Saturday, October 31, 2009

Dadah - Dibenteras tetapi tidak terhapus.

Sabelum berpanjangan didalam memperkatakan isu isu dadah, saya ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah atas beberapa kejayaan besar pihak pihak penguat kuasa saperti PDRM, Kastam dan Unit pencegah penyeludupan yang tak putus putus memberi penumpuan kepada pembenterasan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dinegara ini.

Namun dengan adanya pelbagai undang undang yang berkaitan dengan dadah dan hukuman hukuman yang paling berat iaitu hukuman gantung, masih juga kegiatan pengedran dan penjualan dadah saperti tidak ada titik noktahnya.

Kenapa agaknya dan apakah faktor contribusinya?

1. Adakah segelintir rakyat Malaysia khasnya dan manusia sejagat sudah hilang perasaan kemanusiaan?
2. Adakah mereka mereka yang bergiat ini terlalu rakus mencari dan menggaut keuntongan yang melepasi batasan moralnya?
3. Adakah hukuman hukuman yang telah digubalkan itu hanya mencantikan persepsi umum bahawa kerajaan serious tentang kegiatan penyalahgunaan dadah?
4. Atau penjenayah penjenayah sudah dapat membaca tahap kecekapan agensi penguat kuasa yang tidak kemana?
5. Atau rankaiaan pengedar dadah ini sentiasa "one step" ahead dari pihak penguat kuasa?
6. Adakah begitu lemah sekali keupayaan "intelligent procurement" pihak pihak penguat kuasa?
7. Atau pengempulan maklumat tidak melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan hanya bertindak saperti pahat dengan pemukul?
8. Atau pihak pihak penguat kuasa selektif dalam menembusi kegiatan haram ini?
9. Atau ada "mole" didalam pasukan penguat kuasa yang sentiasa bertindak sebagai "listening post" kepada sindiket ini?
10. Adakah sindiket ini terlalu kuat dan berpengaruh (godfather) sehingga kegiatan mereka tidak berani diambil tindakan oleh agensi agensi tertentu?
11. Adakah selama ini kejayaan yang dicapai adalah hanya "tip of the iceberg" dan sebagai "eyewash"?
12. Adakah pihak pihak yang berwajip mempunyai keupayaan "manpower and logistics" yang terhad?
13. Adakah keutamaan pembenterasan jenyah dan sifar penyalahgunaan dadah dialih kepada keutamaan lain?
14. Adakah kegiatan dadah dinegara ini akan menyerupai kegiatan lanun diperairan Somalia yang sehingga kini tidak diambil satu tindakan positif dan berjuta juta wang telah "disedekahkan" kepada lanun lanun ini?
15. Adakah sebilangan besar rakyat Malaysia bersikap "couldn't careless" janji mereka jangan diganggu sudah mereka tidak memperdulikan apa yang berlaku?
16. Apakah permasaalahan sebenar dan adakah Akta "whistleblower" dapat membantu?

Jika hendak menimbulkan persoalan tentang kegagalan membenteras dadah mungkin beratus ratus soalan lagi dapat diketengahkan tetapi jika ditumpu kepada soalan soalan diatas dan ketelusan serta di tanam sikap dedikasi, amanah dan sayangkan negara dan maruah bangsa agensi agensi terlibat termasuk rakyat Malaysia kita akan dapat melihat satu perubahan yang positif. Renunglah pada diri kita dan kelemahan kita, insyaallah dengan doa dan keikhlasan, Allah SWT akan membantu memberi hidayahnya pada kita.

Friday, October 30, 2009

Rasuah - Persepsi Semasa

SPRM Perak siasat - Utusan Malaysia 20.08.09

Kita sering terbaca dalam akhbar apabila sesuatu musibah berlaku seperti keretakan jejambat, jambatan, bangunan dan sebagainya persepsi semasa bukan hal hal lain yang berkaitan tetapi tertumpu kepada perbuatan "RASUAH". Kenapa agaknya persepsi ini didahulukan dari hal hal yang lain.

Adakah setiap keruntuhan atau musibah itu mesti ada kaitan dengan rasuah. Ambil sahaja contoh jambatan tergantung di Kuala Dipang,Perak terus SPRM mulakan siasatan. Adakah ini tindakan pro-aktif atau "trend?" Tidak ada lain lain persepsi yang ada pada minda masyarakat Malaysia?

