Friday, July 24, 2009

Hakikatnya

Dibandaraya, neon bercahaya,
Didesa pula,diterangi pelita,
Itulah dia perbezaan kita,
Antara miskin dengan yang kaya.

Semua kisah ada puncanya,
Antara mimpi dengan nyata,
Andaian dibuat tidak terkira,
Kononnya melayu hidup sejahtera.

Bandingan dibuat merata rata,
Antara tiga kaum, yang utama.
Melayu, india dan juga cina,
Kehidupan siapa yang lebih selesa?

Merayau sana, merayau sini,
Kehulu, kehilir mencari rezeki,
Jika akal dikalahkan hati,
Apa dibuat pasti tak jadi.

Qalbu dipenuhi dengan irihati.
Kononnya pembela bangsa sendiri,
Kaut sana, kaut sini,
Kocek siapa yang dipenuhi?

Kempen sana,kempen sini,
Masuk ke kampong membuat janji,
Sudah dapat yang dihajati,
Muka hidung tak nampak lagi.

Bungaraya lambang Malaysia,
Rumah banglow, rumah pangsa,
Yang mana satu melayu punya,
Luaskan mata,nampaklah ia.

Pantai Remis kampong nelayan,
Menjaja ikan ditepi jalan,
Kalau melayu masih berkhayalan,
Semua tanah bertukar tuan.

Anak kecil berkinja kinja,
Generasi baru sudahpun tiba,
Orang melayu sekarang dimana?
Jika diukur kejayaan mereka.

Duduk berehat ditepi pantai,
Permandangannya indah lagi permai,
Jika masih terkapai kapai,
Perjuangan melayu tidak akan selesai.






Wednesday, July 22, 2009

Dimana lagi credibiliti PDRM?

Penubuhan Suruhanjaya DiRaja telah dipersetujui, apalagi yang harus diperkatakan? Mungkin pihak kerajaan mempunyai alasan alasan yang munasabah pada pandangan jemaah kabinet. Kegusaran sekarang tentang fungsi PDRM, adakah tertubuhnya suruhanjaya ini sedikit sebayak menyoalkan tentang kewibawaan PDRM? Apakah perbezaan siasatan kes kematian saksi ini dengan kes kes kematian tahanan tahanan lain?

Adakah dengan penolakan IPCMC oleh PDRM sudah menjadikan PDRM tidak berwibawa? Kalau jawapannya ya! bagaimana pula kes kes yang melibatkan penjenayah dari gulongan miskin dan dianggap berprofil rendah? Adakah hak asasi mereka tidak penting atau siasatan dan pendakwaan PDRM itu betul dan tiada cacat celanya? Dimana pembelaan keatas insan insan ini, yang tiada siapa benar benar menitik berat tentang keadilan kepada mereka? Kalau ya! pun sekadar mencari mileage politik sahaja.

Apakah kriteria untuk satu satu kes itu dianggap berprofil tinggi atau rendah. Bagaimana pula kes kes penculiksn kanak kanak, penderaan pekerja pekerja asing atau penyeludupan manusia yang menggugatkan imej negara? Kenapa kes kes seumpama ini tidak juga ditubuhkan satu badan suruhanjaya penyiasat bagi membungkarkan punca dan sebab musabab yang mencemarkan imej negara?

Untuk meningkatkan imej dan kewibawaan PDRM dari terus menjunam saya berpendapat janganlah diganggu gugat tugasan yang menjadi tugas hakiki PDRM iaitu, merisik, mengesan, menangkap dan mendakwa. Peluang sepatutnya diberi dan hasilnya masih boleh dikaji semula jika sebarang "stone was not unturned," "Who else are the best than the expert themselves." Siapakah yang lebih menyayangi PDRM, melainkan warga PDRM sendiri, oleh itu saya percaya semua warga PDRM harus berperanan secara jujur dan ikhlas dengan satu niat mensucikan tugasan PDRM yang suci ini dari terus dicemarkan dan diaibkan." Earned your respect, do not demand a respect"

Monday, July 20, 2009

ISA, PDRM dan SPRM - Kenapa Tidak Disukai?

Apabila memperkatakan tajuk diatas teringat akan diri ini semasa zaman persekolahan dan waktu waktu adolescent. Ketika ini sesiapa sahaja yang menentang kehendak dan kebebasan, ada adalah orang orang yang tidak disukai. Orang orang ini termasuklah guru guru, ustaz ustaz, polis, orang orang masjid, orang orang yang telah makan garam dahulu dan ibu bapa sekali pun tidak akan terlepas.

Pergi ke sekolahlah yang paling tak disukai. Apa tidaknya, kebebasan terhad, suka tak suka mesti berada didalam kelas dan terpaksa mendengar pelajaran yang diajar guru dan paling perik apabila guru menyoal akan kefahaman pelajaran yang telah diajarnya. Silap silap jawab kena berdiri atas kerusi pulas telingga, tak buat kerja rumah, jika terlalu sangat tidak dibenar pulang awal kerana terpaksa habiskan kerja rumah dulu. Dirumah ibu bapa akan menyoal kenapa balik lambat? Semuanya akan berkait, silap silap dirumah pun kena lagi. Mana ada keseronokan, tidak ada kebebasan.

