Sunday, January 31, 2010

Makin lantanglah Guan Eng DAP - Zahrain dirujuk kebadan disiplin PKR!


Tsunami 2008 mengigit balik penyokong yang bermimpi ingin perubahan. Sekarang bukan sahaja pihak pihak NGO yang mula terasa bahang niat sebenar DAP tetapi rakan rakan komponen gagasan Pakatan Rakyat dan mula sedikit demi sedikit menyuara perasaan tidak puas hati mereka. Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia

Tetapi sejauh mana rakyat Pulau Pinang akan sedar akan ketidakadilan pihak DAP ini. Kebiasaannya tidak banyak rakyat atau wakil wakil rakyat dapat lakukan. Rakyat atau wakil rakyat yang sedar akan kesilapan kerajaan hanya diibaratkan meluahkan perasaan mereka. Tetapi luahan itu hanya boleh diibaratkan saperti perumpamaan "anjing menyalak bukit." Hakikat inilah Guan Eng tidak hairan tentang rugutan atau bantahan sesiapa. "The Star. Bertambah berani lagilah Ketua Menteri Pulau Pinang dengan berita bekas Ketua Perhubongan PKR Pulau Pinang itu akan dirujuk kepada badan disiplin parti PKR(berita TV3 jam 8.00 pm 31 Jan 2010).

Tindakan pimpinan PKR merujuk ahli Parlimen itu telah dijangka untuk menjaga hati kawan, apabila orang kuat DAP Lim Kit Siang menyuarakan keadaan Pakatan Rakyat ketika ini. The Star. PKR juga bagai diduga, tidak memperdulikan keadaan rakyat atau rungutan ahli ahlinya akan dilema rakyat Pulau Pinang. Apa yang menjadi agenda pimpinan PKR ialah melepaskan tuduhan liwat ketua umumnya dan mengambil hati rakan komponen Pakatan Rakyat yang lain agar Anwar Ibrahim dapat merasa kerusi Perdana Menteri Malaysia supaya tidak kempunan apabila dipanggil Allah SWT. Utusan Malaysia

Walau apa pun tomahan dilemparkan keatas Zahrain, kita harus ingat apa yang dinyataka mungkin ada kebenaran. Umpama perpatah melayu "jika tidak ada angin masakan pokok akan bergoyang?" Lagi pun sebagai pemimpin kanan PKR tak akan Zahrain tidak sedar tindakan boleh diambil oleh partinya atas apa yang beliau katakan. Atau meletupnya berita ketidak puas hati Zahrain ini mungkin juga disebabkan "I rubbed your back,why you never rub mine?" Beginilah liciknya politk DAP yang berjaya diumpankan kepada PKR dan PAS yang diketahuinya gila kuasa ini.

Kesilapan telah pun berlaku, insyaallah apabila datangnya PRU 13 ini marilah kita balik kepangkal jalan. UMNO pun kenalah cepat cepat tunjuk perubahan. Bertolak ansur bertolak ansurlah, tetapi bertolak ansur itu biarlah bertempat. Adalah diharapkan para pemmpin UMNO taklah terikut ikut dengan tindak tanduk ketua umum PKR, apa pun tak apa janji aku boleh jadi Perdana Menteri.

Marilah kita hayati akan kenyataan Tun Dr.Mahathir, quote:" tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri." unquote. Berita Penuh.

Saturday, January 30, 2010

DAP tidak hirau ugutan DPMM PP dan 23 NGO Melayu! Kenapa?

Walau pun dua hari yang lepas pihak DPMM PP bersama 23 NGO telah menyatakan akan menutup semua pintu rundingan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran tindakan keatas peniaga peniaga kecil melayu yang dikatakan tiodak adil. Ugutan ini tidak sedikit pun dihiraukan langsung oleh kerajaan negeri pimpinan DAP malah bertambah ghairah lagi mempergunakan peguat kuasa majlis bandaran bertindak keatas peniaga peniaga melayu. Utusan Malaysia .

Sudah tentu ada sebab musababnya yang menghalalkan kerajaan pimpinan DAP itu berani bertindak sewenang wenangnya. Bagaimana pula dikawasan Air Itam, Lorong Selamat, Jalan Pengkalan Weld, Jelutong, Lebuh Chulia dan lain lain lokasi yang mana perniagaan dijalankan oleh peniaga bukan melayu, kenapa tidak diganggu walau pun persekitaran lokasi lokasi tersebut sangatlah memualkan serta menggangu arus trafik dan membahayakan pengguna jalan raya?

Jawapan yang pasti ialah orang melayu lemah (dah kira minoriti diPulau Pinang), pemimpin melayu lemah, (UMNO terlalu bertolak ansur jaga hati kawan konon). Mungkin ada kebenaran saperti apa yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir,"melayu tak boleh jual negara, mereka akan jual pasir", MalaysianMirror. Adakah ini satu benaran? Jangan melenting atas apa yang dikatakan oleh Tun, sebaliknya orang orang melayu kena buktikan bahawa orang melayu tidak bersikap demikian.

Nak kata kerajaan negeri Pulau Pinang itu baik pentadbirannya, haprak juga. Konon dengan slogan C.A.T.nya mencerminkan kewibawaan mereka. Tahi kucing ada nampaklah tapi "Competency, Accountability dan Transparency" entah hilang kemana. Lihat saja projek naik taraf Gurney Drive pun tak boleh kawal kontraktor.Bukanya besar sangat, projek baru bernilai RM500,000.00 dah tak mampu dan selia. New Strait Times . Adakah ini mencerminkan CAT atau hanya cat's shit?Tak tahulah berapa banyak cat's shit yang tersimpan untuk dijadikan baja kut?

Bagaimana kerajaan DAP ini nak ada "good governance", sebab niat mereka nak ambil alih kuasa adalah semata mata nak hapuskan apa yang mereka rasa dan fikir selama ini dinafikan oleh UMNO/BN yang dinikmati oleh orang orang melayu dan bumiputra (dendam). Tetapi orang orang melayu yang kurang cerdik, kecewa, gila kuasa tak kisah, walau pun bangsa sendiri ditindas, janji mereka akan beroleh sedikit untung lantaklah melayu. Lihat apa yang dikomen oleh Tun Mahathir, Utusan Malaysia . Bunga bunganya pun dah kita boleh lihat sekarang akan ketidak sefahaman mereka. New Strait Times , dan The Star , serta New Strait Times begitu juga ini Berita Harian.

Mencari kesalahan diatas mungkin lebih mudah dari kesalahan sendiri. Dimana kesalahan orang orang melayu sehingga kaum kaum bukan melayu begitu tidak senang hati dengan polisi polisi yang didakwa melebihkan orang melayu dan bumiputra sehingga kaum kaum lain merasai mereka ini hanyalah "second class citizen" dan kerajaan BN sekarang mengamal pemerintahan ala aparteid? Itulah dendangan DAP untuk meraih sokongan yang tidak berbelah bagi dari sesiapa sahaja yang terasa kecewa dan diabai.

Apa betul selama ini hanya kaum kaum bukan melayu sahaja yang tersisih? Bagaimana pula dengan orang orang melayu, kesemua orang orang melayu diberi perhatiankah? Kalau betul orang orang melayu tidak terabai kenapa mereka boleh berpaling tadah kepada bangsa mereka sendiri? Adakah selama ini dasar dasar kerajaan BN telah melakukan ketidakadilan? Ataupun dasar dasar itu baik, tetapi perlaksanaan tidak sampai kesasaran?