Menurut laporan, jambatan tersebut telah didermakan oleh seorang dermawan dan tidak ada kaitan dengan Jabatan Kerja Raya. Tetapi jambatan tersebut dibina atas harta kerajaan, tidakkah JKR mempunyai sesuatu kewajipan keatas keselamatan murid murid yang menggunakan kemudahan ini. Katakan jambatan itu dibina atas initiatif sekolah, tetapi adakah staf staf sekolah tersebut diiktiraf pakar dalam bidang teknikal? Siapa lagi yang lebih berwibawa dari staf teknikal JKR atau Majlis tempatan.

Bagaimana pula dengan prosedur? Adakah Guru Besar begitu bebas membina apa sahaja diatas tanah sekolah?
Inilah sedikit dari berbagai sudut yang perlu dilihat dan tidak sewenang wenangnya menggambar bahawa di Malaysia ini semua musibah seumpama ini adalah perbuatan rasuah.

Satu lagu sudut harus disemak, adakah peruntukan yang didermakan itu mencukupi, adakah plan jambatan itu ada kelulusan dari agensi yang bertanggung jawab. Jika faktor faktor diatas tidak perlu dan tidak ada seliaan inilah hasil yang akan diperolehi.

Saperti selalu kita dengar,jika kita bayar RM1.00 kita akan dapat servis nilai RM1 sahajalah. Adakah ini kita mengambil kira. Kenapa kita harus terus mengandaikan setiap musibah mesti ada RASUAH. Teruk sangatkah rakyat Malaysia ini?

Jika inilah persepsi yang sentiasa ditanam dalam hati sanubari rakyat, akhirnya yang tak berlaku pun dikatakan berlaku. Yang amat menyedihkan apabila agensi agensi yang ada sangkut paut telah menjadi defensif kerana takut ditanggap serong dan mula mencari "kambing hitam". Sindrom ini harus dihapuskan dan pada jurucakap jurucakap agensi agensi, berpandangan jauh lah sikit dan janganlah "over defensive" dan jangan sesekali menimbulkan sebarang syak wasangka atau tanggapan incompetency oleh rakyat terhadap agensi agensi ini.

Sayangkanlah negara ini dan berilah imej yang baik kepada bumi bertuah ini. Jika betul rasuah sudah berleluasa ambil semua tindakan segera, jika tidak ada bukti secara "direct" semak atau siasat segala harta terkumpul termasuk kediaman kediaman yang amat selesa serta bagaimana diperolehi? Adakah proxy proxy terlibat, semua perlu diterbalikan dan undang undang perlu disemak semula sehingga kaku kepada yang bercita cita melibatkan diri dalam jenayah ini. Kenapa pinjaman berjuta juta boleh diluluskan dan atas kriteria apa pinjaman itu diluluskan? Adakah sebab sianu itu berpengaruh atau adik beradik orang yang berkuasa dan sebagainya. Ini semua perlu dihalusi serta telus.

Pokoknya yang diamanahkan menguat kuasakan amanah ini perlu berani, jujur dan adil dan tidak mempunyai cita cita lain selain dari mendapat keredaan Allah SWT. Adakah kita masih mempunyai orang orang saperti ini?????

Thursday, October 29, 2009

Hal Gaji Mereka Sepakat!

DUN Kelantan lulus kenaikan elaun wakil rakyat - Utusan 27.10.09

Membaca lapuran diatas baru disedari ada juga titik pertemuan antara BN dan PAS. Bila sebut kenaikan elaun wakil rakyat semua setuju.

Kenapa bila cakap tentang kesejahteraan rakyat terbesar ada saja alasan yang diberi. Sebagai contoh kerajaan perpaduan atau perpaduan dan kesatuan orang melayu atau gagasan satu Malaysia kenapa tidak ada kata sepakat?

Bagi yang celik mata berakal terbuka akan memahami siapakah wakil wakil rakyat yang telah dipilih itu kecualilah yang taksub dan buta segala. Cetusan sentimen dan fahaman adakah orang biasa memulakan atau yang berpolitik?