Ketika remaja pula, keinginan bertukar selera pula.Bagi orang kampong, boleh dapat memiliki basikal dan "modified" sedikit sebanyak dan boleh mendapat perhatian itu dikira sudah hebabtlah. Meronda kesana sini sampai waktu maghrib pun tak tahu balik (kambing lembu pun tahu balik kandang) apalagi balik rumah kena selagu dengan ibu bapa. Keesokan buat lagi, kena leteran lagi dan ketika ini pemikiran dan mula menunjukan pemberontakan dan ingatan nak lari dari rumah untuk mengecap kebebasan mula terbisik bisik. Bercerita pula pada kawan kawan yang mahu menasihati OKlah, kena yang cucuk bisa sedikit, lingkup.

Berbalik kepada undang undang ISA atau EO, kedua dua undang undang digubalkan dengan perbezaan dengan undang undang lain saperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan lain lainlagi. Perbezaan ISA atau EO kedua kedua undang undang ini memperuntukan kuasa menahan yang tidak perlu dibicarakan dan penahanan ini dibuat hanya berdasarkan kepada risikan maklumat serta kriteria kriteria yang menjustifikasikan penahanan tersebut. Namun penahan tersebut, walau pun tidak dibicarakan perlu juga melalui proses penilaian dan juga peruntukan untuk menjabar kesahihan penahanan tersebut (habeas corpus). Disini masih ada ruang untuk mempersoalkan tindakan pihak yang melaksanakan undang undang tersebut. ISA dan EO adalah dilihat sebagai "Procurement of Assumption Facts."

Siapa pelaksananya ? Sudah tentulah salah satu dari Jabatan Polis DiRaja Malaysia, namun begitu ,the final "say" bukanlah PDRM. PDRM hanya mengemukakan hasil risikan sahaja dan yang mempunyai kuasa sebenar adalah Menteri yang mengurus Hal Ehwal Dalam Negeri serta penasihat penasihatnya. Pada peringkat ini saya kira satu cara non-judicial arbitration telah diambil walau pun right of defense tidak diperuntukan. Ini yang dipertikaikan dan inilah yang dibantah oleh sesetengah rakyat Malaysia.

Kenapa pula PDRM dan SPRM tidak disukai atau dibenci? Memang jelas sekali, sebab sebab kedua dua agensi ini adalah pelaksana undang undang yang sentiasa berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan tugas resmi mereka. Tetapi adakah semua lapisan masyarakat yang tidak menyukai agensi agensi ini. Jawabnya hanya yang melanggar undang undang, yang tidak suka kegiatan mereka diawasi dan yang merasai hak kebebasan mereka dibendung dan merasa apa yang mereka buat itu betul tanpa mengira hak dan perasaan orang lain. Saya kira sebilangan manusia ini hanya akan kata bagus atau baik jika setuju dengan pendapat mereka dan akan menentang jika sebaliknya. Begitulah sempitnya pemikiran individu atau kumpulan kumpulan ini yang mementing agenda tersirat mereka.




Saturday, July 18, 2009

Lumrah Kehidupan

Dalam kehidupan ini, kecaman tidak adil,zalim dan banyak lagi perkataan dan kecaman yang mengambarkan ketidak puasan hati akan di keluarkan dari individu atau kumpulan manusia sama ada berkepentingan atau yang bersimpati, itu adalah lumrah.

Walau pun diterima sebagai lumrah, sebagai manusia yang tamadun dan berpendidikan, sesaorang insan seharusnya menerima qada dan qadar dan ketentuan ilahi dengan banyak banyak bersabar. Siapa yang inginkan kepada kesakitan, siapa yang inginkan kepada kesedihan dan siapa yang inginkan kepada kelaparan. Tetapi tiada siapa yang dapat melarikan diri dari ketentuan ilahi, melainkan dengan beriman dan berdoa.

Persoalannya sekarang, adakah mustahil manusia yang menjemput musibah? Kemudian menyalahkan orang lain selepas jemputan berkunjong. Inilah fenomena yang selalu didengari. Musibah sering berkunjong apabila insan yang dikurniakan akal sekali lagi gagal menggunakannya dengan sebaik mungkin. Insan yang bergelar manusia ini terlalu amat rakus mengejar dunia dan tidak keterlaluan jika dikatakan golongan ini telah terlalu sangat melanggar batasan norma kehidupan yang tamadun.

Golongan ini telah lupa yang kehidupan didunia yang fana ini hanyalah sementara. Mereka sengaja enggan menerima hakikat dan sentiasa melawan arus dan apabila arus disertai gelombang maka tergolong dan lemaslah ia, nasi sudah menjadi bubur.

Daun daun pokok itu tidak akan bergoyang jika tidak ada angin yang meniupnya dan siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Janganlah kita selalu suka menegakkan benang yang basah, sedangkan yang kering pun susah ditegakkan. Satu jari ditunjukan kepada sesaorang, tiga lagi mengarah kepada diri sendiri.
Waspadalah.

Wednesday, July 15, 2009

Apabila pendudukan haram membawa menafaat.

Siapa tidak mahu keuntungan tanpa bersusah payah? Masaalah setinggan bukanlah perkara baru untuk diperbahaskan atau digembar gemburkan. Tetapi walau apa pun permasaalahan ini tidak kering dan tidak habis habis diperkatakan. Buat ketika ini yang paling hangat adalah Kampung Buah Pala, Pulau Mutiara.