Apa pun jawapannya sudah tidak penting? Apa yang perlu diberi perhatian adalah orang orang melayu sudah mula hilang punca dan mula gelabah tak menentu dan orang orang lain dah mula menangguk diair yang keruh. Orang orang melayu ketika ini nampak diperlukan adalah disebabkan Perlembagaan Negara yang telah mengariskan hak hak istemewa untuk orang orang melayu dan bumiputra. Apa yang diperlukan sangat oleh puak puak cauvinis ini ialah majoriti dua pertiga diParlimen untuk meminda Perlembagaan Negara. Selepas itu orang orang melayu yang menyokong mereka akan hanya diibaratkan "habis madu sepah dibuang." Awaslah!

Beberapa langkah telah pun diambil oleh pihak cauvinis ini. Pertama memecah belahkan orang melayu dan sekarang mengetahui kaum bumiputra diSabah dan Sarawak kebanyakannya menganut agama kristian mereka telah menggunakan simpati gereja untuk memecah belahkan orang melayu serta bumiputra muslim dengan bumiputra kristian. Inilah permainan mereka dan orang orang melayu yang kecewa pula, diperkudakan oleh cauvinis ini.

Dilihat sudah ada orang orang melayu dari puak puak kecewa ini dah sedar, tetapi kulit mereka masih tidak begitu tebal untuk memohon maaf dan hati mereka masih mencurigai. Inilah the "missing link" yang perlu dicari agar suara kita orang melayu didengar semula dan dihormati semula. Buat masa ini sudah lahir beberapa NGO untuk membela nasib orang orang melayu, perkuatlah pertubuhan pertubuhan ini. Bersatulah kita, serta betulkan akhlak kita, demi agama Islam dan bangsa melayu. Tegakan Islam! Hiduplah Melayu!

Friday, January 29, 2010

Masih berupayakah UMNO? Akhirnya kita akan diadili Allah SWT.

Isu kalimah Allah sudah berlanjuta dan kemuncaknya mungkin akan tiba dengan perkembangan perkembagan yang tidak menyenangkan akhir akhir ini. Kenapa rayuan pihak kerajaan masih belum berkeputusan lagi? Adakah pihak mahkamah terlalu banyak "back-log" sehingga isu yang sebegini penting terpaksa mengikut giliran juga?

Adakah isu saperti kalimah Allah yang begitu suci bagi umat Islam yang bertaqwa tidak penting diambil tindakan segera? Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah ada arahan arahan tertentu supaya rayuan ini tidak disegerakan kerana kerajaan masih berfikir walau pun fatwa telah dikeluarkan? quote, "Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, pihaknya tetap mempertahankan kalimah Allah sebagai "hak eksklusif" umat Islam." unquote. Berita lanjut

Saranan pihak Perkasa agar pihak kerajaan menggunakan undang undang pencegahan saperti ISA atau pun Ordinan Darurat Berita Penuh akan membawa kepada penyelesaian dan memuktamad isu ini atau ia akan tetap membara saperti "api dalam serkam" Baca Ini dan Baca Ini .

Adakah UMNO semakin lesu dengan perubahan lanskap politik Malaysia? Adakah para pemimpin UMNO tidak ada yang berprinsip saperti Ahli Parlimen Zulkifli Nordin. Kalau tidak ada, bererti UMNO belum berubah, masih mementingkan kekayaan dunia melebihi akhirat.

Adakah para pemimpin UMNO juga menjadi boneka saperti pemimpin melayu Pakatan Rakyat? Inilah salah satu akibatnya jika bangsa melayu berpecah dek nafsu peribadi masing masing dan jika ini berlarutan maka semakin banyaklah orang orang melayu akan hilang keyakinan terhadap UMNO. klik ini dan klik ini

Adakah dengan mengikut telunjuk akan mempastikan sokongan, begitu cetek sekalikah pemikiran ahli ahli UMNO? Tiadakah ada cerdik pandai dalam UMNO untuk menangani perubahan lanskap politik sekarang selain mengikut telunjuk? Jangan berulang dua kali kesilapan saperti slogan, "Jangan kerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya", tau tau cakap tak serupa bikin.

Oleh itu sedarlah wahai UMNO, jangan tergelincir dari perjuangan asal, baliklah kepangkal jalan dan pohonlah ampun kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT itu mahu pengampun.

Thursday, January 28, 2010

Salah sendiri kerana tak bersatu! Bukan salah orang lain.

Berita yang tersiar dalam Utusan Malaysia bahwa DPMM PP bertekad akan menutup pintu rundingan dengan kerajaan negeri dilihat ada baik dan buruknya. Berita penuh. Baiknya badan tersebut memberi isyarat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP bahawa sudah sampai masa persatuan persatuan orang orang melayu bertindak diatas ketidakadilan Pakatan Rakyat. Tetapi yang tidak baik pula dimanakah saluran ketidakadilan ini hendak dipanjangkan untuk penyelesaian?

Adakah dua tiga kerat (pinjam kata kata YB Azhar) pemimpin melayu dalam Pakatan Rakyat sedia dan ikhlas menolong? Sedangkan Timbalan Ketua Menteri melayu yang ada, nak sapu lagi adalah, sehingga wang zakat pun nak ambil alih. Bodoh sangatkah pegawai pegawai MAIPP sehingga perlu kerajaan negeri mentadbir wang zakat? Itulah senario nasib orang orang Pulau Pinang sekarang. Puak puak UMNO pula terlalu bertolak ansur, kononnya nak jaga hati komponen komponen lain.

Dulu semasa Barisan Nasional berkuasa dan Pulau Pinang dibawah Koh Tsu Koon sudah dianggap buaya dan orang melayu kononnya nak perubahan sekarang apa sudah jadi? Keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau (hari hari mau)!

Sebenarnya UMNO Pulau Pinang perlu tegas dan perlu menyatakan pendirian kepada Presidennya. Apa yang dilihat Presiden UMNO dah agak "over" untuk memenangkan hati kaum kaum bukan melayu untuk meraih sokongan sehingga dilihat macam kena ugut pula. Begitu juga dengan saranan gagasan 1 Malaysia dah muak dan wang rakyat pun dah banyak habis tetapi objektif 1Malaysia masih tak dihayati malah bertambah rendah tahap perpaduan kaum.

Seperkara lagi untuk berjaya orang melayu perlu bersatu tanpa kira fahaman politik, tanpa kira kekecewaan yang lalu, tanpa dendam, tanpa persepsi gaya hidup yang dipilih dan perasaan hasad dengki. Buang semua ini, kerja lebih rajin dan ikhlas bagi mencapai satu matlamat iaitu kesejahteraan orang melayu. Tetapi kalau ada duri dalam daging, musuh dalam selimut dan nak jaga tembolok sendiri boleh cakap sajalah, satu apa pun tak akan berjaya.

Oleh demikian pendekatan yang pertama carilah kesepakatan dan perpaduan orang melayu. Tetapi apa bila sudah berjaya janganlah pula berebut rebut nak jadi ketua nanti berpecah lagi dan tak kurang yang akan merajuk sebab tak dipilih atau pandangan tak diterima. Semua ini tak seharusnya timbul dan sentiasa perlu kesabaran untuk mencapai objektif penyatuan orang melayu. Jadilah penyatuan orang melayu saperti seberkas lidi. Bertolak ansur pun biarlah bertolak ansur yang berprinsip antara hak dan bathil.

