Wednesday, October 6, 2010

Jangan Nampak Berkuasa sebenarnya tiada sudahlah!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan terhadap BN adalah penting kerana ia satu-satunya parti yang benar-benar berjuang atas landasan bangsa, agama dan tanah air. "Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita."  Jangan terlepas kuasa politik 

Katanya, pemimpin Melayu dan bumiputera juga sedia maklum bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa kerajaan menjadikan perkara berkenaan satu komitmen. Hak Melayu dalam MBE terjamin - TPM

Hal sedemikian boleh saja terjadi mungkin kerana dijaja puak tertentu yang 'ada udang di sebalik batu' atau konsepnya tidak digarap secara mendalam. Selagi gagasan ini tidak diberikan penafsiran yang betul, maka semakin lama gagasan 1Malaysia itu akan jauh menyimpang daripada matlamat asalnya bagi kewujudan sebuah negara bangsa dan perpaduan negara berasaskan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian'. Semarakkan 1Malaysia yang benar

“Ke manakah hala kepimpinan Melayu sekarang?” Ustaz Fadzil memulakan ucapannya dengan satu pertanyaan dalam simposium tersebut. Pertanyaan itu dijawabnya sendiri dengan satu sindiran dan nada jenaka: “Hala kepimpinan Melayu sekarang ialah tak tentu hala.” Mendengar retorikanya itu ada khalayak yang bertepuk dan ada yang ketawa sambil mengetuk meja.

Tanpa kekuatan politik Melayu, maka sudah tentulah segala kekayaan yang dikorek dari tanah bernama Malaysia ini tidak dapat dikongsi secara adil dan bermaruah. Tanpa kuasa politik juga maka orang Melayu akan 'mati' dan berkubur di tanah air sendiri. Yang ada ketika itu hanyalah zombi (mayat hidup) yang terpaksa menagih simpati dari kaum-kaum lain demi mencari sesuap nasi bagi memastikan anak cucu dapat hidup walaupun dalam keadaan yang amat menyiksakan. Kuasa politik penentu masa depan Melayu

Memahami tulisan tulisan diatas, nampaknya orang orang melayu telah dilihat semakin hari semakin hilang kuasa politik dinegara ini. Apakah ibu kepada pemasaalahan sehingga acap kali orang melayu diseru merapatkan barisan.

Nak kata orang melayu kurang cerdik, sejak merdeka kerajaan diketuai oleh orang melayu, agensi agensi kerajaan juga dikepalai oleh orang melayu dan pada zahirnya kita boleh lihat sememangnya ada kemajuan dan perubahan pada negara ini? Jadi kenapa orang melayu masih perlu diingatkan mempertahankan kuasa politik sahaja?

Apa! selain dari mempertahankan kuasa politik dengan merapatkan barisan, orang melayu dah tidak ada apa apa kuasa lain? Hanya tinggal bidang politik sahaja? Bidang lain kemana hilangnya? Ambil contoh yang paling kecil. "pengedaran akhbar" yang secara kebetulan jatuh pada hari "Deepavali" berita berhubong dengan perhimpunan agung UMNO tidak disiarkan. Itu pun orang melayu tak dapat mengatasi.

Bukan tak tahu mengatasinya, tetapi disebabkan orang melayu memandang yang besar besar sahaja. Keuntungan kecil "tak mainlah". Begitu juga dengan perniagaan besi buruk dan barangan kitar semula, dilihat tak ada kelas, tapi lesen ada. Lesen ini digunakan untuk tender tender besar sahaja yang belian runcit tak mainlah untung kecil.

Walau pun lesen ada, nak mengenali besi dan membeza harganya pun tak tahu, macam mana nak buat pembelian runcit, kalau nak berniaga nak untuk besar tanpa susah payah. Akai adakah? Itulah kekalahan orang melayu kepada kaum kaum lain terutama kaum Cina dan India.

Orang orang melayu harus sedar, walau pun wang itu bukanlah segala galanya tetapi wang adalah penting dalam kebanyakannya. Kalau tidak masakan rasuah masih berleluasa sehingga kini. Pengedaran dadah bagai tak dapat dibendung, pendatang haram masih bebas keluar masuk dan ada yang melakukan jenayah, maksiat yang dilakukan oleh pendatang asing menjadi jadi bagaikan cendawantumbuh waktu pagi.

Kenapa semua ini berlaku? Sebab "WANG" masih menjadi nilai terpenting. Ingat kembali apa yang terjadi diPulau Pinang, wang dari dana lumba kuda pun "boleh", terima sedekah dalam To Kong pun "boleh" janji "WANG". Adakah hanya seratus lebih orang Islam Melayu yang menerima dan telah pulangkan atau angka yang menerima lebih dari itu? Bertambah perit lagi orang islam bertaraf exco boleh menyatakan pemulangan wang sedekah itu sebagai sandiwara. Macamana nak rapat barisan, nafsu sudah menjadi "raja"? Bagaimana pula dengan cogankata "Malaysian pertama, melayu nombor dua"?

No comments: