Tuesday, August 25, 2009

PRK Permatang Pasir - Kemaafan tak kunjong tiba.

Walau apa pun bilangan majoriti yang diperolehi oleh PAS (PR), yang pasti PAS masih disokong dan BN tetap ditolak. Saperti keputusan di-Manek Urai,katalah apa pun BN masih tercari cari untuk memenanggi hati para pengundi.

Selain dari Batang Ai BN tewas dikesemua kawasan yang dipertandingkan dan saya kira di-Penanti pun BN akan menerima nasib yang sama. Dimanakah mutiara yang hilang itu dicampakan atau siapakah yang mencampakan mutiara ajaib itu. Inilah persoalannya.

Sabenarnya, setelah dicampakan atau tercampaknya mutiara itu, kekuatan Barisan Nasional turut tercampak juga maka hilanglah kilauan Barisan Nasional. Walau bagaimana sekali pun cuba digilap namun kilaian masih tidak terpancar. Apa mungkin Barisan Nasional khasnya UMNO masih salah memilih bahan penggilap atau bahan penggilap itu sudah "expired" ?

Kenapa pengundi di kawasan kawasan yang pilihanraya kecil diadakah masih tidak mahu memaafkan Barisan Nasional? Apakah sebenarnya silap dengan Barisan Nasional dan apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai "MUTIARA" itu. Jika Barisan Nasional masih ingin menawan hati rakyat carilah mutiara tersebut.

Monday, August 24, 2009

Kesan kesan yang tak disedari.

Semenjak Pilihanraya ke12, terlalu banyak diperkatakan tentang hak hak asasi manusia, perpaduan, kesama rataan, 1 Malaysia, neraka dan syurga, moral dan tak bermoral, integriti, kompetensi dan berbagai bagai lagi.
Kononnya polisi keterbukaan akan meraih lebih sokongan dan keharmonian sesama rakyat, tetapi saya kira agak kurang tepat jika benar benar menghayati apa yang telah,sedang dan akan berlaku jika kebesan itu tidak ada batasnya.

Impak impak jika keterbukaan dan kebebasan tidak ada batasnya. Undang undang tidak diperolehi, anggota penguat kuasa tidak dihormati, badan kehakiman di pertikaikan, institusi Raja Raja Melayu dipandang sinis. Murid sudah tidak menghormati guru sehingga berani menggugut guru guru, Mufti sudah dikata tutur yang tak sepatutnya dan tak payahlah kita perkatakan tentang agensi agensi penguat kuasa undang undang memang sentiasa dipertikaikan tindak tanduk mereka.

Adakah sebilangan rakyat Malaysia (yang tidak berpuas hati dan separuh berpuas hati) saperti api dalam serkam dan apabila ada saja hembusan angin api itu menjadi marak atau saperti gunung berapi sudah menampakan muntahan lavanya? Adakah kebebasan begini yang diperlukan yang tidak ada sempadan atau yang tidak ada batasnya?

Apa gunanya hak hak ini tetapi jika disalah guna? Apa guna hak hak ini jika menghuru harakan negara? Apa gunanya hak ini jika kita berpecah dan saling curiga mencurigai sesama bangsa atau sesama kaum? Siapakah musuh sebenarnya yang bertanggung jawap? Musuh utama ada pada setiap orang yang kurang IMANnya yang kalah kepada NAFSU, nafsulah musuh utama kita. Hanya satu senjata sahaja yang dapat mengalah dan membendungnya dengan keikhlasan beriman kepada Allah SWT.

Kenapakah mereka mereka ini begitu berani mencabul undang undang negara dan kenapa pula kerajaan dilihat begitu berhati hati melaksanakan sesuatu tindakan dan adakala dilihat begitu mengalah? Apa, dasar dasar dan undang undang negara sekarang ini sudah tidak relevan untuk dilaksanakan dan dukuatkuasakan. Apa pun jawapannya, yang pasti dasar dasar dan undang sedia ada itulah yang membangunkan negara serta memajukan dan memakmurkan majoriti rakyat Malaysia. Kita janganlah terlalu tamak dan jangan diibaratkan saperti "anjing dengan bayang bayang.

Thursday, August 20, 2009

Permatang Pasir - UMNO kenapa cari pasal?

Dalam meraih sokongan serta mengembalikan keyakinan, saya tidak faham kenapalah UMNO masih tak mahu menghalusi setiap calon yang dipilih? Apa yang UMNO ingin buktikan dengan meletakan calon yang boleh dipertikaikan? Tidak ada lagi calon yang bebas dari sebarang kontroversi ke? Inikah tanggapan yang UMNO ingin gambarkan? Cakap ingin membenteras polotik wang, tetapi masih simpan orang yang telah dikenal pasti dan sekarang calon yang menimbul keraguan, kenapalah cari pasal?

Umum sedar bahawa politik semasa adalah politik berdasarkan persepsi kenapalah UMNO masih berdegil? Jawapan sebenarnya yang mengetahui adalah yang terpilih dan yang memilih. Tetapi untuk memperolehi keyakinan dan sokongan rakyat, walau apa pun justifikasi yang akan mempertahankan calon berkenaan sedikit sebanyak akan juga timbul persoalan didalam pemikiran pengundi. Ini yang akan dilakukan oleh pihak lawan, tambahan pula kawasan ini menjadi kubu kuat pihak lawan memang mudah untuk pihak lawan mempengaruhi pengundi pengundi Permatang Pasir.

Tertanya juga, sebenarnya apakah UMNO ingin tawan DUN tersebut atau sekadar bertanding sahaja kerana duit dah terlalu banyak dan suka menyusahkan rakyat. Tentu akan lebih baik memberi menang tanpa bertanding pada pihak lawan. Kalau nak bertanding, bertandinglah dengan serious atau ini satu lagi isu nepotism? Bagaimana UMNO berhasrat menyakini rakyat saya pun tak dapat nak telah. Kadang kadang satu berpendapat UMNO memang tidak akan atau tidak mahu berubah dan perubahan hanya retorik sahaja.

Monday, August 17, 2009

Jika takut dipukul ombak kenapa berumah ditepi pantai?

Membaca berita yang mana SPRM berhasrat menangguh siasatan keatas tomahan bahawa agensi itu keterlaluan amat merisaukan saya. Cuba bayangkan jika semua agensi agensi penguat kuasa undang undang mengambil sikap yang demikian apa yang akan berlaku? Adakah Malaysia akan menjadi negeri "free for all." Saya berdoa agar sindrom seumpama ini tidak berjangkit kepada agensi agensi lain malah lebih komited membenteras sesiapa saja yang memandang enteng dari mematuhi undang undang negara ini.

SPRM tidak sepatutnya merasai tertekan selagi tindakan tindakan yang diambil itu berpatutan dan bukan atas dasar dendam. Ini perlu dipastikan dan berhati hati selepas berbagai tomahan dan anggapan yang dilontarkan oleh pihak pihak yang bersalah atau ingin menegak benang yang basah.

Ikhlas saya syorkan kepada semua agensi agensi penguat kuasa dalan menjalankan tugas yang sangat mencabar ini semua peringkat warga agensi ini sentiasa lengkapkan dengan pengetahuan baik dari segi undang undang teorinya mahupun praktikalnya serta justifikasi jika sesuatu tindakan melebihi norma tugasan. Orang orang sekarang ini semuanya pandai dan licik dan warga penguat kuasa mesti sentiasa "one-step ahead" dan jangan terlalu selesa dan merasai sudah cukup bersedia, tiba tiba bila masa perlu bertindak baru menyedari banyak yang kurang dari pihak lawan. Inilah kelemahan yang sentiasa diperhatikan. Jika warga agensi agensi penguat kuasa senang berputus asa dan lemah dalam melaksanakan penguat kuasaan, letak sahaja jawatan, jika takut dipukul ombak, kenapa berumah ditepi pantai.

Bagi pihak pihak yang disiasat kalaulah tidak bersalah apalah yang ditakutkan. Janganlah terlalu tidak berperikemanuasiaan membuat tomahan dan tuduhan yang keterlaluan dan yang salah pula, berani buat berani tanggung dan janganlah mencari helah dan menyalahkan pihak lain pula. Kebelakangan ini adalah diperhatikan yang salah dapat pembelaan dan yang bohong dimanipulasikan sehingga dipercayai sebagai benar. Adakah orang orang begini disokong untuk memimpin? Mereka mengeluarkan pelbagai tuduhan dan tomahan tentang kerajaan tetapi mereka lah saperti kata perpatah," mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" oleh itu kita rakyat perlu teliti dan jangan mudah dipengaruhi dan tertipu.