Wednesday, January 27, 2010

Adakah YB Zul akan teguh imannya?


Antara Islam dan parti, YB Zul telah menegaskan Islam nombor satu dan parti nombor dua. Jika ini benar inilah satu pengakuan dan ketegasan seorang wakil rakyat yang berani. Tetapi dalam politik sikap dan kerenah adalah berbagai. Hari ini kawan, besok musuh dan begitulah sebaliknya. Ada saja alasan yang akan diberi walaupun adakalanya alasan alasan diberi itu saperti kartun dan tak munasabah langsung

Oleh yang demikian kita lihat dan tunggu sejauh mana kukuhnya iman YB Zul ini. Saperti kita maklum, kalaulah YB Zul ini dianggap liabiliti kepada PKR dan seterusnya kepada Pakatan Rakyat kenapa tidak ada sebarang tindakan serious diambil keatasnya? Dua insiden yang lalu juga menimbulkan kemarahan penyokong penyokong Pakatan Rakyat.

Saya kira PKR juga sama saperti PAS, tidak ada keberanian dan tak berprinsip. Lihat sahaja badan disiplin PAS terpaksa tangguh lagi keputusan tindakan keatas dua wakil rakyatnya. Mungkin sebab persamaan inilah yang menyatukan mereka dan akhirnya dicucuk hidung oleh DAP.

Perjuangan parti parti komponen Pakatan Rakyat sebenarnya hanya berlandaskan dendam keatas Barisan Nasional. DAP yang cauvinis berasa kaum cina dipinggir, PKR memperjuangkan cita cita ketua umumnya yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri dan ahli ahlinya dari kaum melayu kebanyakan yang tersisih dalam UMNO, begitu juga dengan PAS adalah serpihan dari UMNO. Disini pun kita boleh nilai sikap dan hala tuju mereka.

Dengan itu saya berpandangan jika YB Zul sudah terang dengan hala tuju politiknya dan yakin dengan prinsip beliau apa yang hendak ditunggu lagi, berkabung dengan Datuk Ibrahim Ali. Jangan pula nanti dikatakan,hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Jangan bimbang ada juga wakil rakyat bebas yang menang dalam piliharaya dan jika benar yakin pada Allah, semua rezeki adalah miliknya. Kita hanya merasa kerana rahmatnya.

Tuesday, January 26, 2010

Akibat terlalu bebas, bayaran juga tinggi!


Bukan sahaja manusia yang ingin bebas, haiwan juga hendak dibebaskan. Itulah betapa pentingnya kebebasan pada makhluk yang hidup yang dicipta Allah SWT. Tetapi kenapa ada perbezaan antara kebebasan manusia dengan makhluk makhluk Allah yang lain? Fahamilah ayat ayat 30 sehingga ayat 33 surah Al-Baqarah dimana Allah telah mengurniakan kelebihan kepada manusia. Malangnya sesetengah dari manusia lebih suka memilih perangai saperti yang dinyatakan saperti ayat 34 surah yang sama.

Tetapi lebih malang lagi perangai perangai ini telah menjadi ikut ikutan anak anak muslim dan khasnya melayu muslim. Janganlah terlalu ghairah mengikuti jalan mudah untuk memperlihatkan kemodenan, berfikiran terbuka dan sebagainya sehingga perbuatan dan kata kata kita itu akan menimbulkan suasana yang tidak digemari atau tidak disenangi oleh sebilangan yang mendengar dan membaca kerana padahnya amat perit.

Akal adalah sebaik baiknya kurnian Allah SWT untuk membezakan antara manusia dan haiwan. Jika akal seseorang itu kalah kepada tuntutan hawa nafsu dan perasaannya maka manusia itu bolehlah diibaratkan saperti haiwan yang bebas. Peliharalah kesucian agama Islam dan letakanlah dimertabak yang sebaik baiknya sebagai umat Islam yang tulin zahir dan batin.

Saya ucapkan syabas pada bloggers bloggers yang berjaya mengesan petualang petualang yang menghina Almarhum Sultan Iskandar. Semoga tuhan mencucri rahmati keatas rohnya dan mengampunnya. Tiada apa keuntungan dari berdendam dan bermusuh musuhan sebab akhirnya kedua dua pihak yang rugi saperti hadis berikut: Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah saw. bersabda: "Pintu syurga dibuka pada setiap Isnin dan Khamis. Maka diampun Allah dosa setiap hambanya yang tidak musyrik kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya (sesama muslim). Maka dikatakan, tunggulah dahulu kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai!"

Sunday, January 24, 2010

Al-Fatihah -Perginya seorang perunding yang berwawasan.

Tun Ghazali Shafie walau pun saya tidak mengenali beliau sebagai individu, saya tetap bersyukur dan berterima kasih atas segala sumbangannya kepada negara tercinta Malaysia. Didoakan beliau diampun segala dosanya dan ditempatkan bersama orang orang yang dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah.

Saturday, January 23, 2010

DAP berselindung disebalik gagasan Pakatan Rakyat, yang bodoh siapa?


Sokong jangan tak sokong, ubah jangan tak ubah dan sekarang orang melayu muslim sudah makin rebah dan gelabah tak tentu arah. Itulah hakikat yang terjadi di negeri negeri dibawah pemerintahan pakatan rakyat yang majoriti wakil rakyat DAP dan lagi teruk jika kepalanya juga dari DAP.

Saya masih teringat apabila ketua pembangkang Barisan Nasional digantung katanya; "Tapi dua tiga kerat ini (sambil menunjukkan tangan ke arah barisan kerajaan pimpinan DAP) buat apa?,” lapuran penuh. Itulah kebenarannya, wakil rakyat melayu dalam Pakatan Rakyat terlalu berkepentingan sendiri dan takut untuk bertindak. Meraka ini dilihat lebih kemaruk kuasa dan kedudukan. Oleh kerana kepentingan itulah mereka mereka ini terpaksa mengiyakan segala tindak tanduk kepala mereka.

Maklumlah hajat sebenar belum tercapai, iaitu menawan Putrjaya lagi pun sudah lama mengidam nak bergelar "yang berhormat". Bangsa sendiri tersisih dan tertindas pun tak apa,janji "aku" senang kemudian hari. UMNO dan PAS yang ahlinya dari orang melayu pun berpecah, bagaimana orang melayu hendak bersatu.

Saperti yang saya pernah berkata bahawa rakan saya berbangsa cina bahawa Pulau Pinang didiami orang cina, manakala Seberang Perai diduduki oleh orang melayu yang lama kelamaan juga akan dihalau masuk keNegeri Kedah pula. Akhirnya Pulau Pinang akan bercantum dengan Singapura.

Bilakah orang melayu hendak bersatu? Contoh orang melayu masih bercakaran melayu bercakar dan orang melayu menjadi alat kepada DAP yang sekular itu melayu jadi alat.