Apakah punca setinggan masih ujud, sedangkan Malaysia dianggap sebuah negara yang kaya dan senang mencarti rezeki dengan syarat rajin dan gigih. Boleh dikatakan setiap rumah sekurang kurangnya memiliki sebuah kenderaan, tak kiralah buruk atau baru. Tapi yang anehnya masaalah setinggan tetap ada, umpama patah tumbuh hilang berganti tidak pernah ada noktah.

Bagaimanakah isu ini dapat ditangani atau mempastikan dapat dihentikan dari patah tumbuh,hilang berganti? Terbitnya permasaalahan ini saya kira dari empunya tanah juga. Dek ingin menafaat tanah yang terbiar supaya sekurang kurangnya dijaga serta bersih diizinkan orang menumpang dan ada juga yang memunggut sewa tapak.

Masaalah akan bermula apabila perkara perkara saperti berikut timbul:-
  1. Penumpang penumpang sudah selesa tinggal ditapak tersebut.
  2. Tanah hendak dijual untuk pembangunan atau keuntungan lain.
Menambah kepada permasaalahan yang sedia ada, masuk pula kumpulan kumpulan tertentu yang memberi pembelaan atau pandangan yang berbeza dari yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara. Ini pun tidak akan membantu kepada menamatkan pendudukan setinggan. Kumpulan ini hanyalah saperti jerung yang lapar menunggu saat membaham mangsa yang leka.

Adakah rancangan PPRT menepati objektiknya. Sama samalah kita lontarkan pendapat masing masing?

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai - kecil atau besar angkanya hakikat PAS menang BN kalah.

Satu lagi episod memperlihatkan kecundangan parti Barisan Nasional. Ini adalah pilihanraya kecil yang kedua dalam pemerintahan Dato Sri Najib. DUN Penanti BN tidak bertanding dan Perdana Menteri baru sahaja mengambil alih jawatan, tetapi di DUN Manek Urai kalah juga.

Sabenarnya apa yang masih tak kena atau apa yang masih kurang atau apa yang dikehendaki rakyat? Pertama liberalisasi perkhidmatan kemudian perbankan diikuti permansuhan FIC dan diganti Equnas dan PPSMI dan yang akhir 11 hadiah sempena 100 hari Dato Sri Najid sebagai Perdana Menteri, Itu pun Barisan Nasional masih gagal. Kenapa rakyat masih menolak Barisan Nasional.

Adakah sesuatu yang pihak kepimpinan Barisan Nasional gagal menemui yang dikehendaki rakyat? Apakah kepimpinan Barisan Nasional masih belum faham faham bahawa bukan pembangunan sahaja yang diperlukan, tetapi adalagi yang belum dijumpai oleh Barisan Nasional atau adakah transformasi Barisan Nasional belum mencukupi?

Apa yang Barisan Nasional perlu lakukan bukanlah post-mortem lagi, tetapi mencerminkan kembali Barisan Nasional dan melihat wajah Barisan Nasional sebenarnya. Ikhlaslah mencari kelemahan dan kecacatan yang sebenar dan keperluan yang harus diambil dan bertindak. Bermulalah dari kepala hinggalah kepenghujong ekor.Insyaallah, jika ikhlas serta jujur hidayahnya akan sampai.

Hutang yang patut ditunaikan.

Perbicaraan 2 pelajar UM 7 Disember

Jika terlalu pandai, timbul habis pandai. Bila pandai dah habis timbul ......... Inilah yang dapat dilihat kepada dua pelajar menara gading Universiti Malaya yang dituduh dimahkamah dibawah tiga seksyen Kanun Keseksaan dan satu lagi dibawah kesalahan trafik. Apakah untungnya, apakah glamournya dan apakah menafaatnya.

Janganlah pula terjadi kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Pelajar pelajar ini sepatutnya berfikir terlebih dahulu matlamat kemenara gading. Timbalah segala ilmu sebanyak mungkin bila berpeluang yang diberi Allah. Mantapkan diri dengan ilmu yang dituntut dan kemudian menafaatlah ia demi agama, bangsa, negara dan juga diri sendiri, dunia dan akhirat. Ini belum khatam lagi dah nak memanjat tinggi, nanti jatuh cacat pula.

Siapa yang patut dipersalahkan, tiada orang lain melainkan diri sendiri. Boleh dirumuskan tahap umur serta pemikiran para pelajar yang belajar dimana mana menara gading adalah dikira matang dan berupaya menggunakan daya pemikiran yang rasional oleh itu gunakanlah peluang untuk menuntut ilmu dengan sebaik mungkin.

Adakah dengan ugutan untuk berdemonstrasi atau sebagainya boleh diyakini akan mancapai sesuatu matlamat? Bagaimana pula kepentingan sebagai besar rakyat Malaysia yang lebih setuju kepada keamanan dan penyelesaian melalui yang lebih tamadun? Adakah hak dan perasaan mereka dimabil kira atau kepada ibu bapa yang tidak mahu anak anak mereka terpengaruh dengan dakyah seumpama ini?

Ketaksuban dan mudah mempercayai kepada sesuatu andaian tanpa bukti yang sahih adalah sangat bahaya dan tidak adil. Kalau ada kebenaran dan bukti, Malaysia tidak kurang dengan peruntukan peruntukan undang undang untuk memberi penyelesaian pada sesuatu isu kenapa tidak patuh? Sikap seumpama inilah yang dikesali.

