjid, diikuti isu pemindahan kuil, serta isu mempertikaikan larangan penjualan arak, siapa yang mempelupori isu isu ini?
DiPulau Pinang tak usah dikatalah, bermacam macam tindakan yang dilakukan untuk memperkecil dan memiskinkan orang orang melayu, saperti meroboh gerai gerai orang melayu, memperluaskan peluang peluang kumpulan kumpulan yang menyokong bagi menambahkan kekayaan dan penguasaan ekonomi.
DiKedah pun DAP ingin menjadi juara dengan isu pusat penyembelihan babi dengan mengugut kerajaan negeri yang diterajui PAS dan kerajaan negeri akhirnya berkompromi. DiPerak agak bernasib baik kerana tiga ADUN telah cepat sedar.Itu pun sempat juga DAP mempengaruhi Menteri Besar boneka untuk bersetju meluluskan tanah tol sehingga 999 tahun yang tak masuk akal.
Kesemua rentetan yang sempat dinyatakan diatas semuanya adalah atas cadangan atau desakan DAP termasuklah isu kalimah Allah. Apa dah berlaku pada PKR dan PAS? Tak lain tak bukan hanya mengganguk sahajalah. DAP dah mula berani mengeluarkan konsep Middle Malaysia, PKR dan PKS angguk lagi. Itu sahaja kepandaian mereka.
Kenapa jadi begini? Lihat sahaja sejarah pilihanraya, berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional dikawasan bandar atau kawasan dimana kepadatan penduduk bukan terdiri dari orang melayu atau bumiputra? Jangan juga lupa selain dari dua faktor kawasan diatas, ada juga kawasan yang terdiri dari kumpulan kumpulan yang taksub dan sempit. Jika PAS dan PKR nak harap kawasan majoriti orang melayu, mungkin akan timbul perpecahan pengundi dengan UMNO dan silap silap gigit jari. Apa lagi yang tinggal selain dari jadi balaci ?
Mengambil kira faktor faktor inilah maka PKR dan PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP. DAP dah cerdik sekarang dan sudah menjumpai formula "mulut mesti mahu manis ma, kasi nampak real punya" untuk mendapat sokongan kedua dua tunganggan mereka ini. Tetapi yang tak keruan masih PKR dan PAS, nak bergabung dalam Barisan Nasional dah ludah takkan nak jilat balik (walau pun dalam politik apa pun tak mustahil) tetapi bukan sebelum PRU 13.Sebab Pakatan Rakyat masih cukup yakin akan tawan Putrjaya. Mahu tidak mahu terpaksa ikut, selagi inginkan kuasa dan kesenangan. Jadi kuda pun kudalah, dari tidak ada apa apa, dapat juga merasa. Itulah sikap PKR dan PAS sekarang.
No comments:
Post a Comment