Cara DPMMPP setakat mengada sidang akhbar dan melawat orang orang yang tertindas bukanlah cara menyatukan kekuatan orang melayu dan juga bukan cara menyatukan kerjasama orang melayu lihat sini. Lihat sahaja cara Pakatan Rakyat menangani isu Kampung Buah Pala, mereka tegas walau pun berbagai protes dan publisiti negatif dilemparkan, mereka masih mendapat sokongan dari rakyat yang bukan melayu, kenapa? Jawapannya, senang sahaja, penyatuan mereka dengan sentimen kaum monoriti ditindas oleh Barisan Nasional.

Sebenarnya Kampung Buah Pala itu dijadikan mangsa (victim of circumstances) politik mereka dan mengelabui mata orang melayu sahaja, sebab orang melayu juga akan dihalau saperti diTanjung To'kong dan cubaan diKampung Rawa.

Lihat sahaja disepanjang Pengkalan Weld dahlah jalan tersebut sesak dengan jeti Feri, skarang ini dah jadi laluan utama keJambatan Pulau Pinang dan keKawasan Perindustrian Bayan Lepas, tetapi penjaja masih dibiarkan bebas berniaga dan menyesakan lagi jalan dua hala itu. Ini tidak diambil tindakan, kenapa tau sama tau sudahlah.

Orang melayu Pulau Pinang juga harus bersatu tanpa curiga dan hasad dengki untuk mencapai matlamat pertama iaitu penyatuan orang melayu Pulau Pinang. Orang orang yang dikenal pasti yang berkepentingan harus diketepikan, tak kan tak ada langsung melayu yang cerdik dan ikhlas diPulau Pinang? Orang orang politik dari UMNO dan PAS janganlah terlalu berkepentingan dan asyik berpolemik sahaja dan tidak ada tindakan yang berkesan. Usaha dan berdoalah, insyaallah jika ikhlas nescaya ada pertunjuknya.

Untuk peringatan kita bersama wahai umat muslim:

Dari Abu Hurarah r.a, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Kerana itu janganlah menganiayanya, jangan membiarkannya teraniaya, dan jangan menghinanya.Taqwa tempatnya disini! Sambil beliau menunjuk kedadanya tiga kali,- Alangkah besarnya dosanya menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram menumpahkan darah saudaranya sesama muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatannya dan nama baiknya.

Bersatulah kita demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ingatlah perumpamaan seberkas lidi.

Thursday, January 21, 2010

Kes Meliwat - Liciknya Anwar, tangguh lagi!

Memang tanggal 25 haribulan Januari 2010, bukan sahaja saya malah saya percaya ramai yang menanti tarikh tersebut oleh kerana kes Anwar Ibrahim didakwa meliwat Saiful dimulakan. Tetapi sayang sekali ia ditangguh lagi.

Berkemungkinan besar Mahkamah Persekutuan manangguhkan kes atas prinsip prinsip dibawah:

1. Semangat aforisme Lord Chief Justice Hewart dalam kes tersohornya, “… it is not merely of some importance but is of fundamental importance, that justice should not only be done, but should manifestly and undoubtedly be seen to be done,” is a paramount principle of the Rule of Law". ( "R -v- Sussex Justices, Ex parte McCarthy ([1924] [1923] All ER Rep 233). atau

2. Keputusan itu amat penting dan mengikat prosiding mahkamah kerana ia melibatkan tafsiran terhadap Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan pendakwaan mendedahkan bukti kes secara automatik sebelum perbicaraan. berita penuh

Seksyen 51A ( Akta A1274 ) KPJ adalah saperti berikut:-

Penghantaran dokumen-dokumen tertentu.

( 1 ) Pihak pendakwaan hendaklah sebelum bermulanya perbicaraan menghantar kepada tertuduh dokumen-dokumen berikut:

( a ) sesuatu salinan maklumat yang dibuat dibawah seksyen 107 berhubong dengan terjadinya kesalahan yang didakwa keatas tertuduh, jika ada;

( b ) suatu salinan mana mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pihak pendakwaan; dan

( c ) suatu pernyataan fakta yang berpihak kepada pembelaan tertuduh yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya ata mana mana orang yang mengendalikan pendakwaan itu.

( 2 ) Walau apa pun perenggan ( c ), pihak pendakwaan tidak boleh memberikan mana mana fakta yang berpihak kepada tertuduh jika pemberian itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam.

Adakah Anwar dan barisan penguamnya sengaja melenggahkan prosiding pembicaraan sebenar dengan harapan kes ini akan menjadi "out of sight. out of mind" ( When something is not nearby, it is forgotten about ) saperti kata kata penguamnya; quote, " Very far reaching this ruling is going to be, one way or the other. It is good that the judges are taking time," unquote, Anwar's lead counsel Karpal Singh told reporters.berita penuh

Tapi ada pula yang berpegang kepada prinsip "justice delayed is justice denied" contoh ). Taktik Anwar sebenarnya adalah untuk mengenepikan terus perbicaraan sebenar dari dibicarakan, dan jika berjaya bolehlah dia mendabik dada bahawa sodomy "2" ini juga konspirasi keatas karier politiknya. Memang licik manusia ini.

Kalaulah Anwar betul betul pendukung Rule of Law dan Natural Justice, dia perlu berani, tanpa mencari segala ruang untuk melenggahkan perbicaraan sebenar. Walau pun Anwar mempunyai haknya (right to be heard) tapi Saiful pun mempunyai haknya mendakwa keatas orang yang didakwa melakukan salah laku keatas dirinya tanpa berterusan dimalukan atau diaibkan. Kenapa hendak dlenggahkan, semasa perbicaraan sebenar pun Anawar boleh memohon penangguhan jika sebarang bukti yang dikemukan perlu penyemakan dan kajian mendalam oleh pihaknya. Kata orang putih, "let's settle once and for all." Rakyat pun ingin tahu kebenarannya. Adalah juga diharapkan dengan ruang ruang diberi ini pihak pembangkang tidak mempertikaikan lagi kesaksamaan badan kehakiman ini.

Apa akan berlaku jika rayuan Anwar diterima? Beliau akan juga meminta penangguhan dengan alasan semua dokumen dokumen diperolehi perlu masa untuk peguam peguamnya kaji. Satu lagi kelenggahan akan tetap berlaku ialah jangka masa pihak pendakwaan menghantar dokumen dokumen yang dipohon.

Bagaimana pula jika rayuan itu ditolak? Besar kemungkinan Anwar akan memohon penangguhan mengguna alasan menunggu keputusan keputusan kes qazaf diMahkamah Syariah. Kita harus ingat bahawa mahkamah mahkamah berkenaan juga mempunyai kes kes lain untuk diadili dan inilah kesempatan yang disukainya.

Oleh itu saya rasa tangguh punya tangguh sehinggalah PRU 13 dan nasib nasib Anwar masih boleh bertanding dan ditakdirkan pula Pakatan Rakyat sapu majoriti, faham fahamlah apa akan berlaku selepas itu. Apa pun semua adalah ketentuan Allah kita hanya meracang.

Sunday, January 17, 2010

DOSA disebab kelalaian kita.

Didunia kita juga dihukum oleh undang undang dunia, apabila sesuatu perbuatan itu menyalahi undang undang. Alasan bahawa kita tidak mengetahui peruntukan tersebut bukanlah alasan (ignorance of law is not an excuse). Begitu juga kita akan dipertanggung jawabkan oleh Allah SWT atas apa yang kita diamanahkan.