Banyak telah diperkatakan bahawa kerja wakil rakyat ini elaunnya tidak mewah, banyak komitmen, rakyat ingat mereka ini berduit tapi cuba kita kenangkan kembali, mereka inilah mendiami rumah yang selesa, kereta yang selesa dan kadang kadang ada pemandu lagi. Macam mana kata tak berduit?

Ada yang lebih bertuah lagi dilantik pengerusi itu dan ini, semua lantikan itu selalunya ada imbuhan. Tak berduit lagi kah? Adakah wakil wakil rakyat ini tak rasa bersyukur dek kerana platform politik inilah rezeki mereka diizinkan Allah? Apa salahnya berbakti balik kepada masyarakat? Ada yang lebih bertuah dapat mendirikan sebuah rumah baru lagi. Tak cukup cukup lagikah?

Saya rasa jika nak pilih kerjaya sebagai wakil rakyat, terimalah apa yang diperuntukan dan jika elaun patut dinaikan atau diturunkan terima saja dan tak payah bagi apa apa alasan. Menjadi wakil rakyat ini adalah pilihan mereka sendiri dan untuk membolehkan mereka dipilih adalah initiatif mereka sendiri,tiada siapa memaksa. Jika nak senang dan kaya berniagalah jangan diungkit ungkit bakti mereka, sebab wakil rakyat ini sebenarnya adalah orang suruhan rakyat untuk kesejahteraan rakyat dan bukan kesejahteraan wakil rakyat.

Cukup cukuplah dengan pelbagai keistemewaan dan penghormatan diberi, banyak lagi kebajikan rakyat yang memerlukan pembelaan dan perhatian. Untuk mencapai gagasan 1Malaysia,rakyat didahulukan dan percapaian diutamakan kepentingan sedemikian harus diberhentikan terlebih dahulu. Diharap gagasan tidak tinggal gagasan bila temoluk wakil wakil rakyat sahaja dijaga dan bukan rakyat. PERFORMANCE FIRST REWARD LATER dan bukan REWARD FIRST PERFORMANCE LATER.

Cemar imej negara dan rakyat - Boleh tak ada badan pemantau?

Mungkin bila ditanya atau disyorkan jawapannya sudah ada tak perlu,tapi selalu sangat kekejaman telah berlaku keatas keatas rakyat asing yang datang membantu bagi memajukan negara ini.

Apa agensi agensi yang terlibat saperti Jabatan SumberManusia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen dan juga Jabatan Polis tidak langsung risau tentang imej negara dan rakyat dilihat begitu negatif? Mungkin tidak ada dalam skop tugas mereka? Jadi tugas siapa? Agensi agensi ini masih dalam takuk lama hanya mendukong sindrom reaktif .

Adalah disyorkan mana mana satu agensi dan lebih tepat Jabatan Imigresen patut tubuhkan satu unit disetiap negeri untuk memantau semua pekerja pekerja asing. Lawatan serta pemantauan ini boleh dilakukan sebagai serampang dua mata. Permata memantau pekerja pekerja ini tidak dimangsakan dan kedua gar tiada undang undang dicabuli.

Malaysia dan rakyatnya satu ketika dikenali sebagai negara yang berkebajikan dan dermawan, tetapi dengan perkembangan sekarang adakah imej demikian masih boleh dibanggakan?

Tuesday, October 27, 2009

Sidang DUN Perak - Hentikan yang remeh, bersidanglah!

Mereka juga sebahagian dari pengubal undang undang dan mereka juga jambatan antara rakyat dengan institusi tertinggi kerajaan iaitu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan mereka juga yang menyalak bahawa jenayah diMalaysia ini tinggi dan kononnya hanya 1(satu) peratus sahaja rakyat Malaysia rasa selamat. Tetapi apa yang telah dan sedang mereka lakukan?

Bukankah mereka ini juga penyumbang kepada peningkatan kadar jenayah negara? Tak kiralah jenayah indek atau yang tak berindek, pokoknya lapuran polis dibuat polis kenalah ambil tindakan. Inilah dinamakan jenayah terancang yang sama ada sedar atau tidak telah membantu kepada penjenayah tegar untuk mengambil kesempatan keatas kekalutan yang ditimbulkan oleh ahli ahli politik. Ini dinamakan,"The commission of crime through diversion," macam dalam tayangan Astro Tamil Box Office pula.