Thursday, August 13, 2009

Are they ignorant?

Having read the royal address by his Royal Highness The Sulltan of Perak and the understanding by Nor Azam there is nothing to rebut but to extend what had been said and what had been reserved all this while.

The royal address click here and the thoughts of Noor Azam ,NA1 , NA2 and NA3.

Why these were opined these days and not those days which we read less of these sort of sentiments? Everibody has one or more answers to the question. My contemplation to the rise of sentiments especially after GE 12 were instrumented, not for anything else except for the political powers.

Are we claiming that the Alliance or Barisan is a total failure for the last 52 years? I will not agree in total! Look around us Malaysia do progress and one way or the other enjoy the international recognitions. So why the "hutesium et clamor"?

The honking and shouting are nothing more than to create ambiguities through perceptions that the present government is totally incompetent and need for a change. These actions were spiced by those disgruntled, frustrated, ambitious, weak and self-centered politicians where allegiance is only to their stomach.

Money though not everything, but money can turned a person to a lot of characters. But when all bags are full what is short is just power and after 52 years of patience coupled with confident with the resources availability, GE 12 was the right time and opportunity to strike but not all successful but enough to instil the zeal to continue the battle of overthrowing the present goverment.

The government on the other hand turned panic of the GE 12 result, started pouring and soften to the demand from those exploiting the result of GE 12. Yes!, the government need to scrutinise the shortcomings but please, not to the extend of giving the perceptions or impressions that the government is undressing itself. The true reforms needed is not changing so much of the policy but more on casting away the cronyism, nepotism, failure on policy implementations, graft, double standard, civil servant integrity and competency and last but not least the government and the rakyat engagements.

The confusions created were just the tactics of the opposition to wrestle the power from the present government and those involved are not ignorant after all.


Wednesday, August 12, 2009

Penyeludupan - Malaysia Terpilih, benar atau tidak?

Sebagai rakyat Malaysia perasaan marah dan sedih apabila sering sangat diberi label sebagai negara yang menjadi pusat kegiatan yang tidak sihat lagi tak bermaruah.

Malaysia pernah dikatakan sebagai pusat penyeludupan dadah, kemudian tempat pembiakan pengganas, pusat penyeludupan manusia dan sekarang penyeludupan haiwan liar. Kata orang orang dulu, "kalau tidak ada angin masakan pokok boleh bergoyang."

Walaupun kerajaan sentiasa menafikan keujudan aktiviti aktiviti seumpama ini tetapi kadang kadang ada juga berita berita dimana pihak berkuasa berjaya menumpaskan sindiket sindiket menjalankan kegiatan ini dan yang paling ketara adalah kegiatan dadah, tak kiralah memproses atau menyeludup.

Apakah sabenarnya yang sedang berlaku? Adakah penguat kuasaan undang undang di Malaysia begitu lemah sehingga negara ini dipilih untuk bermacam macam kegiatan haram? Adakah risikan risikan pihak berwajib tidak setanding dengan kecekapan pihak pihak sindiket tersebut yang senantisa dihadapan (one step ahead) atau ada lain lain kelemahan?

Dari sudut perundangan, saya yakin sentiasa dikaji dengan cabaran semasa, apalagi yang tak kena, malah jika diperhatikan agensi agensi penguatkuasaan dilihat mempunyai specialist pada bidang bidang yang dikira sangat penting. Dimulakan dengan Bahagian Pencegah Penyeludupan, Marine, Jabatan Narkotik, Jabatan Jenayah Komersil, Jabatan Jenayah, Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan banyak lagi. Jadi apa yang masih kurang dan kenapa pihak luar pula lebih tahu apa yang berlaku diMalaysia dari agensi agensi yang dipertanggung jawabkan?

Dengan keadaan politik dan ketenteraman yang merisaukan ditambah pula dengan persepsi negatif ini, dimana kedudukan Malaysia sekarang. Adalah diharap tidak akan jadi indah khabar dari rupa. Selidik dan kaji dimana kelemahan dan diharap pemimpin pemimpin negara janganlah telan bulat bulat apa yang dipersembahkan.

Tuesday, August 11, 2009

Kesepaduan yang tak ternilai.