Ingin saya kemukakan soalan soalan diberikut:-

1.Kemanakah kita selama ini?
2.Dimanakah amanah itu ditempatkan?
3.Ketahuikah kita apa amanah yang dipertanggung jawabkan?
4.Apakah yang kita kejar selama ini sehingga amanah itu malap dan terabai?
5.Apakah pula tanggung jawab masyarakat saudara se-Islam?
6.Dimanakah kita?
7.Tidakkah kita juga mempunyai peranan?
8.Manakah Tok Tok Guru dan para paraAlim Ulama yang muktabar?

Soalan soalan ini bermain dikepala saya apabila saya terjumpa dan membaca coretan coretan dibawah. Sama ada itu satu rekaan atau kebenaran itu bukan yang membimbangkan saya. Tetapi yang nyata adalah usaha usaha mempengaruhi umat Islam telah dipergiatkan oleh pihak kristian. Apakah pula tindakan umat Islam untuk mengembangkan syiar Islam atau sekurang kurangnya menyekat umat Islam sedia ada dari dimurtadkan? 1. salah siapa 2.salah siapa 3.salah siapa 4.salah siapa 5.salah siapa 6.Insaflah . Layarilah web tersebut http://answering-islam.org/ untuk pengetahuan usaha mereka selanjutnya.

Sana sini kedengaran, "kamu tak masuk syurga", "kamu kafir", "kamu tak Islamic", "kamu tak progresif", "kamu jumud", "kamu munafik" dan banyak lagi tetapi kepada siapakah tuduhan tuduhan itu dilemparkan, siapakah sasaranya? Oleh kerana ingin sangat bergaduh sesama sendiri inilah musibahnya. Dalam diam diam pihak agama lain sudah menyerap masuk bukan sahaja didalam kehidupan orang Islam tetapi juga minda orang orang Islam dan paling menyedihkan lagi mereka juga telah berjaya mengawal cara pemikiran cerdik pandai orang orang Islam.

Teringat akan saya dalam sebuah hadis berkaitan tanda tanda hari kiamat dari Shahih Muslim yang diterjemahkan saperti berikut; Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada pemimpin yang bodoh. Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya."

Adakah ini apa yang kita sedang mengalami, dimana umat Islam dilihat semakin hari semakin lemah, berpecah lagi terhimpit? Muhasabahlah akan segala tindak tanduk kita dan fikirlah semula tentang apa yang telah kita lakukan selama ini. Adakah agama Islam itu yang tidak sempurna atau kita yang sebenarnya yang tidak sempurna? Wallahua'lam.

Saturday, January 16, 2010

Perpecahan Melayu Kerana Terlupa Akan Hutang Mereka

Tajuk diatas saja, saya kira akan mengusik para pembaca yang berbangsa melayu. Terutama yang selari dengan kata perpatah "siapa yang maka cili dia merasa pedas." Nasiblah! kalau terusik. Walau bagaimana pun, harus diingat manusia ini berbagai sikap mereka, ada yang mudah terasa, yang penting diri, ada yang tidak ada perasaan dan tak kurang juga bersikap saperti lalang yang mengikut tiupan angin. Fikir fikirlah, kita terjatuh dalam kelumpuk yang mana.

Memang terdapat banyak penulisan penulisan saperti dibawah dan ini adalah yang terlintas difikiran saya untuk dimuatkan dalam blog ini.Saya percaya penulis penulis yang dipetik dibawah terdiri dari bangsa melayu. Sama samalah kita fikir disebelah mana kita berada dan apakah kesudahan kepada orang orang melayu muslim dan keturunan mereka dimasa masa yang mendatang jika belum tibanya hari kiamat.

1. "Adakah umat Melayu-Muslim masih perlu diperingatkan berhubaya-hubaya agar jangan sampai 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran?'. Sesuai dengan takrif konsep politik seperti dibincangkan di atas, pertahankanlah milik yang masih dalam kendongan dan perjuangkanlah nasib yang masih ketinggalan iaitu pertama, kekayaan sumber dan kekuasaan ekonomi; kedua, kekuasaan politik dan kedudukan strategik dan ketiga, keperkasaan nilai dan kebudayaan." Dr.Firdaus Abdullah

2. "Masyarakat Islam menyedari bahwa proses globalisasi yang wujud dalam dunia masa kini merupakan salah satu faktor yang boleh menghakiskan akidah dan identiti Islam. Konsep penyatuan agama yang diperjuangkan oleh beberapa penganut agama di dunia masa kini seperti menggabungkan pengajaran setiap agama dalam agama mereka yang dikenali sebagai golden rules tidak dapat diterima oleh umat Islam." Dr Saodah Abd Rahman

3. " Oleh itu, marilah kita semua bersatu atas persetujuan menjaga kesejahteraan dan keamanan negara. Selesaikan perselisihan faham penggunaan kalimah Allah di meja perundingan dengan menggunakan naluri mata hati bukannya melalui kaca mata perundangan." Suzalie Mohamad

4. " There is a Buddhist lesson in how we ought to perceive Malaysia's emerging style of terrorism.

When one is bleeding after being shot by an arrow, the first step is not to look for the culprit that shot the arrow and pondering why was it shot but to pull out the arrow from the victim's body and to quickly put a stop to the bleeding. This is what Siddharta Gautama would teach as crisis intervention." Azly Rahman

5. "Malaysians need to stand up and stop this spiral of intolerance and hatred. We need to do more than renounce the attacks and shake our heads at the news, we need to reject the politicisation of faith, we need to say no to politicians using religion as a divide and rule strategy, and we need to be open to interfaith relations instead of being suspicious of others. Only then can we return to a country known as a model of plurality and tolerance, rather than a church-burning country." Rusaslina Idrus

6. “Kami memberi pandangan alternatif, jadi bila kami berikan pandangan mereka kena berikan hujah yang kukuh dan berasas... ini bukan pandangan saya seorang sahaja, tetapi apa yang dibangkitkan oleh Datuk Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS),” “Ini bukan zaman kerajaan BN... ini kerajaan Pakatan Rakyat yang membolehkan ruang membincangkan sesuatu dibincang dengan memberikan pandangan bebas, tidak macam dulu,” Khalid Samad

7. “I don’t like the term role-swapping. It is just that we have become more mature in understanding plural politics,” Dr. Dzulkefly Ahmad

Sudahkah boleh membuat kesimpulan dikelumpuk mana kita berada? Adakah kita sebenarnya berhutang kepada bangsa dan anak cucu kita dan paling wajib adakah kita berhutang dengan Allah SWT?

Kenapa kita orang melayu mesti merasa rendah diri dan mesti terikut ikut dengan tatacara budaya bangsa lain? Tidak sempurnakah agama Islam hingga kita terpaksa merujuk kepada agama lain atau sebenarnya kita tidak pernah khatam pun dalam agama Islam kita sendiri? Janganlah kita menyalahkan sesiapa, yang tak sempurna adalah kita sendiri. Carilah sebab sebabnya. Tepuk dada tanya selera. Bertaubatlah kita kerana maut tidak menantikan sesiapa.

Friday, January 15, 2010

Heroic or Arrogance

Being an elected a law maker one should reflect a classic exemplary to the citizens. Though being elected, one is not above the law and it is the responsibility of each individual citizen to facilitate and assist in upholding the sovereignty of the law.