Satu lagi penyumbang meninggkatkan keberanian penjenayah dan membantutkan soal siasat adalah keprihatinan pembela pembela membela penjenayah ini kononnya atas dasar kemanusiaan. Ini pun satu lagi "political mileage" bukannya ikhlas sangat, bayaran guaman masih dikenakan dan nama pun dapat, publisiti pun dapat, apa mahu lagi, tiga dalam satu(3 in 1).

Dengarlah penyokong penyokong yang menyokong guna akal dan jangan membabi buta menyokong, silap silap masuk rumah pasong. Oleh itu pada ahli ahli yang dipilih buatlah kerja dengan apa telah ditakdirkan dan jangan ada "one track mind" bahawa bila memerintah baru efektif, kalau jadi wakil rakyat biasa tak efektif. Kalau betul rasa tak efektif letak jawatan, beri pada yang boleh melaksanakan amanah dengan lebih efektif lagi berakal. Pada pembangkang peluang telah di beri tapi tak pandai jaga inilah akibatnya. Macam sikudong dapat cincinlah.

Jika masih nak berpaut pada status wakil rakyat dan hendakkan pada elaun dan keistemewaan wakil rakyat,pergilah bersidang sebagai wakil rakyat yang berakal lagi tamadun.Janganlah kita hilang akal nanti digelar .......... Biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka yang lebih memerlukan. Rasa rasa pihak polis pun dah muak dan loya dengan sikap kebudak budakan wakil rakyat penggal ini. Banyak korja lain lagi YOP!

Sunday, October 25, 2009

Janganlah kita diperalatkan!

Ada yang kata ilham didapati dari EGM MCA, ada yang memanipulasikan yang Pakatan Rakyat ada masaalah dalaman dan sebagainya. Itu semua adalah persepsi masing masing malah Nik Aziz pun berhak memberi pandangannya.

Pokoknya kemana akan kesudahannya orang melayu dan kemana pula akan ditempatkan kedudukan agama Islam. UMNO masih menegak yang parti itu masih relevan dan sedang merakyatkan parti tersebut, walau pun masih samar samar lagi. PAS juga mendakwa pendekatannya juga betul, ditambah dengan PKR yang masih bercelaru hala tujunya, habis semua jadi DALCA.

Apa yang terang dan nyata UMNO dan semua parti dalam Barisan Nasional ingin mempertahankan kedudukannya sementara Pakatan Rakyat pula beryakinan kekuasaan pemerintahan Malaysia dapat disapu pada PRU ke13 salepas kejutan yang diperolehi semasa PRU 12. Kedua dua entiti ini akan lakukan apa saja demi merebut kuasa ini.

Dalam usaha inilah, "yang pernah selalu merasa selesa akan rasa tak selesa dan ada yang rasa terpinggir akan rasa terbela." Dalam kekalutan ini kita harus ingat janganlah marah se-ekor nyamuk satu kelambu dibakar. Yang dimaksudkan kelambu dalam kontek ini adalah Islam dan melayu.

Bila kita bercakap tentang intergrasi dan perpaduan kaum, kita harus sedar bahawa untuk melancarkan hastrat ini kita perlukan base. Base untuk memulakan bicara antara kaum kaum diMalaysia. Tanpa satu consolidated base, cakaplah apa bentuk perpaduan pun akhirnya yang lemah akan disedut begitu saja atau tinggal cakap cakap sahaja.

Sabenarnya perpecahan antara sesama kaum melayu terpaksa dilaksanakan diMalaysia. Dengan pendekatan "divide and rule" sahaja berupaya merobek kesatuan orang melayu. Inilah yang sedang dan akan terus dilakukan sehinggalah penghalang utama Perlembagaan Malaysia dapat dipinda untuk tidak memberi keistemewaan kepada mana mana kaum kecuali "the strongest rule." Lihat sahaja dinegara jiran. Sepatutnya dimana bumi dipijak,disitu langgit dijunjung dan bukan saperti belanda minta tanah.

Jadi lihatlah siapa yang dialatkan untuk tujuan divide and rule ini. Renunglah sedalam dalamnya dan janganlah terlalu taksub akan atau oleh sesuatu. Percayalah setiap musibah itu ada hikmahnya dan carilah hikmah itu dan setiap kelemahan itu datangnya dari kita bukan Allah SWT.