Apa kesabaran orang melayu kian menipis saperti lontaran oleh blog kuda kepang, layari pandang beliau Klik disini .

Mungkin kenipisan itu hanya dirasai oleh yang cintakan bangsa dan agamanya, tetapi dibantutkan oleh kepatuhan kepada undang undang serta realitinya.

Kepatuhan kepada undang undang tidaklah susah dan huraianya juga tidaklah memerlukan berdasar kepada kecelikan majoriti rakyat Malaysia. Tetapi apakah realiti yang membantutkan kewajaran pembelaan yang berterusan?

Hayati hasil pena kuda kepang secara holistik dan insyallah dengan kesepaduan yang ikhlas bangsa melayu akan dimertabatkan ditempat yang sewajarnya.

Monday, August 10, 2009

Seberkas lidi UMNO JB

Telah agak lama juga tidak kedengaran laungan kesepaduan yang bersemangat oleh ahli ahli UMNO terutama selepas piliharaya umum ke12. Syabas, kepada UMNO Bahagian Johor Bharu.

Adalah diharapkan lebih banyak sokongan kesepaduan begini di hidupkan semula di semua bahagian dan cawangan UMNO diseluruh Malaysia. Dengan menghidupkan semangat begini akan menaikan semula roma bangsa melayu bagi mertabatkan bangsa melayu yang kian terkulai oleh persepsi dakyah untuk melemahkan semangat bangsa melayu.

Walau pun masih banyak reformasi mesti dilaksanakan oleh UMNO, janganlah sesekali tunggu bangsa melayu hancur baru terkial kial hendak bertindak. Jika menunggu reformasi selesai maka terkulailah bangsa melayu. Rata rata bangsa melayu dan ugama islam diberi persepsi yang negatif dan sesekali sahaja mendapat pembelaan yang hanya ala kadar, sedangkan puak puak yang menghina begitu ghairah dan tidak lagi berlapit memberi pendapat mereka.

Apa bangsa melayu sudah ketandusan cerdik pandai untuk membela, apa bangsa melayu sudah menjadi dayus dek ketinggalan menguasai ekonomi negara, apa bangsa melayu tidak universal, apa bangsa melayu terlalu berkepentingan sendiri? Adakah peneraju bangsa melayu terlalu takut kehilangan kuasa politik dan sokongan kaum kaum lain terpaksa mendiamkan diri walau pun dihina?

1Malaysia menjadi cita cita,
Semua bangsa diajak bersama,
Melayu dihina dan dicerca,
Adakah itu matlamatnya.

Orang memberi kita merasa,
Gula diberi balasannya tuba,
Raja melayu lambang bangsa,
Raja dihina siapa pembelanya.




Thursday, August 6, 2009

Hak Berhimpun dan Hak Berarak

Tertanya saya kepada tajuk diatas, apakah interpretasinya membawa maksud yang sama?

Perhimpunan - perihal berhimpun beramai ramai untuk sesuatu tujuan yang tertentu serta mempunyai tempat untuk berhimpun.

Perarakan - iring-iringan yang mengarak sesuatu yakni berjalan beramai -ramai dan beriring-iring.

Demonstrasi - tunjuk perasaan dengan cara berpiket, berarak dan lain lain.

Yang mana yang berketepatan yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia?

Perlembagaan Malaysia

Artikel 10 - Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.

Fasal (1) - Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)

Artikel 10(1)(b) - semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Fasal (2) - Parlimen boleh dengan undang undang mengenakan -

Artikel 10(2)(b) - keatas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenraman awam;

Persoalannya,

Kenapa pula Perlembagaan yang sama membenarkan undang lain digubalkan untuk mengharamkan sesuatu perhimpunan itu?

Bagaimana sesuatu perhimpunan itu boleh ditafsirkan aman dan tidak mencabul hak hak asasi individu atau lain lain kumpulan?

Apakah kumpulan yang berarak atau berdemonstrasi itu tidak akan menyinggung perasaan mana mana pihak?

Adakah kumpulan yang berdemonstrasi itu mencerminkan suara majoriti?

Gunalah akal yang dikurniakan Allah.

Jangan ikutkan hati,
Malaysia dan rakyatnya yang rugi,
Habis semua pelabur lari,
Kerana terlalu banyak demonstrasi,
Oleh pengikut yang membuta tuli.