One can conclude whatever perceptions on how the laws are being enforced but as a responsible citizen, one must abide by what had been legislated. Time and again those refused to be investigated will seek all avenues of evasion.read this

Ironically, there are people who supported such an act in the name of ones right. If we agree to that contention, where is the sovereignty of the law then? Respecting his position as a Chief Minister the police have to travel all the way to seek his cooperation but all the time and money just gone to waste. Does this resembled an heroic and considerate attitude or more of arrogant and lack of intelligence? I shall not conclude.

Was he the same person who was shouting about competency, accountability and transparency. If he is the one, then he must be transparent about the allegation thrown at him and reflect his competency to address the allegation but not to hide on technicalities which does not reflects that he is accountable for his act .

What is the fuss, the authority just need his cooperation and wished to record what he has to say about the alleged seditious remarks made by him or any other subject matters on why his cooperation is needed. If he so believed of his innocence so be it. After all recording of a witness statement under section 112 of the CPC can be abstained if so the questions are incriminating as stipulated under section 112 (2) of the CPC.

Should there be any evident to prove conspiracy or premeditated collusion then he has all the renowned lawyers to file for redress, so why the worries and agitations.

By hiding behind some minor points if any, Lim just gave another bad perceptions of himself as an elected lawmaker. Whether we like it or not it would have some impact on the public. May it be to the sovereignty of the law or the integrity of law enforcement agencies. Come on! Mr. CM this is not the way to garner popularity or publicity, prove, it is a "fair comment". Earn your respect, do not demand it

Thursday, January 14, 2010

PAS - Takut hilang undi atau baru dapat hidayah?


Orang tersohor PAS Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dilapurkan bahawa Kelantan juga akan melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang orang yang bukan Islam. Alhamdulillah. Walau pun beliau tetap mempertahankan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam tetapi mendakwa ada mainan dibelakang dan oleh sebab itu beliau telah berpandu pada usul fiqah. lapuran selanjutnya dan juga disini .

Sebagai seorang yang berpengetahuan agama dan bergelar "Tok Guru" takan beliau tidak dapat menyelami betapa agung dan sucinya kalimah Allah dihati dan naluri orang orang bertakwa. Sedangkan perbezaan fahaman antara Sunni dan Syiah pun boleh mencetuskan peperangan ini pula antara Islam dan kafir.

Janganlah terlalu bercita cita tinggi hal hal dunia hingga lalai membezakan yang hak dan bathil. Memang benar dalam kontek Islam Allah adalah tuhan pada semua makhluk didunia ini saperti firman Allah SWT dalam ayat 213 surah Al-Baqarah tetapi umat ini sudah berpecah dek perselisihan pendapat. Begitu juga dengan ayat 64 surah A-li 'Imraan yang diperintahkan kepada Rasulullah untuk menyeru kepada ahli ahli kitab supaya beriman pada Allah dalam agama Islam dan tidak hanya menerima sebahagian dan menolak sebahagian lagi.

Walau pun perpaduan dan harmoni yang dicari, seorang Islam hendaklah bercakap benar. Jika sesaorang itu bertindak talam dua muka dikhuatiri munafik. Pendekatan yang sepatutnya diambil adalah memberi penerangan yang berhemah dalam kontek Malaysia dan bukan Indonesia atau negara negara Arab.

Dalam malaysiakini pejuang Pas Khalid Samad berkata, quote; beliau secara tidak adil menjadi sasaran kerana berkongsi pandangan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang." unquote detailnya . Sekarang apa pendirian pejuang ini. Ikut lagi kah? Takan tak ada pendirian sendiri?

Disini saya ingin kita sama sama hayati firman Allah ayat 48, 49, 51, 52 dan 54 surah Al-Maa'idah. Wallahua'alam.

Wednesday, January 13, 2010

Orang Melayu tertipu, mereka diambang kejayaan.


Selepas isu kalimah Allah apa lagi isu isu yang akan dimanipulasikan yang akan terus memacahkan umat melayu. Semak semula setelah beberapa hari ini hanya pihak UMNO, PAS dan sedikit dari PKR yang bersuara memberi pandangan dan pendirian mereka tentang pengunaan kalimah Allah oleh majalah Herald. Mana perginya parti parti politik seperti MCA, Gerakan, MIC dan hero cauvinis DAP? Adakah isu kalimah Allah tiada kaitan dengan mereka atau lebih "baling batu sembunyi tangan?"

Dulu isu ketuanan melayu, kemudian hal hal kesamarataan saperti biasiswa dan meritokrasi, kerajaan perpaduan diikuti pula hal peruntukan masjid dan sekarang isu kalimah Allah. Isu isu yang disebut diatas semuanya melibatkan umat melayu secara langsung. Isu isu ini saperti biasa akan dibahas dan dihujah oleh orang orang melayu kebanyakannya dua parti melayu terbesar iaitu UMNO dan PAS dan sesekali oleh PKR (sebab kepala saja melayu jadi kurang beranilah sikit)

Sudahlah melayu banyak ketinggalan tetapi kenapa umat melayu masih tidak mahu melihat di dalam kontek yang lebih luas kenapa isu isu yang dibangkitkan kebanyakan semuanya berkaitan dengan orang melayu? Bacalah sumbangan sumbangan untuk membuka minda orang melayu baca ini dan baca ini.

Monday, January 11, 2010

Kebebasan diminta - Jangan sampai tak terkawal


Saya masih teringat akan cita cita bekas Perdana Menteri kelima yang ingin membawa pendekatan keterbukaan dan ketelusan dan visi beliau dilihat begitu selari dengan aspirasi rakyat Malaysia. Namun visi itu satelah keputusan pilihanraya 2008 lebih menampakan "senjata makan tuan."

Dalam negara yang berbilang bangsa dan berbilang agama, kerajaan harus berhati hati dalam usaha mendapat sokongan serta keyakinan rakyat. Janganlah terlalu membuka sehingga sehingga tiada untuk menutupnya. Tidak ada seorang insan pun yang tidak ingin kepada kebebasan, tetapi kebebasan sebagaimana atau apakah hadnya. Persoalan ini pernah saya timbulkan dalam blog ini dengan tajuk "how free is freedom?"Itulah persoalannya.

Sebenarnya komen komen dan kritikan yang kritikan disuarakan oleh rakyat bukan sahaja menjustifikasi hujah hujah mereka tetapi komen komen ini juga boleh dilihat sebagai mempertikaikan kredibiliti kerajaan mengendalikan sesuatu polisi atau isu. Kalau rakyat berpuas hati, masakan ada rungutan, umpama rumah dah siap pahat berbunyi.

Kerajaan tidaklah payah menari mengikut rentak pembangkang yang sentiasa mendendangkan lagu lagu kegemaran mereka iaitu kesamarataan, keterbukaan, ketelusan dan ketanggungjawaban. Jika terlalu sangat ingin bersaing, kadangkalanya kita akan tersasar. Kerajaan harus ingat objektif kerajaan adalah untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat dan jangan terperangkap dengan perangkap pembangkang.

Cuba kita imbas semula kenapa pihak pembangkang pada mulanya ingin mengusulkan undi tida percaya keatas Perdana Menteri kelima tiba tiba cuba mengekalnya pula dan berusaha menghalang Perdana Menteri sekarang dilantik.