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010 - Betul untuk kesejahteraan rakyat?

Setiap tahun apabila bajet negara dibentangkan kesemuanya adalah memberi penekanan untuk kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia. Itulah matlamat atau sasarannya apabila setiap bajet dicadangkan oleh kerajaan yang memerintah.

Walau pun pada akhir ayat penutup pembentangan bajet yang dibuat oleh Menteri Kewangan,"Tuan yang diPertua saya ingin MENCADANGKAN," itu hanyalah peraturan dewan sahaja. Sabenarnya apa yang telah dibentangkan itulah yang akan diguna pakai hanya perlu digazetkan sahaja. Itulah senarionya.

Apa yang ingin ditonjolkan disini bukanlah tentang kenapa bidang ini patut diberi dan bidang ini patut dikurangkan. Itu adalah hak kerajaan menentukan apa yang terbaik. Tetapi yang amat memushkilkan adalah agihan dana dana atau peruntukan tersebut agar sampai kepada sasarannya dengan sempurna dan telus.

Saperti pendedahan Ketua Audit Negara baru baru ini tentang pengurusan yang tidak cekap atau yang mencurigakan. Perlakuan seumpama inilah yang akhirnya akan merugikan rakyat, dimana kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk mencapai objektifnya dan mensejahterakan sasarannya.

Kita semua maklum bahawa kewangan negara sekarang dalam defisit, malah peruntukan bajet 2010 pun kurang sebanyak 11.2 peratus dibandingkan dengan bajet 2009. Itu kita boleh faham dengan permasaalahan ekonomi global tetapi yang kita tak fahamnya perlakuan tidak beramanah masih tidak dapat dibendung.

Dulu Mr.Clean menerajui, tidak clean pun. Oleh itu adalah diharapkan Perdana Menteri baru ini,sementara masih putih kainnya sebagai perdana menteri(kata kata beliau semasa perbetangan bajet) ambillah tindakan tegas dan syor saya jika ada peruntukan undang undang kalau belum cepat cepatlah gubal satu undang undang memberi kuasa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri menauditkan wakil rakyat,pegawai tinggi kerajaan dan kaki tangan awam serta mereka mereka yang hidup terlalu mewah yang disyaki "live beyond their means." Percayalah sekadar mengharapkan mereka ini mengistiharkan harta dengan sukarela, tidak ada apa yang boleh dijumpai. Tidak ada manusia menggali lubang kubur mereka sendiri.

Akta "whistleblower" ini adalah satu pendekatan yang baik untuk kekebalan saksi, saya syorkan akta ini juga dipanjangkan untuk anonymous informer yang boleh memberi maklumat yang menjustifikasikan siasatan dibuat dan pihak berwajip patut bertindak atas "first information report" dan tidak payah menunggu direct report. Ini telah pun diperuntukan oleh undang undang jadi tidak perlu menunggu asalkan sasaran sudah ada untuk membolehkan siasatan dimulakan.

Harap harap lapuran Ketua Audit Negara sekali lagi kepincangan sebegini tidak dibaca lagi.

Friday, October 23, 2009

Makan sorok sorok, bila muntah bertabur taburan.

Apa pun yang dilaksanakan dan betapa baik dan adil (dalam kemampuan manusia) sekali pun memang ada kelemahan sebab kita adalah manusia. Adalah satu hakikat manusia ini tak sunyi dari berbagai kelemahan.

Tetapi harus diingat, manusia dikurniakan satu rahmat oleh Allah SWT iaitu akal. Akal inilah menjadikan manusia itu melebihi dari makhluk Allah yang lain. Malangnya muthakhir ini akal telah banyak dicemarkan oleh nafsu yang melonjak.

Saya bersimpati dengan Perdana Menteri kita yang tidak putus putus membaik pulih imej kerajaan Barisan Nasional tapi masih ada lagi tulang tulang belakang kerajaan atau jentera jentera kerajaan yang bersikap saperti gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut.