Bandingkan pelajar pelajar dari kaum lain. Mereka lebih menumpukan kepada mencapai matlamat kenapa mereka berada disitu? Oleh sebab matlamat mereka berlainanlah maka percapaian akademik mereka lebih terserlah dari pelajar bangsa melayu. Akhirnya pelajar pelajar melayu juga yang akan malu tersipu sipu. Janganlah kail panjang sejengkal, ingin menduga dilautan yang dalam. Belajarlah dan tunaikan harapan ibu bapa, itulah hutang yang patut ditunaikan dahulu.

Monday, July 13, 2009

Manek Urai - Akal bukan Perasaan, Selamat Mengundi

Tanggal 14 Jualai 2009, sekali lagi rakyat dikembalikan kuasa mereka dan kali ini bagi pengundi DUN Manek Urai. Dapat dilihat di kawasan tesebut, pertembungan antara PAS dan UMNO berlaku agak lebih berhemah jika dibandingkan dengan kawasan kawasan pilihanraya kecil yang lain. Adalah diharapkan dengan berbaki beberapa jam lagi untuk tempoh berkempen akan tamat, tidaklah ada insiden yang tidak diingini akan berlaku.

Walau pun PAS masih menjadi "front runner" atas sebab sebab yang sedia makluman, tetapi adalah diharapkan rakyat DUN Manek Urai yang layak mengundi lebih menggunakan akal dari perasaan. Akal menjurus kepada keimanan manakala perasaan(nafsu) menjurus kepada syaitan. Riak dan taksub adalah ajakan syaitan jangan diikuti tersiksa badan. Ikut hati mati,ikut rasa binasa.

Oleh itu rakyat DUN Manek Urai, buat pilihan dengan tenang berserta akal, biarlah semua memperolehi kebaikan didunia dan kesejahteraan diakhirat. Timbang sama rata dan sama rasa. Selamat mengundi.

Saturday, July 11, 2009

Memang pakar ...........

Malaysia kini melapurkan Lagi gema gugurkan Rosmah di Unisel.

Agaknya tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Itulah yang dilakukan oleh ketua umum PKR Anwar Ibrahim serta penyokong penyokongnya.

Apalah sangat dengan jawatan chancelor Unisel tu? Kalau setakat nak glamour, jadi isteri Perdana Menteri dah top dah. Oh ya ! ketika itu baru isteri Timbalam Perdana Menteri, itu pun dah habis glamour dah. Tapi yang peliknya kenapakah mereka mereka ini dengki sangat.

Macam macam telah diperkatakan ketas isteri Perdana Menteri, kalau dah kemaruk nak berkuasa dan terasa lebih berwibawa, kerja kuatlah dari sekarang tetapi gentlemanlah sikit, bukan cara pintu belakang. Budak budak Unisel tu pergi berlajar dengan membawa harapan yang menggunung dari ibu bapa janganlah kecewakan ibu bapa dirumah.

Bagi ketua umum PKR, carilah jalan lain yang lebih terhormat untuk bersaing. Dah banyak dah yang hendak dibersihkan nanti tak cukup tangan.

Friday, July 10, 2009

Kenyataan Manoharan melampau, cabar hak

Lantang dan berani sungguh Manoharan mencabar dan saya kira ini adalah kali kedua kenyataan seumpama itu dikeluarkan oleh adun berkenaan. Keberanian yang ditunjukan oleh beliau adalah semata mata keberanian sebagai ahli politik dan tidak lebih daripada itu.

Pada hemat saya, tindakan adun itu bersandarkan ideologi parti DAP yang diwakilinya yang memperjuangkan 'Malaysian Malaysia." Semasa beliau mengutarakan pendapatnya untuk membumiputerakan semua rakyat Malaysia yang tersirat tak lain tak bukan adalah menuju kepada wawasan Malaysian Malaysia dan secara langsung atau pun tidak berkehendakan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia dalam artikel hah hak keistemewaan orang melayu dan bumiputra. Itulah matlamat DAP sebenarnya. Kalau ini dibiarkan berlaku apa akan jadi pada orang melayu, kaum bumiputra dan institusi raja raja melayu? Kemungkinan besar Malaysia akan direpublikan.

Perjuangan parti DAP berhubong dengan Malaysian Malaysia tidak pernah luntur dan sentiasa diibaratkan sebagai "api alam serkam" menanti kekuatan tiupan angin sahaja. Kuatnya hembusan angin, se makin maraklah serkam yang terbakar dan semakin medidihlah semangat membebaskan kebelenguan. Itulah sebenarnya mimpi yang mungkin jadi kenyataan dalam suasana lanskap baru politik Malaysia.

Kenapa dan apakah asas yang telah menyebabkan tercetusnya ancaman kepada hak hak keistemewaan orang melayu dan bumiputra dipandang sangat negatif kebelakangan ini? Dimana punca dan sebab musabab orang orang melayu amnya dan UMNO khasnya diperlekehkan sedemikian rupa? Lagi menyedihkan apabila bangsa sendiri turut memperkecilkan bangsanya sendiri. Memperkecilkan dalam bentuk kritik membina boleh diterima, tetapi kritikan memperlekehkan hak hak orang melayu sebagai kaum terdahulu, sebagai kaum yang diberi keistemewaan termasuk institusi raja raja tidak dapat ditelan begitu saja oleh saya. Hakikat tetap hakikat, dan janganlah sesekali dibiarkan dipersendakan oleh kaum lain dengan mempergunakan kaum melayu yang tak sedar diri.