Kerajaan tidaklak sepatutnya takut pada bayang bayang dan tidak perlu melaksankan sesuatu "precedent" yang akan memakan diri sendiri oleh kerana bercita cita nak popular dan meraih sokongan. Kita dalam hidup atas rahmat Allah ini selain berusaha mengikut keredaan Allah, dan selebihnya bertawakallah kita pada Allah SWT. Sebagai umat Islam kita dipertanggungjawabkan segala perbuatan kita bukan sahaja didunia tetapi lebih lagi diakhirat.

Dibawah saya copy and paste hasil hasil dek terlalu terbuka dan kesamarataan.

Gugurkan tuntutan
ISA wajar digunakan
Allah row: 'Can there be any compromise now?'
Hisham: 7 gereja sasaran cubaan bakar, vandalisme
121 NGO kutuk serangan gereja
Tidak teragak-agak guna ISA isu 'Allah'
Pembangkang perlu bertaubat
Ambil iktibar peristiwa tragis

Sunday, January 10, 2010

Kekusutan yang perlu disegerakan.


Dari tunjuk perasaan oleh umat Islam berhubung dengan penggunaan kalimah Allah dan juga pembelaan oleh pihak yang menjustifikasikan penggunaannya telah tercetus insiden yang akan lebih menyulitkan lagi penyelesaiannya.klik disini. Tambahan pula jika kesempatan ini diambil oleh pihak pihak yang suka melihat keadaan huru hara di Malaysia demi cita cita politik yang tersirat, saperti melempar batu sembunyi tangan. Dalam pada masa yang sama juga, kredibiliti kerajaan akan dipantau untuk dimanipulasikan.

Seketika ini jika dipandang secara zahirnya, insiden insiden menceroboh gereja gereja dikutuk oleh majoriti rakyat Malaysia. Jika senario ini dijadikan ukuran, bererti cahaya penyelesaian masih cerah. Tetapi jika kerajaan masih ingin menunggu mungkin acahan untuk menghidupkan sentimen akan dinyalakan lagi oleh pihak pihak yang berkepentingan dengan pendekatan yang lain pula klik disini.

Sekadar pendekatan menanti keputusan mahkamah keatas rayuan kerajaan atau pun dengan sumbangan RM500,000.00 pada hemat saya tidak akan membawa sebarang perubahan dan penyelesaian. Silap silap ada penasihat penasihat akan mempengaruhi pihak gereja menyaman kerajaan saperti apa yang berlaku diKuala Dipang, Perak.

Campur tangan Yang DiPertuan Agung juga tidak akan kemana, selagi tidak ada hitam dan putih didalam Perlembagaan Negara bagi menentukan kedudukan agama Islam sebagai Ugama Persekutuan secara khusus. Kalau sekadar persetujuan dicapai secara rundingan bersama atau secara konvensyen ia tidak akan kemana dan suatu hari akan ditimbul semula oleh "hero hero" baru . Oleh itu kerajaan perlu menambah baik Perlembagaan Negara yang bersangkutan dengan kebebasan beragama. Ini amat perlu supaya tidak ada percabulan oleh mana mana pihak.

Seperkara lagi dimasa masa mendatang, kerajaan perlu halusi sentimen rakyat sebelum sesuatu kelulusan permit diberi. Ambil contoh permit yang diberi kepada majalah Herald untuk menerbitkan majalah tersebut didalam Bahasa Melayu, apa salahnya dari mula lagi diletakan syarat syarat supaya perkataan saperti kalimah Allah tidak dibenarkan, dengan mengambil kira kepercayaan orang Islam dan pihak kristian jauh berbeza.

Jika kita percaya semuanya adalah ketentuan dan semuanya dari Allah, hayatilah dan takhtakan Allah ditakhta yang selayaknya.

Thursday, January 7, 2010

Kenapa masih perlu pembelaan.






Isu penggunaan nama Allah masih mendapat tempat dalam pembincangan masyarakat Malaysia walau pun pihak kerajaan telah mendapat perintah menghalang "Herald" dari mula menggunakan kalimah Allah dalam
majallah mingguan gereja itu.

Tak kurang juga pandangan pandangan yang pro dan menentang kegunaan kalimah ini.Pandangan Dr.Asri juga Pendirian PAS dan Dato Harun Din . Dimana kesudahannya? Setakat ini tidak nampak satu penyelesaian yang tegas. Walau pun penangguhan telah diperolehi, ini hanyalah sementara, mahkamah akan mendengar rayuan pihak kerajaan. Apa akan terjadi selepas ini? Adakah pihak yang menentang akan terima keputusan mahkamah rayuan jika masih mengekalkan keputusan mahkamah tinggi atau bolehkan pihak gereja dan penyokong penyokongnya terima keputusan mahkamah rayuan mengenepikan keputusan mahkamah tinggi?

Salah siapa? Adakah gulongan orang orang Islam yang menentang bersalah? Adakah orang orang Islam yang menentang itu jumud dan tak maju kehadapan, tak progresif , tak liberal atu defensiflah? Tidak dinafikan saperti yang dinyatakan dalam ayat 213 surah Al-Baqarah menyatakan bahawa manusia ini berasal dari satu umat kerana perselisihan mereka berpecah. Memang hakikat Allah SWT ,Tuhan Yang Maha Esa, pencipta alam semesta dan apa yang ada didalamnya.

Tetapi kesucian kalimah Allah itu patutkah dibiar digunakan oleh gulongan yang Allah telah mengkafirkan mereka? Sila rujuk pada ayat ayat 17,72 dan 73 Surah Al-Maa'idah.

Lihatlah sekarang, oleh kerana isu kalimah Allah bukan sahaja perselisihan ini antara Islam dan Kristian tetapi juga sesama umat Islam. Akhirnya umat mana yang akan berpecah dan lemah? Jawapan semua pun tahu, ya! umat Islam Malaysia. Apakah bangsa majoriti umat Islam Malaysia? Bangsa Melayu. Jadi suka tak suka orang melayu yang sedang dilemahkan. Adakah semua orang melayu Islam sedar akan hakikat ini. Janganlah kita orang melayu yang sudah banyak ketinggalan jika dibanding dengan bangsa bangsa lain masih mahu bersifat sombong dan bongkak dengan persepsi masing masing.

Hayatilah ayat 120 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud; Orang orang yahudi dan nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): " Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah ( sesuatu pun ) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Oleh yang demikian sentiasa beringatlah kepada ingatan Allah SWT dalam firmannya ayat 7, Surah A-li 'Imraan tentang ayat ayat "Muhkamaat (tegas dan nyata ma'ananya) dan ayat ayat "Mutasyaabihaat" ( yang samar samar) yang sangat disukai oleh orang orang yang ada dalam hatinya kecenderungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar samar dari Al-Quran bagi mempengaruhi kepada yang masih mencari cari. Awaslah!

Monday, January 4, 2010

A matter of mutual respect.



quote; " DAP secretary-general Lim Guan Eng today hit out at the police for threatening him with sedition over his remarks suggesting that Teoh Beng Hock was murdered, saying it was a concerted effort to topple him as Penang Chief Minister and break up the Pakatan Rakyat." unquote

“Our political rivals believe they can snap the Pakatan Rakyat by taking out the strong and popular leaders. They are wrong,” Lim said.

Lim said police should stop persecuting innocent people, adding statements from senior police officials showed they have pre-judged him despite their denials of bias.