Menuruti lapuran Ketua Audit Negara keatas kelemahan menggurus peruntukan kerajaan bukanlah perkara baru. Setiap tahun ada saja kepincangan ditimbulkan dan memang tidak dapat dinafikan bahawa ada pembelian oleh agensi agensi kerajaan yang tidak masuk akal langsung. Mereka telah lupa bahawa yang hak itu tetap hak dan yang bathil itu tetap bathil.

Kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau kecewa dan memandang serious akan perlakuan yang tak beramanah ini dan akan mengambil tindakan jika terbukti ada penyelewengan. Ini sangatlah ditunggu tunggukan dan harap janganlah sejukan tindakan ini sehingga saki baki dinyahkan.

Perlu diingat petualang petualang inilah yang memberi imej yang negatif pada negara, kerajaan dan penjawat awam. Perbuatan mereka inilah jugalah akan membuka jalan kepada pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Untuk apa simpan orang orang saperti ini. Perdana Menteri harus berani walau apa pun kedudukan mereka atau apa pun budi yang telah diterima. Mereka inilah sabenarnya duri dalam daging dan talam dua muka. Mereka inilah disifatkan jerat yang tak akan lupakan pelanduk dan sentiasa mencari mangsa. Bertindaklah dan buktikan perubahan yang sabenar.

Disarankan publisiti dibuat atas tindakan yang murni dan tidak selektif.

Saturday, October 17, 2009

Bila hendak berdayung? Perahu dan dayung sudah ada!

Selesailah sudah perhimpunan Agung UMNO 2009 dan sekali gus menjadi sidang khas pembentangan pindaan perlembagaan UMNO. Pindaan pun telah mendapat sokongan hanya kelulusan Pendaftar Pertubuhan yang dinantikan.

Namun apa yang menjadi tanda tanya, kenapa semangat perubahan yang disemaikan semasa persidangan tersebut masih diragukan? Apa ini akan juga dikategorikan sebagai retorik selepas seketika atau cakap tak serupa bikin?

Inilah cabaran yang WAJIB disahut oleh semua lapisan ahli UMNO yang sayang kepada parti ini. Kesemua ahli ahli UMNO perlu ikhlas sebagai ahli yang komited dan membuktikan bahawa keahlian mereka bukanlah sebagai ahli opportunis. Persepsi negatif yang selama ini disemaikan oleh pihak pihak yang ingin menghancurkan UMNO WAJIB dibersihkan dan ahli yang opportunis MESTI disingkirkan tak kira siapa dia atau apa kedudukannya.

Inilah cabaran sebenar yang tersirat disebalik pindaan yang telah dibentangkan. Oleh itu beranikah tindakan seumpama ini direalisasikan oleh ahli ahli yang bertanggung jawab agar pindaan pindaan ini tidak dipersendakan dan UMNO dimalukan.

Jika tindakan ahli ahli UMNO masih bertindak dalam "hesitations" atau acuh tak acuh bukan sahaja UMNO akan kecundang malah maruah sebilangan besar umat melayu juga akan turut tenggelam. Pada ketika ini menanggis air mata darah sekali pun tidak ada gunanya lagi.

Kecenderungan politik persepsi yang semakin mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia harus dititik beratkan kerana, walaupun satu kesilapan padahnya atau impaknya amatlah berat untuk diperbetulkan. Belajarlah dari kekalahan PRU 12 dan di semua PRK kecuali Batang Ai dan Bagan Pinang. Janganlah terlalu ghairah dan terbuai dengan keasyikan dua buah lagu yang berjaya dicipta sedangkan orang lain telah berjaya mencipta tujuh buah lagu yang disukai ramai.

Oleh yang demikian pada kesemua ahli ahli UMNO jika sayangkan parti dan maruah bangsa , janganlah mudah dibuai oleh dendangan yang menghayalkan sehingga menjadi alpa akan tanggungjawab yang diamanahkan. Selamat berubah dan jangan mudah merajuk atau kecewa jika apa yang dicita citakan tak kesampaian walau pun telah banyak berbakti.

Wednesday, October 14, 2009

UMNO - AGM 2009 Perlukah rukun lagi.

Islam sudah mempunyai 2 jenis rukun,iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. Apakah rukun rukun yang diperintahkan oleh Allah SWT tidak yang maha mengetahui tidak mencakupi kehendak kehendak 4 rukun yang disarankan oleh Timbalan Presiden UMNO?