Dimana pincangnya yang membuat kerajaan hari ini, para penyokongnya serta orang melayu yang mempertahankan hak hak keistemewaan orang melayu dipandang hina, pemeras dan kolot?
  1. Kekukuhan kekuatan ekonomi kaum minoriti.
  2. Kesepaduan kaum kaum minoriti.
  3. Keupayaan mempengaruhi sebilangan kumpulan intelek orang melayu.
  4. Kegagalan dalam banyak dasar kerajaan mencapai matlamat membantu orang melayu.
  5. Perpecahan orang melayu disebabkan kecewa, kerakusan pada kuasa dan material.
  6. Kerajaan pada hari ini nampak desperate selepas PRU12.
  7. Segala kekeliruan dan persoalan terhadap akhlak dan tanggapan negatif tidak diperjelaskan.
  8. Pemimpin pemimpin yang dianggap tidak jujur masih dikekalkan.
  9. Kronisme, nepotisme dilihat masih diamalkan.
  10. Rasuah dan Jenayah tidak ditangani dengan sepatutnya.
  11. Hak Hak asasi manusia dikatakan ditindas tiada penjelasan yang kukuh.
  12. Badan Kehakiman dirasakan ternoda pun tiada penjelasan.
  13. Rasuah politik.
  14. Kemelut kerajaan negeri Perak.
  15. Networking dengan badan badan berpengaruh antarabangsa.
Diatas, adalah sebahagian dari banyak lagi sebab musabab yang membuat parti parti pembangkang serta penyokong penyokong mereka begitu ghairah memperlekehkan kerajaan hari ini serta kumpulan orang melayu yang masih mendaulatkan perlembagaan sekarang. Terkini kerajaan dinampak terdesak dengan mengikut sedikit demi sedikit rentak tari pendesak pendesak yang condong kepada pembangkang ini pun salah satu faktor mereka mereka ini semakin berani. Apakah pendekatan yang harus orang melayu dan kerajaan ambil? Tindakan pertama adalah penyatuan semula orang melayu, buang yang keruh ambil yang jernih berlandaskan agama Islam sebagai pedoman. Mungkinkah ini boleh dilaksanakan?

Thursday, July 9, 2009

Ghairah yang membawa Rebah

Kerajaan serta pemimpin yang memerintah perlu belajar dan mengambil iktibar sebelum memperkenalkan serta melaksanakan sesuatu polisi. Kerajaan harus mengambil kira pelbagai aspek yang akhirnya menjadi pembaziran, bahan ketawa dan cacian dan yang paling tak cerdik membuat rakyat pening dan tertanya tanya, apa kesannya, untuk siapa dan bagaimana mengikuti perkembangannya.

Kerajaan yang prihatin harus ingat bahawa kefahaman rakyat terutama rakyat macam saya yang berpelajaran menengah sahaja, jangkauan kami tidaklah sehebat Perdana Menteri atau menteri menteri yang lain. Apa harus kerajaan laksanakan dalam usaha mengurangkan, salah faham, kekeliruan dan dalam masa yang sama dapat menangkis lagi kekeliruan yang bakal ditimbulkan oleh pihak pihak yang menangguk diair keruh.

Dalam 100 hari kepimpinan Perdana Menteri telah banyak membuat perubahan drastik yang telah ditonjolkan tetapi kita terdengar ada yang memuji, ada yang mahu lebih lagi dan ada yang tidak memahami apa apa langsung tentang justifikasinya.

Ia masih berada dalam ingatan, bahwa Perdana Menteri yang baru membuat kenyataan bahawa,"government does not know all", oleh itu adalah dinasihatkan bahawa kerajaan lebih prihatin untuk memaklumkan setiap misi, polisi kepada rakyat dengan terperinci dan bukan pergi berucap sini sentuh sikit, sana sentuh sikit, lama lama rakyat yang terhad ilmunya keliru dan pening.

Berpesan lagi saya kepada Perdana Menteri serta kabinetnya, sikap kerajaan hendaklah saperti seorang guru yang berdedikasi, terpaksa merendahkan ketahap pemikiran rakyat yang majoriti, bukan hanya ketahap intelektual sahaja. Jangan lupa rakyat yang tak intelektual ini lebih bilangan dari intelektual dan demokrasi Malaysia ini memilih kerajaannya dan bukan dlantik.

Ambil contoh PPSMI, baru enam tahun dilaksanakan telah pun dimansuhkan dan hayatnya akan dmuktamadkan pada 2014. Saya tidak mahu mempertikaikan tentang polisi PPSMI, apa yang saya ingin utarakan disini semasa pelontaran polisi ini dikemukakan. Saya percaya semasa cadangan ini dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, ia dibawa kemesyuarat kabinet dan hebahan kepada rakyat jelata. Soalannya kenapa ketika itu tidak ada sebarang bantahan dari mana mana pihak yang kononnya sayangkan bahasa? Adakah tidak berani, berkepentingan sendiri atau kurang cerdik untuk berdebat dengan Dr.Mahathir?