“The police seem to have made up their minds to charge me with sedition,” Lim told The Malaysian Insider in a phone interview from Penang. " unquote details

quote; " Its secretary-general Lim Guan Eng said this was the first time in Malaysian history that accusations had been made against a pathologist for carrying out his or her duties.

"I am surprised to find out that the MACC is lodging a police report against Dr Pornthip who is just here to work for the truth," he told reporters after launching the "No Plastic Bags on Monday, Tuesday and Wednesday" campaign at Komtar." unqoute details

Lim Guan Eng the Chief Minister, claimed the police had prejudged him for opening an investgation on the alleged seditious statement uttered by him.Prior to the claimed Lim also alledged the MACC as being ridiculous for lodging a police report against Thai pathologist Dr. Pornthip.

Aha! those agencies carrying out investigations on him or those supporting him are bias, partial and perceived persecuting. Such are the scenarios painted by the oppositions without the slightest sense of gratitude for the peaceful life all this while.

A person of his position should have known better what are the consequences for making such a statement and especially the inquest has yet to be concluded. Just wait, what will his remarks be, if the findings is inconsistence to his statement.

Though Pakatan is still considered as an opposition to the Federal Government but as far as Penang state is concern Pakatan is the Government of the state and Pakatan must act as one. Being popular never construed efficient, a good leader should be exemplary and not to reflect otherwise. The rakyat is looking at their leaders, if their leaders demonstrate the negative perceptions towards the enforcement agencies, their followers and supporters will doubled it.

So please Mr. CM nobody is always right, after all we are human and human has never been perfect and just allow the law to take its course.

Sunday, January 3, 2010

Ini baru 1 Malaysia belum lagi Malaysian Malaysia!!!

Keterangan 1Malaysia
  • Mengwujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
  • Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Bertitik tolak dari cetusan slogan 1Malaysia, terbitlah cakap cakap dan tuntutan tuntutan yang didakwa selari dengan kehendak 1Malaysia. Tuntutan ini tidak mengambil kira kehendak Perlembagaan Negara atau pun sensitiviti kaum lain.

Kadang kala saya perhatikan tuntutan ini bersifat saperti ugutan atau memperkecilkan usaha kerajaan untuk mengharmonikan perpaduan antara kaum yang ada diMalaysia ini.kehendak mereka
.

Kenapakah tindakan tidak menghormati orang melayu dan agama Islam semakin menjadi jadi.
renungkanlah. Apa yang berlaku menjelang tahun baru 2010 apabila Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Geraja Kristian "Herald" adalah kemuncak orang melayu dan Islam sudah tidak dihormati lagi.

Inilah padah apabila orang melayu berpecah dan kerajaan lemah. Dulu tuntutan seumpama ini tidak pernah timbul walau pun dikatakan kalimah ini telah lama digunakan diMalaysia Timur. Bolehkah kaum kaum lain usah mempertikaikan kalimah Allah dan memperakui kalimah itu sebagai hak orang Islam?
renungkan .

Adakah kesemua ini tercetus disebabkan cetusan 1Malaysia. Sejauh manakah masyarakat melayu harus mengalah untuk mencapai matlamat 1Malaysia atau ini adalah satu alasan propaganda pihak pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan BN yang ditunjanggi oleh orang melayu atau adakah selama ini kerajaan telah melakukan ketidakadilan dengan memberi bantuan dan kelebihan demi mengimbangi percapaian orang orang melayu dengan kaum kaum lain dinegara ini.

Kenapakah laungan laungan ketidakadilan baru kedengaran sekarang. Kenapa kalimah Allah baru disedari adalah hak manusia sejagat, kenapa kalimah Allah difikirkan dapat membantu penyatuan rakyat Malaysia? Laungan laungan dan perakuan ini bukanlah ikhlas, laungan laungan ini hanyalah semata mata yang bercita cita untuk berkuasa sabelum mendapat kuasa itu.
baca disini . Berwaspadalah dengan dakyah ini dan selamilah sedalam dalamnya apa yang tersirat dan kenalilah personaliti personaliti yang kononnya pembela pembela keadilan, kesamarataan dan penyatuan rakyat. Tenung dan halusilah. Dimanakah orang melayu kesudahannya. bacalah

Saturday, January 2, 2010

2010 apa petanda untuk orang Melayu Islam.

Tidak ada yang amat pilu dan sedih daripada mengetahui bahawa kalimah Allah telah dibenarkan diguna oleh orang orang kafir. Apakan daya, itu lah percaturan dunia, dimana Mahkamah dari sudut pertimbangan Hakim dunianya telah memutuskan kalimah Allah boleh diguna pakai oleh pihak bukan Islam dan ia tidak melanggari mana mana peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Berhubong keputusan ini telah banyak diperkatakan oleh rakan rakan bloggers,malah perkara ini pun telah dibawa kepada pengetahuan Majlis Raja Raja Melayu dan saya juga berharapa kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib akan dapat meleraikan rasa gelisah bukan sahaja kepada diri saya tetapi juga kepada saudara seislam yang lain.

Adalah satu perakuan sejagat bahawa Agama Islam adalah agama universal untuk seluruh umat manusia. Tetapi harus diingat, bahawa Allah itu maha esa, Allah itu satu, tidak beranak dan tidak diperanakan. Disini pun sudah ada perbezaan dengan kepercayaan orang orang kristian. Tidakkah satu hari nanti didalam negara Malaysia yang mendukong konsep 1Malaysia ini akan timbul persoalan apabila anak seorang Islam dengan anak seorang kristian berbincang tentang ketuhanan masing akan timbul kecelaruan? OrangIslam akan menyatakan tuhannya Allah dan yang kristian juga akan berkata tuhannya juga Allah tetapi "Allah" kristian ada anak dan yang Islam pula akan berkata Allah berdiri dengan sendirinya dan tidak beranak dan diperanakan. Adakah ini akan menimbulkan satu isu penentangan antara Islam dan kristian?

Kedua, apa akan terjadi kepada umat umat Islam yang cetek ilmunya atau yang Islamnya hanya disebabkan dilahirkan dari keluarga Islam? Adakah kecelaruan ini akan menganggu pemikiran mereka yang mungkin akan menjejaskan lagi akidah mereka?

Saya penuh yakin inilah salah satu cara pihak pihak gereja mengembangkan kepercayaan mereka. Pihak pihak pendakwah mereka juga mempelajari sifat sifat halus agar tidak ketara mengembang agama mereka. Mereka juga akan berusaha mencari kelemahan kelemahan undang undang bagi memenuhi misi mereka.Mereka sedar dalam banyak agama didunia ini agama Islamlah yang teramat susah untuk ditembusi walau pun sekarang sudah ada peratusan yang sangat kecil orang orang melayu telah dikristiankan.

Adakah apabila kalimah kalimah Allah dipersendakan saperti begini baru orang orang Islam akan sedar dan menyesal, apa apa nasi sudah menjadi bubur atau apa apabila umat Islam sudah tiada kuasa kecuali mengikut.
lihat disini dan lihat ini

Saya berdoa', dan memohoan seluruh umat Islam bersama sama berdoa' agar Allah SWT akan mengasihani pada umat Islam, dengan memberi rahmat dan hidayahnya agar seluruh umat Islam akan sedar dari kesesatan dunia yang fana' ini insyaallah.