Sabenarnya kita tidak perlu pada rukun rukun tambahan lagi, apa yang kita perlukankan adalah penghayatan kepada kedua kedua rukun Islam dan Iman tadi. Malangnya tiada penekanan serta peringatan ditumpukan dan apa yang diperhatikan saperti kata perpatah,"sekali air bah sekali pasir berubah."

Sepatutnya kedua dua rukun Islam dan Iman itu dihuraikan dengan lebih jelas dan mudahkan lagi penghayatannya untuk yang beragama Islam dan mudahkan untuk yang belum Islam memahaminya. Itu yang sepatutnya dilaksanakan oleh para pemimpin dan cerdik pandai dinegara ini. Bukan asyik mencari slogan dan cogan kata baru dengan tujuan memberi imej kelainanan dari yang terdahulu. Ini tidak akan memberi kesan yang baik berterusan dan akan hanya hidup pada ketika pemerintahan pemimpin yang berkenaan.

Rukun yang berkekalan dan universal hanyalah Rukun Islam dan Rukun Iman, jadi apa salahnya ini yang ditekankan walau pun dengan cara berlainan asalkan tidak lari dari objektifnya. Sekarang pun kita dapati ahli ahli politik yang bukan Islam pun dah berani menggunakan ayat ayat suci Al-Quran walau pun tidak beriman pada kalam Allah. Sebab mereka sedar hanya firman Allah itu sahaja yang benar dan munasabah dan kesempatan ini dieksploitasikan bagi menggaburkan niat sabenar mereka.

Kita harus jangan lupa dalam ramainya kita ini, terdapat juga yang munafiq dan fasiq oleh yang demikian janganlah kita mudah lagi tertipu. Marilah kita bezakan menggubah sikap dan menggubah sikap dengan keimanan. Carilah perbezaannya. Banyak telah diperkatakan kemiskinan boleh mendorong kepada kekufuran apakah kekayaan tidak boleh mendorong kepada kekufuran?

Sunday, October 11, 2009

Barisan Nasional Menang - Apa Yang Dapat DiPelajari ?

Pertama saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT atas kejayaan BN mempertahankan kerusi DUN N31 Bagan Pinang. Kesyukuran ini adalah atas keinsafan bahawa masih ada yang sayang dan memahami perjuangan Barisan Nasional yang diasakan oleh para pemimpin yang terdahulu, Alhamdulillah.

Selain dari kenyataan bahawa DUN Bagan Pinang adalah kubu kuat Barisan Nasional dan UMNO khasnya, sepekaralagi yang boleh diperkatakan bahawa Barisan Nasional masih mendapat sokongkan pasukan keselamatan, keduanya penyokong Barisan Nasional di Bagan Pinang masing lagi setia dan yang ketiga pencalunan Tan Sri Isa Abdul Samad telah menyumbang kepada penyatuan penyokong penyokong setempat.

Apa yang boleh Barisan Nasional dan para pemimpin Barisan Nasional pelajari dari PRK Dun Bagan Pinang?
  1. Pemilihan calun hendaklah yang dipilih oleh rakyat setempat.
  2. Kesalahan politik wang oleh Tan Sri Isa, adakah "beyond reasonable doubts" atau beliau hanya "victim of circumstances?"
  3. Seorang calun itu hendaklah disukai rakyat dan penyokong bukan sekadar disukai pemimpin atasan.
  4. Pemimpin tidaklah berkuasa seluruhnya, suara akar umbi dan rakyat harus diutamakan.
  5. Parti memang memainkan peranan tetapi kepentingan calun janganlah diperkecilkan. Kalau seseorang calun itu diterima walau apapun dakwaan negatif dilemparkan,beliau akan dimaafkan.
  6. Adalah diharapkan bahawa kesilapan pemimpin yang menerajui sebelum ini dijadikan ikhtibar dan kesedaran serta keinsafan harus sentiasa pada ingatan ahli Barisan Nasional bahawa satu satu kesilapan itu bukanlah mudah dipulihkan.
  7. Amat sukar untuk medapat sesuatu kepercayaan tetapi amat amatlah senang untuk kehilangannya.
Oleh itu adalah diharapkan Barisan Nasional janganlah "live in history" sebab baru satu kemenangan dan tujuh kecundangan. Insaflah!