Walau apa pun keputusan telah dibuat, kerugian terpaksa diterima, perbelanjaan baru terpaksa dikeluarkan. Yang pasti yang mahu kepada pemansuhan akan berasa kemenangan dan yang mempertahan akan rasa terkilan. Polisi pembelajaran tidak akan mati, oleh itu usahlah sesiapa merasa kecewa, waima kepada mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir sekali pun.

Apa yang mengecewakan,ya! apa yang mengecewakan adalah, sikap kerajaan sebelum ini mempertahankan dalam setiap pengumuman keputusan UPSR, PMR dan SPM bahawa PPSMI telah menunjukan percapaian yang baik dan sangat positif, tetapi Mentri Pelajaran yang baru pula berkata, matlamat serta objektif PPSMI terlalu perlahan untuk mencapai matlamatnya dan selama ini PPSMI dipelajari dengan mengunakan PPSMI/BM. Siapa yang bersalah jika ini berlaku?

Adakah ibu bapa, murid, guru guru, pengetua, Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran atau siapa lagi? Pada hemat saya yang bersalah sekali adalah pelaksanaanya. Jika ada garis panduan, adakah ia dipantau dan adakah koreksi dibuat? Kedua dan yang paling mustahak ialah guru guru itu sendiri, jika lemah belajar, tetapi apa yang kita ketahui adakala guru sendiri pun tidak berupaya membatangkan sesuatu perkataan dengan betul dan kelemahan guru guru seumpama ini telah menjadi bahan ketawa setengah tengah murid. Pantau sendiri ini adalah realisti dan ada guru guru yang takut bertutur dalam Bahasa Inggeris . Habis habis tidak mahu bertutur sebab semanggat nasionalisma.

Sampai bila hendak berselindung dibalik selimut nasionalisma? Bangsa lain apa saja kerajaan tawarkan semua disambut sebagai cabaran tetapi tidak pada orang melayu, amat menyedihkan. Oleh itu apa polisi sekalipun, walau baik mana pun, jika tidak ada perlaksanaan dan pantauan yang betul dan ikhlas apa pun tidak akan baik. Begitu juga dengan agama Islam, agama menyuruh penganutnya berbuat baik, tetapi jika enggan mentaati, orang luar akan melihatnya sebagai tidak baik melainkan penganut itu istihar keluar dari agama Islam. Ingatlah, jangan terlalu ghairah membuat terlalu banyak perubahan sehingga tidak cukup mulut menguyahnya, silap silap ia akan membawah rebah.

Monday, July 6, 2009

Sudahkah Kita Tak Berdaya?

Apakah yang telah melemahkan bangsa melayu? Itulah persoalan yang sedang bermain dikepala ini apabila terbaca rencana Awang Selamat yang tersiar diportal Malaysiakini,"Awang Selamat: Melayu sudah diambang kejatuhan..." 05.07.09.

Adakah begitu tempang sekali bangsa melayu dalam era globalisasi ini? Apakah yang terlalu dikejarkan oleh orang melayu sekarang atau apakah yang mengasyikan sehingga mereka begitu lalai? Terlalu banyak kemungkinan dan terlalu banyak telahan untuk diperkatakan atau diperbincangkan. Ada yang benar, ada hanyalah tanggapan atau andaian dan ada juga berupa fitnah. Walau apa pun semua istilah ini masih akan mengusik perasaan bagi yang merasa, tak kurang juga yang tidak mengambil pusing walau pun menyedarinya dan yang ditakuti yang dalam khayalan, tidak sedar sedar.

Kewujudan ini sudah tentu akan
merunsingkan pada yang sayangkan bangsanya. Sudah pasti soalan soalan pada para dua diatas bermain main dikepala setiap yang sayang. Apakah cara yang terbaik atau pendekatan terbaik patut diambil. Bagaimanakah rambut didalam tepung itu boleh ditarik, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak ?

Adakah permasaalahan ini dibiarkan saja kepada kerajaan untuk diselesaikan? Soalannya, adakah kerajaan sekarang berkemapuan? Memang ini satu soalan yang"gila" atau "bodoh" tetapi realitinya mampukah semuanya dihempapkan keatas kerajaan semata mata. Apakah sumbangan bangsa melayu kepada kerajaan dan negara Malaysia yang telah banyak membantu dan menongkatkan ketempangan orang melayu selama ini?

Apa orang melayu sememangnya "kacang lupakan kulit", habis madu sepah dibuang? Janganlah ditelan bulat bulat pada orang yang menanam tebu ditepi bibir, sehingga terjadi saperti mendengar guruh dilanggit air ditempayan dicurahkan, tetapi hujannya belum pasti, mati kehausan dibuatnya.

Mungkin ada yang berpendapat, itu adalah tanggung jawab kerajaan untuk mempastikan kesejahteraan rakyatnya. Hakikat ini memang tepat dan diterima, samalah juga dengan tanggung jawab ibu bapa keatas anak anaknya. Tetapi ada satu perpatah inggerris yang bunyinya begini," We can take the horses to the river but we cannot make the horses drink the water", atau pun " you have to help youself in order to help you."

Terfikir saya tentang satu "remark" yang telah diperkatakan oleh seorang kenalan lebih kurang 20 tahun yang lalu, tetapi remark ini lebih menjurus kepada rasuah.Walau bagaimana pun remark ini ada relevannya dengan kedudukan orang melayu sekarang jika sesuatu tindakan pembelaan nasib orang melayu tidak ditemui. Katanya, " Itu kulit dia sudah anggkat, isi pun dia ambil, sekarang tulang pun dia mahu, apa gua tinggal lagi?"

Oleh itu marilah kita sama sama merenung nasib kita orang melayu, jangan terlalu sombong untuk mengakui kesilapan dan kelemahan kita. Saya juga berdoa agar para pemimpin akuilah juga kesilapan kesilapan yang lalu dan ikhlaslah dalam memimpin kami.












Sunday, July 5, 2009

Masa sudah tiba untuk bermuhasabah

Saya kira sudah masanya semua umat melayu islam memulakan muhasabah diri. Bermuhasabah meneroka mekanisme untuk mempertahankan agama islam yang suci, maruah bangsa yang berpecah dan credibiliti negara yang tercemar.Terokailah kesilapan sendiri dan bukan orang lain.

Selepas pilihanraya umum ke-12, apabila pihak Pakatan Rakyat meraih sokongan yang tidak terduga, phak pihak yang telah lama kepingin kuasa mula menunjukan kemaruknya. Pihak pihak yang berkenaan merasa merekalah segala galanya. Undang undang tidak dihormati, keadilan jabatan kehakiman dipersoalkan, penguat kuasa undang undang ditomahkan, kewibawaan pemimpin pemimpin kerajaan persekutuan diperkecilkan, keistemewaan orang melayu dipertikaikan.

Malah kemasukan abad ke21 ini dilihat bukan manusia bertambah maju, tetapi berbalik kezaman jahiliah. Apa tidaknya, rata rata memperjuangkan hak homoseksual yang kononnya itu adalah hak asasi. Kalimah Allah dipersendakan, Junjogan besar Nabi Muhammad saw di hina pun tidak ada perasaan, berbogel dihalalkan walau pun didalam rumah, mencarut dihalalkan. Orang melayu dahulu adalah sinonim dengan Islam tetapi pada zaman zaman mutakhir ini bila kaum kaum lain menulis perkataan "melayu" penulis tersebut mesti membuat perbezaan dengan menulis "malay muslim" atau melayu muslim. Apa sebabnya, sebab sekarang ini mungkin sudah banyak orang melayu dewasa ini sudah tidak muslim. Inilah malapetaka, sedikit demi sedikit akan terhapuslah orang melayu dan islam dek mengejar keduniaan yang berlebihan.

Sama ada orang orang yang mengelarkan diri mereka pemimpin, terpelajar dari keterunan melayu dan beragama islam sedar akan hakikat ini adalah tanda tanya yang amat besar? Dimana saja kita berkunjung kita tak akan terlepas pandang keatas aksi aksi keruntuhan akhlak anak anak muda kita. Ini mereka istilahkan sebagai tamadun dan liberalisasi, " lu punya kubur lu jaga wa punya wa jaga" itulah salah satu cara perbualan sekarang.

Dengan rendah diri, saya berdoa kehadrat Allah swt, agar umat melayu islam dan insan insan islam diseluruh dunia akan sedar akan situasi terancam ini. dan sangat sangat berharap kesedaran datang sebelum terlambat. perpatah dalam bahasa Inggeris, "blood is thicker than water" masih ada kebenarannya. Sedarlah insan insan islam dan istilah "greed is the root of all evil" pun masih relevan.Janganlah termakan dengan slogan,life is so short, give peace a chance" kata kata itu adalah kata kata "colonialist"janganlah kita terperangkap sebabnya,"pelanduk selalu melupakan jerat,tetapi jerat tidak lupakan pelanduk" waspadalah akan keasyikan kerana keasyikan itu adalah perangkap.

Saturday, July 4, 2009

I stood up for human rights - whose side of human rights

Discussing on human rights can sometime be endless. Every individual has their own views and interpretations of one's right. The onerous is, how to conclude as to whether human rights had been breached. A more circumspect actions should be in placed and to genuinely assess the infraction.

Probably there are guidelines but to rigidly observed, it may not be seen as appropriate or will be less prudent to conclude the rights had been denied.

Taking the tumult caused in Perak. What precipitated the situation? Was Barisan Nasional actually robbed the government of Perak from Pakatan Rakyat? What evidential materials has Pakatan Rakyat produced ito that effect? Was it not strikingly odd or strange for pakatan members not to be warned or sensed of any defection? How in the world pakatan is going to rule a state or for that matter a country if they failed to tap the only31 elected representatives' allegiance? What sort of competency we are talking about, as far as Perak scenario in question?

In the name of justness, suhakam should have had evaluated the fracas meticulously, as to be seen and accepted as one impartial and reliable contentions. There are more simpler and honourable avenues to resolve the turmoils but with conditions, all self interest be discarded by the interested parties.

Is dissolution to Perak State Assembly and conduct a new election is the only solution and perceived parallel to human rights? How about those who despised a new election, and felt that there are other more honourable avenues yet to be explored (apart from going to court)? Don't this group too need their rights to be protected?

Friday, July 3, 2009

Azizan lebih berpendirian dari yang lain.

Dalam mengamati kancah politik negara, berbagai isu di timbulkan dan kebelakangan ini tumpuan dijurus kepada perkembangan ikatan Pakatan Rakyat yang baru satu tahun empat bulan, bermacam macam ketidakstabilan dan tiada persefaham telah terdedah. Ibarat mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia.

Memerhati pada isu isu yang telah menjadi bualan semasa, antara yang konsisten dengan satu satu keputusan dan berpendirian adalah Menteri Besar negeri Jelapang Padi Datuk Seri Azizan.

Azizan telah memperlihatkan lebih berpendirian bukan sahaja tegas dalam satu satu keputusan juga cara beliau berpolitik tidak menggunakan cara "character assassination" dan tidak pula suka menyalahkan siapa.Sebagai seorang pemimpin walau apu pun ideologi politiknya dan tujuan berbeza , tetapi satu satu keputusan itu seharusnya dibuat demi kepentingan majoriti dan realistik dan bukan untuk populariti atau berharap dicalun lagi. Salah atau tidak bukan masaalah aku janji PRU sekali lagi menang. Itu bukan sikap pemimpin tapi lebih pada sikap penyamun.


Contoh tempat penyembelihan babi, mungkin sudah tiba masa tempat itu sudah tidak sesuai dan patut dipindah, apa yang digembar gembur sangat. Jangan jadi macam Perak Mentri Besar ikut telunjuk DAP sampai tanah tol pun diberi hak milik sementara sampai 999 tahun. Inilah punca yang sedang berlaku diKampong Buah Pala, semuanya berpunca miliki sementara tanah orang dibuat macam sendiri punya. Kalau dibiar tempat sembelih babi ini pun akan berakhir serupa Kampong Buah Pala dan juga kawasan setinggan yang lain.


Apapun syabas! Datuk Seri, jangan terikut ikut saperti yang lain yang suka berdolak dalik sudahlah, Allah Maha Mengetahui.

Thursday, July 2, 2009

Belang Belang Mula Terserlah!

Dalam tempoh masa dua hari Pakatan Rakyat terpaksa dudok berbincang tentang kerjasama parti parti didalam Pakatan Rakyat. Sungguh sungguh berwibawa!

Kenapa boleh jadi begini, dan adakah rakyat yang menyokong itu sokong, kerana mempercayai janji manis Pakatan Rakyat atau sekadar menunjuk protes terhadap salah laku Barisan Nasional atau ingin mencuba yang baru?

Pakatan rakyat dibentuk oleh tiga parti pembangkang yang berpengaruh iaitu PAS, PKR dan DAP. Ketiga tiga parti ini jika kita amati mempunyai ideologi tersendiri.

PAS masih juga berpegang kepada konsep Islam, walau pun slogannya sekarang "PAS for All", lihat sahaja apa komen Presiden PAS yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

PKR saperti semua maklum untuk mencapai cita cita ketua umumnya sahaja yang diibaratkan,nasi sudah berada dalam tangan tunggu hendak suap,tiba tiba "CAT" dalam melarikan diri terlanggar, nasi habis bertaburan diatas lantai.

DAP, walau pun penubuhannya dikatakan sebuah parti multinational tetapi sejarah telah menunjukan parti itu adalah gantian dar parti PAP Singapura. Perjuangan parti itu pun dilihat terlalu condong kepada kaum cina sahaja dan masih memperjuangkan "Malaysian Malaysia". Lihat sahaja bila diberi peluang.
Pakatan calls emergency meeting to salva...
UMNO gagal jadi model perpaduan - Hadi
DAP pulls out of Kedah government
Hindraf chief calls Guan Eng a ‘heartl...
Kg Buah Pala: PKR youth chief raps Lim
Hindraf vs Lim: War of words continue

Saya menyerulah pada peyokong penyokong pakatan rakyat khasnya, dan kepada yang terlintas dengan dakyah mereka fikirlah beribu ribu kali pada mana mana pilihanraya kecil atau PRU 13 untuk memeberi mandat pada mereka. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.




Wednesday, July 1, 2009

Frustrated villagers want Lim to quit - Kampong Buah Pala

Who else is more reliable if not the father to come to the rescue.

Quoted from The Malaysian Insider by the older Lim

He blamed the problem on the previous Penang Gerakan state government which had sold the 2.6 hectare land to a private developer, at RM10 a square foot.

Lim said the developer is planning to build 490 condominium units and had estimated the development value to be RM150 million, leaving the present state government to deal with the mess.( The Malaysian Insider 01.07.09)

Quoted from Malaysiakini by the younger Lim

Penang CM Lim Guan Eng slams Hindraf over the Kampung Buah Pala controversy and claims that the movement has been infiltrated by BN collaborators. (Malaysiakini 01.07.09)

Both statements, the father and the son has one thing in common, blamed others and not themselves. Have they forgotten why Koh Tsu Koon and company was not returned? Since they are so confident that they are more capable why don't DAP led state government put things on the right track. The opportunity is just right infront of their doorstep, why slamped the door? Did anyone hear we are the rakyat's champion? Has the CAT ran away twice?

Come on, if you wish to take a government, you must have the expertise to rectify the irregularities. The rakyat is just interested on their well being and not just to listen to excuses and "tai-chis." The Kampong Buah Pala issue was raised about two years ago, what are the proactive actions taken by the state government while waiting for the court final decision? I presumed the CAT ( competency, accountability and transparency) really ran away for good.